Puding Triffle


Tengok-tengok..amacam? ni percubaan pertamaku, Puding Triffle.Mudah je tuk disediakan dan ianya tak mengambil masa yang lama tuk disediakan :) Senang-senang leh buat lagi hehehe

Pandangan dari tepi
Bahan-bahannya :-
  • kek gulung (jenis kek ikut kesukaan)
  • 1 tin buah-buahan campuran
  • 1 kotak jeli kristal jenama Nona
  • 1 tin susu sejat
  • 6 sudu tepung kastard (bukit)
  • 1 tin air kosong

Cara membuatnya :-
  • potong kek 1/2 inci or tebalnya 1.5cm. susun dalam acuan dan renjiskan kek tadi dengan sedikit air buah dalam tin (ketepikan)
  • bancuhkan tepung kastard dengan separuh tin air sehingga sebati dan ketepikan
  • masakkan susu cair bersama gula dan separuh tin air hingga mendidih kemudian masukkan bahan di langkah 2.
  • kecilkan api kemudian kacau adunan tadi sehingga likat.
  • Tuang dan ratakan acuan tersebut ke atas kek
  • tos dan taburkan buah-buahan campuran ke atas acuan kastard tadi.
  • masak jeli kristal dengan 400ml air or 2cawan air sehingga mendidih dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum di tuang keatas taburan buah-buahan
  • masukkan dalam peti ais seketika dan ianya sedia di hidang.

2 comments:

  1. nape x snap dari dpn..hihi... tp dari tepi pun nmpk sdp tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak Aisyah.. pandainya buat..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.