hujan dah seperti yang diramal

Terasa lagi dinginnya angin di awal pagi. Hujan seakan tidak mahu berhenti. Langit suram di hiasi kabus putih. Sesekali hujan turun menyapa diri. 

Best betul ciktie rasa tidur pagi tadi. Itupun selepas dikejutkan oleh suara kecil si anak buah 2 kali semalam. Hujan kejap2 turun dan kejap2 berhenti. Tarik selimut tidur kembali.

Sepertimana yang dijangka, hujan mula membasahi bumi Kota Bharu pagi semalam. Seakan melepaskan geram, ia turun dengan lebat. Persekitaran sana sini dah tak nampak apa .. Kebetulan lak, masa tu ciktie dari KB nak masuk office semula. Nak tak nak, redah je lah. Sempat jugalah ciktie tunggu dalam kereta 10 - 15minit camtu la, sebelum redah lagi tuk naik ke atas. 

Nasib baik kereta ciktie jenis auto. Hangin jugalah 2/3 kali pusing cari
parking pastu sangkut lak dekat trafik light Sekolah Jenis Cina tu. Ciktie hangin betul gan korang2 yang memandai masuk line tak bagi signal ni.

Ciktie memang tak kisah sangat kalau si hitam ni calar sebab ciktie tapi kalau sebab korang ishhh jangan harap la tau hehe takut tak..takut tak


1 comment:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.