Aku dan Denggi

Alhamdulillah, minggu ni mula masuk office balik. lebih kurang 2 minggu kat kampung..rehatkan diri selepas seminggu lebih tak sihat kat sana. Tak sangka langsung ingatkan deman biasa tetapi rupanya deman denggi. Semuanya tak tau bermula dari mana..selepas sehari join majlis berbuka, anjuran Bahagian. Next time certa pasal ni.. Esok tu terasa penat sangat..ingatkan disebabkan terminum air teh sejuk malam tu. Lusa tu tak kerja - hujung minggu. Seharian asyik tidur je. Bersahur, berbuka hanya dengan air kosong je. Tak ada selera langsung nak makan atau nak minum. Bau makanan saje pun dah nak muntah. Kalau makan atau minum mesti muntah balik huhu penatnya badan. Lesu betul rasanya. Sakit kepala tak tau nak bagitau camner, cam nak pecah rasa gan badan terasa panas bagai. Malam-malam tak dapat nak lelap, miang amat rasanya.

ctnoraishah

Memula check kat Klinik Khairat dekat blok bawah kawasan rumah je, deman katanya. Pas makan ubat diorang bagi tak juga kebah-kebah. Sebelum tu dah makan 3/4 biji uphamol 650 dah. Kepala still lagi pening. Tak tahan punya pasal pergi check darah kat Klinik Jelatek. Hmm klinik tu tak ada makmal pula, terpaksa bawa sample darah tu ke Klinik Desa Pandan, Ampang. Dalam masa 5 minit dah dapat result. Tengok-tengok huhu cam nak nangis rasa - positif denggi. Dalam berhati-hati terkena juga. Then patah balik ke Klinik Jelatek, jumpa doktor.bacaan platelet 57 huhu.  Plan asal nak balik kampung esok tu (khamis) gan kekawan, tapi terpaksa biarkan dia balik dulu. Kena tahan kat hospital lepas check darah esok tu.. Doktor kat sana minta rujuk pada doktor pakar. Dia risau takut jadi apa-apa sebelum sampai kampung nanti. So, rujuk kat HAT Mizan (hospital tentera) diorang minta masuk wad. Senang nak pantau. memula diorang bagitau sehari 2 kot masuk kat situ, pastu diorang bagitau 3/4 hari pula. Mana tak sedih. Tinggal tak sampai 5 hari je lagi nak raya. Tawakal je la duk sana walaupun jauh my sis datang ajak balik sama. Sape tak sedih tengok orang datang dan pergi meninggalkan kita, kan... 

ctnoraishah

Syukur alhamdulillah, nasib baik 3 hari 2 malam je kat sana. Kalau tak lagi sedih kena beraya kat hospital. Dah la dalam wad sorang-sorang. Terus keluar wad tengahari Sabtu, minta officemate datang ambil. Nasib baik dia non-muslim. Tak join sama cuti raya.. Sebelum tu dah janji gan officemate sorang lagi. Nak tumpang kereta dia balik kampung. Dan nasib baik juga dia balik kampung lambat...kalau tak, nak tak nak terpaksa juga my bro naik KL ambil. Teng's korang semua sebab banyak tolong sepanjang kita kat hospital..dari memula masuk hospital sehinggalah sampai kampung. Hanya Dia sahaja yang mampu membalasnya. Terharu sangat dengan perhatian yang diberikan.

ctnoraishah
 
Sanggup bersusah payah pusing sana-sini nak dapatkan ketam, jus jambu batu lagi bagai. Sanggup drive kereta malam-malam semata-mata nak bawa sup ketam, air rembusan pucuk betik untukku ni. Terpaksa tinggalkan anak kecil kat rumah pula tu. Terharu sangat-sangat !!  

Thank for everything. I love you all ..



  



2 comments:

  1. alahai...kesiannya...dugaan utk awk kan..

    ReplyDelete
  2. Salam kak Aishah.. Ros baru tahu.. laahai kesiannya.. dugaan di bulan ramadhan... sabar ye.. alhadmulillah sekarang dah sihat kan :)

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.