Gelora Di Mesir

bakar sini bakar sana

Semua dah sedia maklum apa yang telah berlaku di Mesir saat ini. Semua mengutuk tindakan tentera Mesir dan juga kerajaan tidak sah pimpinan Adli Mansour yang telah melancarkan serangan ganas ke atas rakyatnya yang berhimpun secara aman di dataran Rabaah dan dataran Nahdhah.  



Mereka yang berhimpun secara aman di dataran Rabaah dan Nahdhah telah diserang melalui pembunuhan rambang, pembakaran dan juga pembunuhan terancang yang berlaku dalam masa yang sangat singkat bermula pagi 14 Ogos 2013, dua hari yang lalu. Dikhabarkan lebih ribuan rakyat Mesir yang telah menyertai perhimpunan pro Morsi sebelum ini telah terkorban, dibunuh dengan kejam oleh pasukan keselamatan mereka sendiri. Masya Allah.

Semua menjadi mangsa !!


Semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada Umat Islam di sana dan seterusnya menghancurkan perancangan mereka yang zalim
, aamin.


3 comments:

  1. ya Allah.. makin teruk kat sana..semoga mesir kembali aman...

    ReplyDelete
  2. keadaan mkin genting sekarang ni. Moga mereka dilindungi..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah.. moga Mesir kembali aman seperti biasa.. Tak tahan tengok gambar yang orang dok kongsi kat fb. pic budak2 la,kena bom, tembak.. huhu..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.