Pulangnya Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat (TGNA)

Takziah buat keluarga allahyarham Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat dan seluruh warga kelantan atas kepulangan allahyarham pada  malam kemarin- 12 Februari 2015 (9.45malam) bersamaan malam Jumaat, penghulu segala malam.



Allahyarham telah selamat dikebumikan di sebelah pusara ayahandanya di perkuburan Pulau Melaka. Tah naper sebak sangat rasa. Rasa cam kehilangan sangat-sangat. Sebak dan sayu sangat bila membaca kisah arwah semasa hayatnya. Tambah sebak lagi bila menyaksikan lintas langsung solat jenazah dan pengembumian arwah yang dibawa khas dari Tanah Perkuburan Pulau Melaka yang dihadiri oleh ribuan orang dari seluruh pelusuk negeri. Begitu ramai yang ingin mengiringi arwah untuk kali terakhir.


Dulu, masa adik cik tie belajar di Darul Anuar. pernah sekali cik tie pergi sini. Tapi tak sempatlah jumpa arwah. Rumah arwah sama je cam rumah kampung yang lain. dekat2 tu juga ada masjid.. Tu je yang cik tie ingat. Walaupun cik tie tak pernah jumpa arwah tapi keperibadian dan kesederhanaan orangnya betul1 mengagumkan cik tie. Siapa duga itulah mantan Menteri Besar Kelantan. Sempoi je orangnya..

 Awan mendung turut mengiringi arwah.
Semoga arwah tenang disana. 
aamiin 

1 comment:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.