Office Cat Baru


Baru nampak segar sikit office ni. Kalau tak cam kusam je walaupun orang dalam ni tak camtu hikhik. Rasanya dah lama kot dinding office ni tak dicat baru tapi tak tau la kan, ciktie kat sini pun baru masuk tahun ke-2. Sebelum ni warna dinding ni ala-ala kuning cair camtu tapi kali ni warna putih plus gray. Nampak lebih jelas kan. Luas pun luas nampak ruang dalamnya pun


Ini pun dah masuk minggu keberapa dah proses mengecat ni. Dari sebelum raya haji hari tu sampailah sekarang ni tapi sebenarnya baru 3 hari diorang datang catnya. Ini pun asyik tertangguh je sebenarnya.. Yalah tetiba office dapat stand down..ada time² nya pula kitorang dalam ni sibuk sangat..diorang kena cat kat office lain dulu. So, layan je laa. Maybe esok siap dah kot 😄😄 tengok tadi cam sikit je lagi tinggal tu


Suasana dalam office pun masih lagi cam kapal pecah. Sana sini merata barang. Sekali tengok memang sakit kepala la. Tapi lagi sakit kepala nak tahan bau catnya tu








3 comments:

  1. Lepas ni lebih bersemangat lah bekerja ye..

    ReplyDelete
  2. putih nampak luas pejabat tu... semoga bersemangat la berkerja

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.