Selesai Sudah Majlis APC Tahun Ini

Ogos 13, 2017
Alhamdulillah, selesai juga majlis APC tahun ni. Kalau tahun sebelum ni buat dekat dewan dalam kem tapi kali ni dapat peluang buat kat hotel. Oklah sikit semua alatan tak perlu cari kat luar kan 😆😆.

Persiapan dewan

Tahniah pada semua penerima Apc, penerima pingat persaraan dan penerima sijil persaraan dan tidak terkecuali penerima sijil penghargaan sukarelawan khidmat negara. Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tak termasuk staf hotel yang memberi kerjasama tadi. Yang terkurang itu minta maaf banyak² ya.


Sorry juga tak sempat nak bertegur sapa..nak snap gambar gan korang tadi. Bukan tak sudi nak ajak ke camne tapi bateri handphone ni dah very² low. Dah sampai hujung² dah. Dah tak boleh buat apa dah. Wifi gan internet pun terpaksa tutup dah. Tengahari tadi tak sempat caj..so, bahananya..ini je lah gambar yang sempat snap pun. Gambar sendiri pun tak boleh nak snap. Harap tumpang masuk line orang je la



Tapii kan tahun ni tiada sesi bergambar untuk semua penerima apc, pesara cam tahun lepas, bergambar ramai² camtu. Tak sempat..masa suntuk sangat kan tadi





Apapun semoga semua berpuas hati ya. Yang terkurang tu nanti kita sama² usaha perbaiki untuk majlis akan datang 😅













Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com