MH17 terhempas

Julai 18, 2014
Salam takziah buat keluarga dan anak kapal MH17 yang terhempas jatuh dikatakan ditembak oleh peluru berpandu milik pejuang pemisah di Ukraine awal pagi tadi. MH17 yang berlepas dari Amsterdam sepatutnya tiba di KLIA jam 6.10pagi.

MH17

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga semua waris mangsa MH17 tabah menghadapi detik dan saat ini. Belum pun terungkai misteri kehilangan pesawat boeing 777 penerbangan MH370. Negara dikejutkan pula dengan detik yang amat menyedihkan. Tak sangka dan tak pernah menyangka sama sekali. Dalam mengejar 10 malam terakhir ramadhan, negara dikejutkan dengan berita sebegini. Tempat lain yang haru biru kenapa kita pula yang terkena. Kenapa Malaysia?? tertanya-tanya kenapa Malaysia?? Astafirullahal-azim..

sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. 
Semoga Dia memberi kekuatan kepada semua waris MH17 dan semoga urusan membawa pulang semua mayat mangsa berjalan lancar dan dipermudahkan. Aaamiiin

 #prayforMH17
#prayforgaza




Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com