Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti dengan Puasa Sunat Serentak

Julai 05, 2017
Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua. Hari ini dah 11 syawal. Dah ada yang raya puasa enam ya?? Alhamdulillah, tahniah ya. Dan bagi yang masih lagi dalam proses tu moga dipermudahkan, in shaa Allah aamiin..


Gabung Puasa Ganti dengan Puasa Sunat Serentak
Betapa bertuahnya sebenarnya kita seandainya kita mampu dan berupaya melaksanakan puasa enam hari di bulan syawal ni. Puasa enam hari je tapi pahalanya..seperti berpuasa setahun. Siapa yang larat nak puasa setahun kan. Memang tak sanggup la..nak gantikan yang uzur syarie tu pun bukan main berkira² lagi huhu
Selalu sangat perkara ni menjadi kekeliruan dan pertanyaan kita umumnya kaum hawa dalam bulan syawal iaitu :-
  1. Bolehkah jika niat ganti puasa ramadhan dan niat Puasa Sunat syawal digabungkan secara serentak?
  2. Adakah golongan terbabit mendapat pahala bagi kedua-duanya sekali?

Boleh Ke Gabungkan Puasa Ganti dan Puasa Sunat Serentak

Mengikut apa yang ciktie ketahui, puasa ganti adalah puasa yang difardukan dalam bulan Ramadhan (hukumnya wajib) manakala puasa enam adalah puasa sunat dalam bulan syawal. Jadi, kedua-duanya tidak boleh digabungkan. 

Lagipun Imam As-Syafi'l dalam kitab Al- Umm berpendapat dalam mensyarahkan bab "Setiap amalan dengan niat" : hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadhan, puasa nazar, puasa kadarnya, puasa qada dan Puasa Sunat.

Dan juga Imam Jalaluddin As-Suyuti dalam kitab Al-Isybah juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadhan atau nazar atau puasa sunat.


Qadar dulu atau sunat dulu 


Walaupun ada pelbagai pendapat yang menyatakan bahawa yang qadar patut dikerjakan dahulu berbanding yang puasa sunat. Tetapi jika ingin mengerjakan puasa sunat syawal dahulu barulah puasa ganti juga dibolehkan.

Tapi kalau kita niat qada puasa dalam bulan syawal ciktie ada juga dengar ada pendapat sebahagian ulama menyatakan kita juga boleh dikurniakan pahala puasa enam tu. Hmm..sebenarnya pokok pangkalnya semuanya terserah pada kita. Yang mana kita rasa lebih mudah.

Ohh ya puasa enam tu boleh je dilakukan secara berturutan ataupun terpisah. Tapi lebih afdal ianya dibuat berturutan. Kita pun lebih teruja 😊






Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com