Musim tengkujuh

Musim tengkujuh - Sejuknya hari ini. Tangan ni pun dah kuning pucat dah. Hujan turun sekejap-sekejap je berhenti pastu mula hujan balik sampailah sekarang. Kalau berterusan camni memang tak mustahil padang belakang rumah tu kan bertakung. Dalam rumah tu rasanya dah penuh kot gan besen kecil, kecil, besar memenuhi ruang untuk mengelakkan lantai terus dibasahi air. biasalah bila dah hujan lebat cam sekarang ni ruang-ruang paku kat atas bumbung tu memang cukup memainkan peranan la. Habis basah lecun lantai dibuatnya hehe tak pepasal beliau pula yang kena hikhik. 

Kalau ikutkan ramalan kaji cuaca untuk hari ini. Memang hujan sekejap-sekejap dan ribut petir hari ini kat sini. Tempat korang camne pula??


Dah musim tengkujuh ni sama-samalah kita beringat. Pastikan anak-anak kecil sentiasa ada bersama kita walau apa jua situasinya, Biasalah budak-budak pantang nampak air. Pastikan juga segala dokumen penting tu berada di tempat yang selamat. Mereka-mereka yang berada dikawasan yang rendah or kawasan sungai tu kenalah sentiasa peka ya. Senang kalau apa-apa jadi nanti


6 comments:

  1. tak lama lagi musim tengkujuh kan.. risau kat kampung di kedah.. asyik banjir jer.. tahun ni dah 3x air masuk dlm umah tok

    ReplyDelete
    Replies
    1. yake.. alahai kesiannya tok tu. apapun semoga tahun ni tak berlaku la banjir besar. insyaAllah, aamin

      Delete
  2. Musim tengkujuh ni siaran astro mmg complicated sikit huhuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. nak buat macamana kan. dah sampai musimnya

      Delete
  3. Orang yang duduk kawasan berisiko dh kena start berjaga2 dah ni...Semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.