City Park Hotel

Ogos 23, 2015
Selamat petang uolls. Sekarang ciktie dekat City Park Hotel iaitu antara hotel budget dekat Chow kit kata kawan ciktie ni. 1 malam rm105.. kira okay sangat la kan. Walaupun tak besar..muat-muat 2 katil..cukup la tuk rest dan tidur malam ni. Terletak dekat KL International Hotel.


Dalam pukul berapa tah tadi ciktie check in. Tapi sebelum pukul 12.00 la. Nasib baik la juga diorang tak kira sebab check in awal. Flight ciktie dalam pukul 9.05 camtu. Dari airport Subang terus ambil teeksi budget mai sini. Pastu ciktie keluar jalan-jalan dekat Jalan Tar..Sogo. sempat la ambil baju baby sehelai dua ni. Kelabu mata bagai tengok baju baby comel-comel dekat Sogo tadi. Cam nak semua pun ada hehehe. Kalau minggu lepas ciktie pi makan angin dekat Port Dickson makan angin la sangat  tapi minggu ni ciktie mai office lama ciktie lak. Cuma beza floor je dekat Kolumpo ni. 


Arrr tu la jugak kenapa ciktie pilih hotel ni. Dekat gan office lama dan juga dekat gan Sogo. Lama benar rasanya ciktie tak mai Sogo ni. Excited punya pasal sampai tertinggal kiriman orang kat KB. Nanti ya chif..nanti saya kirim jugak keropok lekor chif nak tu.

Tengahari tadi, adik ciktie masuk hospital. Dah nak bersalin. Semoga Dia mempermudahkan proses melahirkan ini. Dan dua-duanya selamat, aamiinnnnnn


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. dah duduk area situ, kalau tak ke sogo rasa macam tak sah pulak kan?

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com