Cuti Keputeraan Sultan Kelantan

Cuti Keputeraan Sultan Kelantan - Seronoknya esok cuti sempena keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V.. Allahu Akbar. Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat, aamiin. Sultan Muhammad Ke-V atau nama sebenar baginda Tengku Muhammad Faris Petra telah dimansyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010. Berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15 bagi mengantikan Sultan Abdul Halim.


Hari ni last day kerja untuk minggu ni sebelum kembali bertugas semula minggu hadapan. Sekejap je dah masuk pertengahan bulan November. Sebulan lagi dah masuk tahun 2017. Terasa cepat betul masa berlalu..rupanya dah setahun lebih berkhidmat di halaman sendiri. 

Tak sempat juga nak jumpa rombongan dari kuala lumpur. Sebenarnya diorang datang berkursus dekat PCP Resort ni bermula 7hb hingga hari ini. Kalau ikutkan jadual rasanya hari ini diorang dah bergerak balik dah kot. Maaflah bukan sombong ke apa tapi ciktie ni memang tak berapa berani drive malam-malam ni nak-nak sekarang ni dah musim hujan. Keluar je office semua sepakat tekan pedal minyak untuk cepat-cepat sampai rumah. Biasalah sekarang ni masuk musim terkujuh dah. Rutin untuk sampai ke rumah awal memang jadi kebiasan..




No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.