Resepi Mudah Mihun Singapore Ciktie

Jun 16, 2016

Antara menu berbuka puasa pilihan ciktie - Mihun Singapore a.k.a mihun putih a.k.a mihun lada hitam. Alhamdulillah clear sekuali hehe tapi adik ciktie bagitau dah sedap dah. 2/3 kali dia menambah tau. Lagi satu ni pertama kali ciktie goreng mihun camni. Tekak ciktie ni dah teringin sangat nak makan. Ada juga usha-usha kat pasar tapi tak ada la pula. Nasib baik juga tak ada..kalau ada memang sah-sah ciktie tak masak punya.  

Persembahan mihun singapore simple by ciktie. 

Mihun Singapore Ciktie

Bahan-Bahannya
1 Bungkus mihun **ciktie pilih cap merak
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit halia
2 biji telur
3 biji cili burung ** boleh tambahkan kalau suka pedas
fish cake * dipotong halus
1 batang daun sedari * dipotong halus
1 biji carrot * dihiris panjang2 tetapi halus 
sedikit garam dan secukup rasa
segemgam lada hitam **dikisar halus

Untuk hiasan 
** dipotong sebelum ditabur atas mihun
1 biji timun
2biji tomato
2 biji lada besar 
sedikit daun bawang dan daun sup

Cara-caranya adalah :-

1. Rendamkan mihun bersama air panas dan toskan.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili burung dan halia yang telah dikisar halus sehingga warna kekuning-kuningan. 
3. Masukkan first cake. Boleh juga ditambah ayam atau udang.
4.Masukkan telur satu per satu dan kacau biar hancur. 
5. Masukkan lada hitam yang telah dikisar halus diikuti dengan garam. kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan mihun dan kacau lagi.
7. masukkan daun sedari dan carrot yang telah dipotong halus.
8. Tambahkan sedikit garam lagi dan secukup rasa.
9. Dah sedia untuk di m.a.k.a.n !!



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. sedapnya.. boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  2. suka betul kita kalau mak buat mihun ni. sebab sedap. tp mak laggi suka makan mihun yg biasa

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com