Semakan Senarai Nama CTOS Secara Online & SMS

Oooo..baru tau, singgah kejap kat sini tadi. Rupanya kalau nama kita tersenarai dalam sistem pangkalan CTOS (Credit Tip Off Service), kesukaran untuk membolehkan kita membuat pinjaman bank adalah tinggi. Memang tak pernah tau langsung pun sebelum ini. Thanks melvister !!

Ok, follow je entry beliau :-

Semakan senarai nama CTOS secara online dan SMS. CTOS (Credit Tip Off Service) merupakan sistem pangkalan data dimana individu yang tersenarai dalam sistem tersebut akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak Bank. Sebelum individu tersebut mendapatkan kelulusan loan dari pihak Bank, nama anda perlulah bersih dari sistem CTOS. Berikut adalah cara semakan CTOS secara online dan SMS
 online; sms
Semakan Senarai Nama CTOS Secara Online

Individu perlu mendaftar menerusi sistem CTOS terlebih dahulu untuk mendapatkan CTOS ID.

Sila layari https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/registration/individual/online/purpose

Semakan Senarai Nama CTOS Secara SMS

SMS:
Type SELFCHECK (space) Your IC Number (Space) and send to 36396

Nota:
Semakan CTOS guna SMS hanya bagi individu yang telah berdaftar dengan CTOS sahaja.

Kelebihan mendaftarkan CTOS User ID anda:
  • Anda akan dimaklumkan apabila CTOS memproses maklumat baru mengenai anda.
  • Anda berhak menentukan sesiapa yang boleh menerima laporan CTOS anda.
  • Anda boleh mendapatkan laporan semakdiri CTOS anda dengan mudahnya melalui internet di rumah/pejabat pada bila-bila masa.
  • Anda boleh menghubungi CTOS berkaitan laporan CTOS atau CID anda dengan mudahnya.
  • Proses urusniaga anda dengan parti yang berkaitan boleh dicepatkan.
Sumber: melvister.com

4 comments:

  1. Baru tahu boleh check online ye

    ReplyDelete
  2. fuh cekik darah betul... RM 10 ringgit .. aku check CCRIS pun free

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.