Lupa bayar makanan

Lupa bayar makanan | pernah terjadi tak tetiba terlupa bayar makanan !! Arhhh malunya..Camne boleh jadi ni. Dah makan dah kenyang tapi lupa bayar, terus je jalan keluar hahaha cam kelakar la pula. Ada sesiapa pernah alami situasi camni tak? hehe 

Rm 8 - ketupat sotong

Semuanya berlaku secara tak sengaja petang kemarin. Kononya keluar nak makan pergi makan laksam tepi jalan dekat area Kg. Semut Api sekali diorang tutup. So, terus je lah ke Medan Selera Ikan Bakar, Kedai Buloh.. Khafi Tomyam jadi pilihan. Kat sana makan ketupat sotong gan nasi sup. Tapi masa nak bayar tu tah cam mana boleh terlupa nak gtau ketupat sotong hahaha.. minta maaf la akak kaunter. terlupass tapi dah pergi bayar dah petang semalam tau.

Ohh ya..lupa nak gtau, makanan panas kat sana best tau nak-nak nasi goreng kampung dia tu memang kena gan selera ciktie la. Pedas !! Tapi pedas ciktie biasalah pedas orang kelantan kan. Kalau nak lagi pedas minta je sambal belacan diorang ya.

Nasi Goreng Kampung

1 comment:

  1. huhu. tak pernah pulak uyul lupa bayo makan heheh

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.