Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

16 PERKARA JANGAN


JANGAN tidur selepas solat Subuh, 
nanti rezeki rezki susah nak masuk (pagi itu membuka pintu Berkat)

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. 
Nanti rezeki dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan 
kerana Allah sudah jadikan kita makhluk yang paling sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan mata meliar di perjalanan.. 
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa 
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia 
kalau memang kita bersalah.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. 
Nanti rosak dan hilang kebahgiaan dalam persahabatan.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja yang kita lakuakan. 
Takut nanti, kita akan sombong apabila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

JANGAN bakhil untuk bersedekah, 
kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.

JANGAN banyak ketawa. 
Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana 
doa makhluk yang teraniaya cepat di makbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. Dan sesungguhnya ALLAH  itu lebih tahu.


Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon