Template Blog Kena Removed

Februari 26, 2024 Add Comment
Template Blog Kena Removed

Alahaii banyak pula nak kena buat ni. Baru terasa nak rajinkan diri tengok blog. Nak kena postpone lagi ke macamana ni ye. Soodihh betul la 

Terasa macam nak minta tolong korang je settle benda alah ni. Dari tahun lepas lagi nak tukar template blog tapi tak jadi-jadi lagi. Ada juga tanya-tanya seorang dua blogger tu last sekali, lupa pulak dah. Macam la banyak sangat kerjaan hakiki tu  kan tapi sebenarnya boleh tahan juga la 😅😅. Try juga usha-usha si Mai tu tapi dia dah lama tak buat. Nak harapkan kita buat sendiri hmm camni lagilah kot. Blog pun auto closed ! Bukan closed juga ia auto link ke alamat blog yang kita guna template tu dah tak ada. Dah kena removed. 


Template Blog Kena Removed 

Blog has been removed

Konon buka blog tapi dia auto keluar camni. Blog yang kita guna template tu dah takda !

Blog has been removed

Lagipun tak daya la nak hadap coding ni lagi. Terakhir tengok pun dah lupa tahun bila dah tu.. sekarang ini lagilah macam-macam nak kena tengok dengan Google Analytics 4 (GA4) la. Nak kena tengok betul-betul. Baca, study dulu bagi faham tak boleh nak main terus buat je macam sebelum ni. 


Google Analytics 4 (GA4) | Apa yang Patut Blogger Buat

Pasal GA4 tu ada juga la tanya siinurul tapi last-last sampai sekarang tak faham lagi. Mungkin sebab tak betul-betul mengadapnya itu yang tak faham-faham tu. 

Google Analytics (GA4)

Site Income | Macamana nak jana income Adsense 

Yang ini pun satu hal juga, nampak macam menari-nari aje iklan adsense tu keluar dekat blog tapi bila check so sad !! Korang setting macamana ye. Please help me 

Tapi income adsense ni ada kena mengena dengan GA4 tu juga kan? Kalau GA4 k.o maknanya yang lain pun akan k.o juga la. Alahhh..bila nak free ni nak tukar template blog, nak kena setting semula akaun adsense. Tapii GA4 tu kena buat dulu 😰😰


Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Februari 13, 2024 Add Comment
Cik Hitam | Jom Pi Mandi

 Setelah seminggu .. 

akhirnya kita bawa mandi juga si hitam ni.


Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Asyik terlepas waktu aje minggu lepas. Sedar-sedar dah time to back! Car wash yang dah biasa tu pun dah tutup dah. Bukan tiada yang tepi jalan tu tapi rasanya tak daya nak menunggu dah. Direct seminggu kita buat taktau memang bedak habis la si Hitam tu. 

Nasib baik car wash yang ni buka. Tempat biasa tu masih bercuti lagi rupanya. Dan nasib baik juga masa sampai tu kebetulan kereta tak banyak. Terus diorang minta bawa masuk parking untuk cuci. Takla kita nak kena menunggu giliran kan 😅😅 tapi lepas tu 2/3 biji kereta yang baru sampai. So, kena tunggu turn la. Nak kena settle 3biji tu dulu tapi car wash ni memang cepat la. Diorang ada dalam 3/4 orang staf tak termasuk owner dia rasanya yang akak cashier tu. 

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka


Kenapa sini 

Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Beza car wash ni dengan tempat yang biasa tu selain yang ni cepat. Diorang cuci juga dekat dalam area tangki minyak tu. Tapi ialah liat sikit la nak buka penutup tangki minyak tu. Lepas tarik lock dia tu, picu tangki minyak ke apa kat dalam kereta tu. Pastu kita kena tekan dekat penutup tangki tu dari arah mana ia terbuka. Kalau tak memang tak boleh buka. Tapi kali ni ia ngada pula nak kena serentak tarik picu tangki minyak dengan tekan penutup tangki tu. Sebelum ni ok je. Inipun tau disebabkan nasihat sorang adik yang kerja shell tu. Kita nak isi minyak tapi penutup tu tak boleh buka. 

Beza masa isi minyak dekat petron sebelum ni.. diorang cungkil je. Ialah tak salahkan diorang juga kita-kita pun bukannya tau pun kan. Ni bila dah tau..kira oklah tapi still lagi la gelabah la bila nak kena isi minyak cik hitam tu.


Haa harga dia pun beza sikit, macam yang ni cuci luar dengan dalam rm14 je. Kira murah sikit tapi hasilnya memang puas hati cuma yang buat kita tak memilih tu disebabkan ia bukan di laluan kita je. Tapi kalau tiada pilihan sampai juga sebenarnya kan. Alasan je semua ni..buktinya ini bukan 1st cik hitam dekat sini.


Okla untuk hari ni kita cuma cerita pasal cik hitam tu aje la. Taktau nak tulis pasal apa lagi sebenarnya ni..idea dok mari lagi eteknya ni 🤭🤭 tapi hari ni kita ada 2 audit tau. Wakil HQ turun itupun bukan lekeh² yang datang, selalunya pun bukan lekeh-lekeh juga kan big boss juga kot tapi kali ni sekali datang serentak, kewangan dengan integriti.

Ok la sampai sini dulu..

Si Hitam Dah Bising

Februari 04, 2024 Add Comment
Si Hitam Dah Bising

Ke sini lagi kita kali ni.. dah tak sanggup nak dengar bunyi mengaum lagi dah ! Bising sangat nak dengar radio pun dah tak boleh dah. 


Si Hitam Dah Bising

Selain lining ! Minta diorang settle pasal minyak bocor tu sekali. Tiadalah nak kena datang lagi kan. Sebenarnya ini bukan kali pertama datang sini. Selepas diperkenalkan oleh suami officemate dulu. Memang kerap juga la datang sini. Bukan apa, mudah tak perlu nak kena buat temujanji. Kira datang terus je cumanya bayarannya tu. Member kata lebih sikit tapi owner dia baik. Mudah kita nak tanya apa-apa pun.


Kereta bunyi mengaum atau bising

Sejak adik yang biasa ciktie minta tolong tengok-tengokkan si hitam ni tak sihat. Ni masuk kali ke-3 dah kot si hitam ni minta perhatian. Yang mula-mula tu ia langsung takmau hidup. Dah terpaksa minta orang datang menjemput menghantar bagai.  Yang ke-2 penangan bateri dah out dan yang kali ni

Hahaha Ciktie ni bab kereta ni bukannya tau mana. Tau drive je gan isi air je. Pam angin pun masih minta tolong dengan staf kedai tayar dekat traficlight sana tu. Tapi nasib baik sekarang kita dah ada pam angin bergerak. Bab kata officemate ada Transformers ! Jadi tak risau sangatlah nak pam angin tu. Mana-mana boleh je nak pam. 


Oklah dah siap dah si hitam kita tu. Dah terbang dah rm540 petang ni. Tak sempat juga nak bawa mandi petang ni..datang tadi tak sempat nak mandikan siap-siap. Banyak pula kereta tempat biasa kita mandikan si hitam ni. Konon sempatlah balik ni kan..rupanya tak juga. Kena postpone lusa atapun lusa la kot mandikan si hitam ni..balik je terus singgah kedai tapau nasi goreng. Lapar wehh dari pagi tak makan apa-apa ni. Memang berkeroncong sangat dah bunyi cik perut ni. 





Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Januari 27, 2024 1 Comment
Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Mashaa Allah.. lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Dah hampir sebulan dah memasuki tahun 2024 tapi entrinya masih lagi sama, kosong tiada apa-apa catatan terbaru pun.


Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Baru-baru ini office ada buat sambutan birthday untuk mereka-mereka yang lahir bulan Januari sekali dengan jamuan perpisahan sorang staf yang bertukar keluar ke IPG tapi yang sedihnya cuma 2orang je diraikan birthday tu hadir. 2orang lagi hmm sibuk sangat kot. Itu yang susah nak join tu.


Posting Ke IPG

Tahniah tau kalau betul la naik ke gred yang lebih tinggi. Good luck dan semoga akan lebih berjaya di tempat baru. Aamiin

Satu-satu keluar kan




January Birthday

Untuk birthday boy tu pula, semoga masing-masing diberikan kesihatan yang baik, ceria dan gembira selalu disamping keluarga tersayang. 

Sambut birthday sekali tapi sorang je dapat hadiah ek 🙆🙆 apapun semoga cepat sembuh boss




Bila dah lama tak menulis ni. Kekok pula rasanya. Ialah dah lama sangat rasanya tak menaip ni. Inipun nasib baik memori full 🤭🤭 nak kena transfer gambar dalam phone. Kalau tak rasanya masih tersimpan kemas dalam phone lagi gambar-gambar semua ni.


Walaupun jamuan kali ini masih mengekalkan nilai Ringgit Malaysia yang sama, menu jamuan kali ni terarah kepada menu sihat sikit la. Bukan apa sebabnya salah seorang yang diraikan ni tak berapa sihat. Macam tak best pula kita macam bagai nak rak dia terpaksa pilih-pilih kan.

So, menu utama kali ni adalah Nasi Ayam! Gedabok besar ayamnya tu. Cumanya ialah menu sihat, kuranglah sikit rasanya tu di anak tekak ciktie ni kan





Yang ke-2, mihun soto ! Sedap nak-nak sambal dia tu. Siap tapau bawa balik lagi 🤗🤗 Mestilah tapau dah tak habis kan. 

Soto


Roti jala tepung barli 

Then, kitorang ada roti jala. Ada 2 versi, satu guna tepung gandum macam biasa, satu lagi  guna tepung barli. Nasib baik member kita tu terima tempahan kalau tak hmm tak merasa la roti jala barli tu.

Sedap juga makan roti jala barli macam tu je. Memang takda rasa lemak-lemak macam tepung biasa. Rasa macam makan barli je bezanya ini versi tepung la. Kenyal-kenyal gitu

Roti Jala Barli, tepung barli

Roti jala jelita

Yang satu ni memang permintaan, makaroni bakar ! Sedap macam selalu dan tak pernah mengecewakan. Terima kasih encik Abdullah. Dah nak pencen dah dia.. Alhamdulilah dokumen pun kita dah submit ke HQ dah. Semoga tak kena kuiri dekat mana-mana la ye 🤲🤲

Sedap pula rasa kek marble tu 😘😘

Makaroni bakar

Kek marble

Yang ni pula koktail tapi kita tak sempat nak try pun. Ramai peminat ni. Cukup laju.. cepat je habis 


Untuk air pun kita tukar juga. Buat air barli tapi bukan kita yang buat la. Kita tukang beli je.. akak kesayangan ramai tu yang masakkan. 


Haa itu ajelah untuk permulaan ni. In Shaa Allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Dan ciktie lebih rajin menghiasi ruang kosong jurnal ni ye. Aamiin.. aamiin.. doakan ye.


Free Palestine

Ohh ya satu lagi, jangan lupa selalu doakan saudara kita di Gaza sana tu. Semoga mereka semua dilindungi-Nya, selamat, terus kuat..kuat dan kuat. Dan semoga gencatan senjata segera yang telah memasuki hari ke-112 ini berakhir dan semestinya kemenangan sentiasa berpihak kepada kita. Aamiin 

#freepalestine







Kesayangan hamba

November 20, 2023 1 Comment
Kesayangan hamba

Ya Allah,

Nikmatnya hujan tapi itulah dalam nikmatnya tu ghisau la. Bukan sebab air naik sebenarnya tapi sebab tiba-tiba kesayangan hamba ni. Tiba-tiba tak nak hidup! Start .. start .. tak boleh. Tak pepasal hamba kena order Foodpanda petang semalam. Ni dah masuk kali ke-2 dah ni. Sebelum ni dah sekali tak pepasal dah susahkan member office mai ngambil mai ngantar. Kali ni kita isi form siap-siap la lagipun banyak lagi cuti yang tak terguna tu. Memang gerenti burn la.


Cuti memang la banyak tapi nak guna ke mana?? Kalau duk kolumpo dulu memang la. Pantang bunyi cuu je dah sampai sini pastu masa nak kena balik sana hmm cam siput nak boleh kan bergerak nak pergi cari tiket tapi bila dah sampai sana, semua ok pula kan. Camtulah kita ni kan. Macam-macam peel


Kesayangan hamba

Alhamdulillah, reda dah sikit hujan pun. Kesayangan hamba pun dah ok semula dah tu nampaknya. Macam tahu-tahu kita buat OT ye. Dah minta upah..tak ngapa la. Janji sihat macam biasa ye. 


Kereta tak boleh start

Kenapa kereta tak boleh start

Kenp Keret tak boleh start


Korang ada yang macam kesayangan hamba ni juga tak? Tapi kalau diingat-ingatkan semula, dah lama dah kesayangan hamba ni tak minta upah. Cuma dalam sebulan dua ni je kerap sikit. Semoga adalah rezeki lebih untuk kesayangan hamba ni lagi kan kalau tak jenuh juga ni. Sekali minta mau beratus juga keluarnya. Oo..oo..jangan salah faham ye. Ini bukan rungutan ye cuma sekadar coretan je kenapa kereta tiba-tiba tak boleh start


Oklah korang, stop sampai sini dulu. Kita nak habiskan baju-baju yang melongok atas katil ni dulu. Sempat nanti kita singgah bw jurnal korang. Dah lama tak nyingah ni 






Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

Oktober 31, 2023 1 Comment
Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

Wahhh Vit's ada keluaran baru la, Pan Mee Goreng Pedas Perisa Ayam Penyek ! Kita suka yang pedas-pedas ni tapi hari ni tak sempat lagi nak cuba Pan Mee ni.

Macamanalah rasanya gabungan Pan Mee dengan perisa Ayam Penyek yang cukup terkenal di Indonesia ni. Mesti best kan ! Sepertinya dah terbau-bau dah perisa ayam penyek tu.


Vits

Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

"Aromatic Melange" 

The Fusion East Javanese and Chinese Flavors of Mesmerized by the unique taste profile, intriguing blend of the strikingly Pan Mee and Indonesia's famous Ayam Penyet, crispy fried chicken cooked with aromatic spices. 

Concept: "Aromatic Melange" becomes a symbol of cultural harmony and culinary innovation redefines the boundaries of culinary artistry, demonstrating how to seemingly disparate cultures can unite to form something truly extraordinary. 

Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyek

A Pan Mee Instant Noodle Ayam Penyet that bridges the cultural gap, captiving taste buds, and fostering a greater understanding among diverse communities.

Pan mee goreng ayam penyet appears to be a combination of two Malaysian dinines "Pan Mee" and "Ayam Penyet." 


Pan Mee Goren,g Perisa Ayam Penyet Recipe 

Ingredient

a) Pan Mee Goreng Ayam Penyet 

c) Paste and seasoning Ayam Penyet d) Garnishing (Fried shallot)


Method: 

1) Boil pan mee ayam penyet for 3 minutes until soft 

2) Drain the boiled of instant pan mee 

3) Add the seasoning paste of ayam penyet 

4) Add garnishing 

5) You can also add on minced Chicken, Minced meat, poached edd and Pak Choy Vege 

6) Mix well and ready to eat Enjoy!


Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Oktober 08, 2023 2 Comments
Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2023 di MiaLiana.com bermula pada 2.00 petang 8/10/2023 sehingga 11.59 malam 11/10/2023. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist #44 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  13 Oktober 2023.

** jom support Mia Liana....


My Ping in TotalPing.com