Dan sebenarnya cik tie

Hai,assalamualaikum..
selamat tengahari semua. lamanya cik tie tak tilik blog cik tie ni. dah berkurun rasanya. last tilik kat kampung hari tu sebelum lapor diri kat 8 Briged.mai kolumpo balik terus sibuk gan kertas gan carta bagai. nak on facebook pun dok dang apatah nak karang mengarang kat sini lak.  idea mencurah-curah rasa nak tepek kat sini tapi memang cik tie tak terdaya. Sampai rumah pun, solat asar dah hujung-hujung baru sempat tunaikan. rest kejap selepas/ sebelum solat tu..tolong pegawai cik tie siapkan rencah nak masak untuk menu pagi esoknya tu. tolong potong sayur gan potong fishcake je pun hikhik cam ya je kan??

Tapi seriusly, cik tie tak tipu.. penat benar rasanya dua tiga menjak ni tapiiiii cik tie suka sebenarnya.
cik tie suka sebab dah berjaya settle kan masalah. cik tie juga suka sebab hasil kerja cik tie tu tak sia-sia. suka sebab bos puas hati gan usaha dan hasil kerja cikt tie, walaupun kekadang cik tie rasa cam tak mampu nak puaskan hati semua orang. Susah tau nak puaskan hati semua orang, nak-nak siapa yang ada kat sebelah cik tie ni. Ada je yang menyebabkan cik tie tersentak dan terkilan. Tapi cik tie tau.. cik tie bukannya baik sangat nak kritik orang camni or camtu. cukup la kalau cik tie mampu muhasabah diri sentiasa. itu sudah cukup memandai sebenarnya. 

kenapa harus mengkritik andai diri sendiri juga tidak sempurna.
sesempurna mana yang kita impikan tak kan mampu dikecapi andai kita terus-menerus menidakkan kebenaran.seharusnya kita mampu belajar untuk terus berdiri walaupun hakikatnya kita pernah jatuh tersungkur. benarkah begitu ??









1 comment:

  1. jengguk menjengguk

    jemput singgah ke blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.