Jerebu lagi

Astafirullah al-azim...tebalnya jerebu kat luar ni..
nak tengok jalan pun tak berapa nampak !! 
 
cuaca tengahari tadi
Sebelum ini jerebu juga tapi tak adalah seteruk hari ini walaupun 
cuaca memang tak boleh dipertikaikan kerna ianya memang panas..
Memandang je ke luar...mata ni cam nak pejam rapat-rapat.
tak sanggup nak tahan mata tuk terus memandang..

Dan rasanya ini bukan satu dua negeri je jerebu menguasai ruang udara...rata-rata semua tempat telah dikuasai jerebu. Berpinar sekejap melihatnya .
Dengar kata cuaca panas yang menyumbang keadaan ni dijangka berlarutan 
sehingga hujung bulan ni or awal bulan depan. Lamanya..

Keadaan di salah satu kawasan di Shah Alam

time-time camnilah, air amat-amatlah diperlukan
nak-nak air hujan tu...nak sangat ianya membasahi bumi yang sedang kering kontang ini walaupun
 banjir bakal berlaku.
kolumpur gan banjir memang dah serasi sebenarnya
kalau dah hujan...kolumpur memang kena jaga-jaga

hmm kita pun perlukan air juga sebenarnya bukan hanya bumi..
kalau ikutkan, kita semua leh mati tanpa air..tanpa air macam-macam penyakit timbul
cam sekarang, nyamuk membiak gan cepat sangat. bagi ubat makin menjadi-jadi lak diorang semua tu hihih

esok
dah mula catuan air di kawasan ni. hari tu ingatkan tak terlibat tapi
apa boleh buat. catuan pun catuan lah
sib baik 2 hari je..kalau di buatnya seminggu
memang haru !!
nak ambil tiket balik kampung je 
paling tak perigi..telaga ada 
tapi airnya ??

Apapun, kena pastikan juga bekalan air tuk di minum mencukupi !!
 

 

2 comments:

  1. meamng keadaan cuaca berjerebu sekarang ni.. kena jaga kesihatan baik baik..

    ReplyDelete
  2. katsini pun jerebu jugak. duyduk office je akak ni tak mau keluar. lunch time lari kejap beli makan. makan pun kat dalam office..

    minum air banyak.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.