GIVEAWAY ANNIVESARY DAN DUIT RAYA BY CIK ASH

Mei 29, 2017 5 Comments
GIVEAWAY ANNIVESARY DAN DUIT RAYA BY CIK ASH

Hadiah Untuk Pemenang 

Cash 
Cash RM50 - 2 Pemenang
Cash RM30 - 1 Pemenang
Cash RM20 - 1 Pemenang 

Top Up 
RM10 - 3 Pemenang 
RM5 - 1 Pemenang

Barang-Barang Lain 
1 set kerongsang - 1 Pemenang 
Tudung- 1 Pemenang 
Eyeliner - 3 Pemenang 
Cermin 2 in 1 - 1 Pemenang 
Watermark - 1 pemenang 

 Syarat-syarat untuk menyertainya :-  

1. Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Annivesary Dan Duit Raya" (copy banner dekat atas) 

2. Follow Blog 
     Cik AshMia LianaMurni Alysa , Cik Kejupenyet , Busyra Takiyudin ,                      MamaDarwiishLokman Amirul dan Farahglanzdotcom 

3. Like FB Pages 
    Projek Blogger Utara  Cik Ash ,Mia LianaCik Pinz , Medina Desire Detox Tea,Busyra Takiyudin, MamaDarwiish,  Lokman Amirul dan FarahGlanzDotCom

4. Follow Instagram 
    Cik Ash ,Murni Alysa , FarahGlanzDotCom, Mia Lianadetoxteamedinadesire1




Doa Berbuka Puasa

Mei 28, 2017 5 Comments
Doa Berbuka Puasa
Doa Berbuka Puasa | Alhamdulillah !! Hari ni dah masuk hari ke-2 kita menjalani ibadat puasa. Setakat ni semua orang ok ke atau dah dah ada yang tengah mengira jam ni?? Sabar ya.. nanti akan sampai juga masanya tu.

Bila dah sampai masanya tu jangan lupa doanya. 


Sepatutnya doa ni share semalam tapi semalam kelam kabut punya pasal tak sempat nak publish kan. Menu apa hari ni tu?? 

Niat Puasa Ramadhan

Mei 26, 2017 1 Comment
Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan | Alhamdulillah seharian cuaca redup je sepanjang hari ini umpama bukan umpama lagi la memang betul² menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak. Jangan lupa malam nanti pergi terawih tu ! Malam ni malam pertama kita bertemu ramadhan ni.

Haaa..esok puasa dah ni. Dah tau nak baca niat camne ke malam ni?? Takpa..ni ciktie dikongsikan camne niat puasa tu ya.. Selamat beramal !!

Niat puasa harian

Niat puasa sebulan

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari dan hari terakhir kita pada bulan syaaban. Sebelum ramadhan menjelma sekejap lagi ciktie nak minta maaf banyak² pada semua orang. Baik yang kenal ataupun tak. Hidup ni tak pernah sunyi dari kesilapan begitulah juga dengan diriku ini. Sesempurna manapun kita inginkan jangan sesekali kecewa kan orang lain. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Dan semoga segala amal kebaikan kita juga diterima oleh-Nya. In shaa Allah, alamin.

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest : Onde-onde Hijau

Mei 26, 2017 2 Comments
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest : Onde-onde Hijau
In shaa Allah esok dah puasa !! Masih ada ibu-ibu yang masih lagi sibuk membuat persiapan. Ada yang sampai mengambil cuti rehat  semalam kan bagi memastikan segala persiapan terutamanya bab bahan mentah seperti ayam, ikan, telur, buah tamar dapat disediakan terlebih awal untuk persiapan sahur malam nanti. tak kurang juga yang ingin mengambil kesempatan sebelum ramadhan tiba ini semalam untuk kemaskan rumah, tanggalkan langsir, lapkan cermin tingkap..buang sawang dan sebagainya. Kebetulan pula semalam kan government dah dapat gaji kan?? ramailah yang ambil kesempatan, betul tak??

Setiap kali ramadhan tiba, onde-onde merupakan juadah iftar yang menjadi kegemaran ciktie sekeluarga selain biji nangka. Ia bukan sahaja sejenih kuih tradisional yang ringkas dan simple tapi juga mudah untuk disediakan. Selain ianya berwarna hijau ia juga ada yang berwarna biru, pupple, kuning ataupun merah. Rupanya yang bulat-bulat dan kecil itu bukan saje comel tapi amat sedap dinikmati. terasa cair di dalam :) nak-nak ianya senang disediakan.

Biasanya kalau kat bazar ramadhan kalau tak silap 6 atau 7 biji je RM 1..tapi kalau buat sendiri berbiji-biji boleh dapat. Siap boleh kongsi gan jiran tetangga lagi. Camne nak buat? Tengok resepi bawah ni ya hikhik cam lah ciktie ni mahir sangat hikhik


Onde-onde Hijau

Bahan

3 cawan tepung beras pulut
1 cawan air
sedikit pewarna hijau *boleh guna apa-apa warna yang disukai
sedikit garam
nisse ataupun gula melaka *dipotong kecil-kecil
daun pandan
kelapa parut *digaul bersama sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
  1. Tepung beras pulut digaul sebati bersama secawan air dan sedikit garam sebelum pewarna hijau dimasukkan.
  2. Kemudian uli bulat-bulat adunan tersebut. Nak senang anggarkan saiz ambil adunan sebesar ibu jari. Leperkan dan masukkan gula melaka dan gentel bulat-bulat.
  3. Sementara tu, panaskan air dalam periuk dan biarkan sehingga ianya mendidih. Jangan lupa masukkan daun pandan supaya ianya lebih wangi
  4. Seterusnya masukkan bebola tepung tadi ke dalam periuk air yang mendidih tadi. Biarkan sehingga bebola tadi timbul dipermukaan air yang mendidih sebelum diangkat.
  5. Tos dan biarkan seketika.
  6. Seterusnya golek-golekkan kuih tadi dengan kelapa parut. sehingga ianya bersalut.
  7. Dah siap !!

Kebetulan pula lazada sekarang ni tengah adakan Contest Blogger Raya bermula dari 19 Mei hingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Setiap minggu ada tema yang berbeza-beza. Dan kita boleh sertai contest ni lebih dari sekali tau. Jadi, kalau nak tau lebih lanjut klik sini tak pun klik je banner bawah ni ya.



Dengan menggunakan Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid ciktie rasa tiada lagi perlu susah²kan diri menunggu air mendidih dan besarkan api. Dengan api yang kecil pun ia tetap juga mampu menjimatkan masa. Jadi bolehlah memasak dengan senang hati !!


Sempena kedatangan Marhaban-Ya ramadan dan Riang Ria Raya telah menawarkan potongan sehingga 90 % dari 16 Mei hingga 30 Jun 2017 tau. Jadi apa tunggu lagi.. jangan lepaskan peluang anda menikmati penjimatan yang lebih banyak !!







Hero Seorang Cinderella by Fattah Amin / Nur Fazura

Mei 23, 2017 1 Comment
Hero Seorang Cinderella by Fattah Amin / Nur Fazura


Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penyanyi : Fattah Amin dan Nur Fazura
Lagu : Aizat Amdan

Hanya kau yang ku mahu
Sayang jangan terburu
Sampai bila harus ku tunggu

Oh sayang ku malu
Baby baby can't you see
You and I are meant to be
Hanya kita berdua

Sayang
bukan ku tak mahu
Bertemu dengan mu
Sayang, siapa la aku

Jangan la bimbang
Sayang, kan ku bina istana
Engkau permaisuri ku






Wallpaper Slide to Powerpoint

Mei 23, 2017 Add Comment
Wallpaper Slide to Powerpoint
Wallpaper Slide to Powerpoint | Masih lagi tercari-cari wallpaper tuk slide presentasion  APC'17 ni. Memandangkan tema APC tahun ni pupple !! So, memasing sepakat nak slide pupple juga. Hmmm agak-agak kalau guna salah satu wallpaper kat bawah ni ok tak tuk slide?? Ciktie dah pening ni samada nak guna salah satu wallpaper kat bawah ni atau nak kena cari yang lain. Design memang sama yang beza hanya dari segi warna.


Tapi kalau ikutkan hati kecil ciktie ni.. ciktie lebih suka gunakan wallpaper warna biru a.k.a royal blue. Biru JDT tu ! Nampak lebih menyerlah rasanya.










Kalau mai klinik camni la

Mei 21, 2017 2 Comments
Kalau mai klinik camni la
Kalau mai sini giliran tuk ambil ubat la yang perlukan tahap kesabaran yang nyata !! Dah berapa kali beralih kerusi ni tapi giliran 40** tetap juga tak berubah. Tapi yalah kan..satu kaunter nak clear kan semua pesakit ni bukan mudah. Nak tak nak sabarlah menunggu. Diorang pun sabar je gan ramai orang ni


Nasib baik la hari ni tak kerja. Tiadalah berkejar sangat. Pagi tadi tiadalah kena menunggu sangat. Tapi sempat la bw satu dua blog sebelum masuk jumpa doktor hikhik. Klinik ni memang tak sah kalau tak ramai orang. Yalah sebelum pukul 7 pagi memasing dah mula bertapak kat sini.




In shaa Allah lagi sebulan kita datang lagi ya. Masa tu harap² keputusan pun makin baik. Janganlah dibuatnya kena tambah ubat lagi huhuh..







Ku punya pendrive

Mei 17, 2017 1 Comment
Ku punya pendrive
Baru je cakap..tengok dah ada. Alhamdulillah, jimat duit tak yah beli dah!! Tapiiiii apasal tak ingat pasal pendrive ni ya?? Nak kata orang lain punya tak mungkin la sebab ada dalam laci kitaa.. Ada ke orang tersalah letak dalam laci orang lain kan??


Apapun alhamdulillahhh..
Walaupun hanya 8 GB je..amat besar maknanya bila kena time² terdesak.


Ini pendrive ke-2 ciktie punya selama 2 tahun kerja kat sini. Masa kat Kuala Lumpur sana pun rasanya ciktie ada 2 juga. 1 merah dan 1 hitam.. Yang hitam tu memang ciktie tak beli tapi office HQ yang bagi. Yang merah tu ke ciktie beli itupun sebelum masuk government !! Dan dua² ciktie tinggal kat sana #bagibudakbaru yang ganti ciktie kat sana dulu tuk mudah kan kerja. Baik tak ciktie hahaha. Ok la bye c u again


Icon Baru Bersyukur di facebook

Mei 12, 2017 3 Comments
Icon Baru Bersyukur di facebook

Icon Baru Bersyukur Di Facebook | Perasaan tak ada icon baru di facebook !! Selain icon sediada tu pertambahan icon baru warna pupple tu. Icon BERSYUKUR !! Alhamdulillah..

Tapi apasal tak kuar bunga banyak² cam dekat tab bila  dah klik tu huhu.. apapun ciktie suka gan icon baru tu. Bukan je sebab bunga tapi juga sebab colour nya..






Promosi Ekspres Mania

Mei 11, 2017 Add Comment
Promosi Ekspres Mania

Ehhh Pos Malaysia buat Promosi Ekspres Mania la !! Menarik ni.. beli 2 dapat free 1. Jadi kita boleh bawa balik 3 Semestinya barang yang sama la . Promosi ni pula berlangsung selama sebulan sepanjang bulan Mei ni a.k.a selagi ada stok okay !!

Haa nak tau apa yang diorang tawarkan?? 
tengok ni !!


Dengan pembelian dalam satu resit, kita layak tuk dapat barang free tu. Tapi kalau guna resit berasingan memang dok dapat la ya.

Kat mana nak dapat !! 
Kat sini ada list nya.. Jemput2 semua ya
Dan kalau nak tau lebih lanjut. klik je sini ok









Wordless Wednesday : Belajarlah jadi pemaaf

Mei 10, 2017 1 Comment
 Wordless Wednesday : Belajarlah jadi pemaaf

Wordless Wednesday : Belajarlah jadi pemaaf | 


Belajarlah jadi pemaaf,
berhentilah jadi pembenci, 
berhentilah salahkan orang lain
dan yang paling penting ... 
belajarlah perbetulkan diri. 
Nanti kita akan merasa betapa nikmatnya hidup ini tanpa perlu menyalahkan sesiapa, menuding jari jauh sekali membenci kepada sesiapa..

Selamat bercuti semua !!
Esok back to normal



Everthing at RM5 & Rm10 by Motherhood.com

Mei 02, 2017 2 Comments
Everthing at RM5 & Rm10 by Motherhood.com
Semak email pagi tadi, terbaca satu email ni. Everthing at RM5 & Rm10 dari Motherhood ! Rupanya Motherhood ni merupakan website yang menawarkan barangan baby dari newborn hinggalah kanak-kanak berusia 3 tahun keatas. ciktie tak pernah tau pun Tak kurang juga barangan tuk ibu bersalin. Mudah la nak shopping barangan tuk anak buah ni.


Dulu memang pernah rasa cam tak berbaloi sangat shopping online ni tapi sekarang tak juga !! Yalah shopping online kan tak boleh nak pegang-pegang..nak tilik-tilik kan hahaha. Dengan kekangan masa yang terhad sekarang ni nak pilih-pilih barangan baby ni memang selalu je tergesa-gesa. Kekadang main ambil je bila dah sampai rumah mula la tak puas hati huhuhu.. So, kebetulan pula kempen Everthing at RM5 & Rm10 sedang berlangsung ni.. apa lagi jom la usha-usha tengok mana yang berkenan. Penghantaran percuma tau dengan pembelian RM25 ke atas. 


Motherhood

 Website yang menawarkan barangan bayi, kanak-kanak dan ibu bersalin. Ia meliputi pelbagai jenis kategori barangan bayi yang lengkap seperti lampin, makanan bayi, aksesori, mandian, stroller, kerusi, kereta bayi, fesyen bayi, dekorasi bilik, mainan, fesyen ibu mengandung dan lain-lain lagi. Dimana ia menawarkan  produk dari pelbagai jenama popular yang memang tidak perlu diperkenalkan lagi seperti Purreen, Huggies, Fiffy, Drypers, Owen, Autumz, Ducth Lady, Pigeon, Baby Organix dan banyak lagi. So, pasni kalau terasa nak beli apa-apa barang boleh je singgah website ni sekejap. Dapat cuci-cuci mata dulu pun jadilahh  


Penghantaran adalah percuma dengan setiap pembelian Rm99 keatas dengan satu transaksi. Cuma buat masa ni Motherhood hanya menawarkan penghantaran dalam Malaysia je untuk pasaran luar belum lagi. Masa yang diperlukan untuk penghantaran tu dalam 3-5 hari (S/Malaysia) dan 3-7 hari (Malaysia Timur) *Sabah/Sarawak la kot

Tuk pemulangan barang pula perlu dibuat dalam tempoh 7 hari selepas tarikh penerimaan barang tersebut. Tarikh tu nanti diorang akan cop pada petak yang kita hantar balik kepada diorang tu. 

Barangan RM10


 Ciktie tertarik sangat dengan produk Kath + Belle tu ! Bukan hanya sebab nilai RM10 je tau tapi sebab produk tu sendiri. Terhasil daripada bahan-bahan semulajadi yang bebas toksid.. amat selamat untuk kulit baby tu yang sensitif tu. harga ia pun berpatutan.





My Ping in TotalPing.com