Resepi Simple Mee Rebus

Alhamdulillah, kenyang... Berbaloi sangat balik tengahari tadi singgah pasar beli bahan² walaupun ada bahan yang terlupa nak beli. Merasai juga makan mee rebus walaupun ianya cukup simple je. Cara penyediaannya pun mudah. Pendek kata senang je.


RESEPI SIMPLE : MEE REBUS

Bahan
Sebungkus mee kuning - basuh, tos dan ketepikan
Sedikit ayam dipotong kecil²
2ulas bawang putih - tumbuk
Sedikit bunga kubis
Sedikit kubis
Tomato
lada besar
sayur sawi
secukup rasa
sedikit garam
Air untuk kuah
sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam dan biarkan isi ayam tu masak sedikit.
3. Masukkan air, sedikit garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih
4. Masukkan kubis, bunga kubis dahulu sebelum masukkan sawi, lada besar dan tomato.
5. Dah siap...



2 comments:

  1. W'salam Cik Tie,

    Baru pekena breakfast mee rebus pagi tadi. Lepas ni boleh buat sendiri dgn resepi Cik Tie..

    Thanks for sharing.. 😄

    ReplyDelete
  2. sedap ni.lg2 masuk dgn sambal kicap...

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.