Banjir : Dah Surut

Syukur, alhamdulillah. Akhirnya air banjir kat rumah cik tie surut juga walaupun ianya tak surut sepenuhnya tadi. My mom col bagitau ruang tengah dalam rumah yang turut ditengelami air sebelum dah surut dah. Tinggal lagi bahagian depan gan belakang je yang masih lagi dibanjiri. Macam tak percaya tapi cik tie syukur sangat-sangat walaupun kawasan sekeliling masih lagi dikelilingi air. Walaupun ia surut tak sepertimana ia datang..paling tak sempatlah my mom gan saudara mara bersihkan rumah tu dulu. Sambil-sambil main air banjir tu sebelum ia beredar ke laut nanti.


Terkejut cik tie tengok keadaan selepas banjir di Gua Musang gan Manek Urai sana tu.. Seteruk camtu sampai keadaan sekitar. Kasihan diorang. !! Harapnya kawasan rumah cik tie tak seteruk camtu. Tapi memang tak dinafikan..banjir kali ni memang pelik sikit. Gan arus yang laju tu..memang takut la. Nak-nak ianya cepat je.. sedar-sedar air makin naik dan naik. Tak sempat nak buat apa-apa. Boleh dikatakan semua kawasan terlibat dan merasa payah dan peritnya banjir kali ini..
 
 
Kucing-kucing cik tie.. ayam gan arnab my mom tah macam mana la keadaannya. sedih sebenarnya cik tie tengok binatang ternakan yang mati lemas tu. Apapun takziah cik tie ucapkan pada semua yang menjadi mangsa banjir kali ni tak kira kat negeri cik tie ataupun berjiran. Tapi yang cik tie peliknya macamana boleh jadi kes-kes sukarelawan halau sukarelawan yang lain ya?? cik tie harap perkara seumpama ini tak berulang lag. Kasihan mereka yang amat-amat memerlukan bantuan kita. 

  Oh, ya.. aoakan cik tie dapat tiket malam esok ya. Cik tie dah tak sabar nak balik kampung ni..
terpaksa burn kan tiket minggu lepas. Air banjir tengah naik tapiiii Pahang tengah banjir sekarang ni. Ada ke bas yang bergerak ke KB ni??




4 comments:

  1. Semoga mereka yang menghadapi tabah dan sabar.

    Papaglamz singgah dan follow blog ni. Jom terjah n follow Papaglamz.

    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
  2. kak Aishah,,.. Ros pun sedih tau.. tak sanggup nak tengok gambargambar dan video yang di share berkenaan banjir kali ni.. ujian buat kita semua.. macam mana keadaan kampung kak Aishah?.. dah aa di kampung ke ni?... moga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. @ros_reeza aamiin, terima kasih rose. Alhamdulillah saya dah naik KL balik dah ni walaupun sediah rumah masih lagi macam kapal pecah huhu

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.