Yeah..Yeah..Dapat Duit Raye

Julai 31, 2013 2 Comments
Yeah..Yeah..Dapat Duit Raye
Terharunya..cam tak percaya pun ada. Rasanya inilah kali pertama terima duit raya selepas beberapa tahun tak menerimanya hihihi terasa cam budak-budak pun ada. Nak kata tak pernah terima ada juga tapi sebelum ini ianya dari akak kesayanganku. Terharunya, nak-nak sna yang menjadi orang pertama terima hehe ya ke orang lain tak terima lagi?? Tak kisah la :>Tengok ni


Dan, yang ini


Thanks puan. 
tak terkata sudah :) 
happy memang sah-sah la kan..terharu lagi la
tak sangka dalam masa sna nak bagi budak-budak duit raya sekali tergolong sama hik..hik..


Jerebu

Julai 31, 2013 3 Comments
Jerebu
 Hehe..dah berkurun baru sekarang dapat post picture semasa jerebu melanda Dato' Keramat a.k.a kawasan berdekatan rumah sewaku ini hik..hik.. segannya rasa. Jerebu yang dah hilang pun dah datang balik hehe.. nak buat camner usb cablenya ngak ader :>

Apapun seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini
Inilah picture yang sempat sna snap. Picture dalam pejabat tak sempat.

Pandangan dari hadapan rumah sewaku

berpinar-pinar gak menegoknya

Suasana di awal pagi cam dah petang

Ni dah ok sikit
 
Cam makin jauh lak KLCC tu hehe

cuaca semakin ok :)
 

Akhirnya..Alhamdulillah, kembali asal.

hargailah apa yang dah di depan mata..apabila ianya tiada belum tentu ianya kembali kepada kita lagi :)



Citronella Multi Cleaner - Pembersih Serbaguna Serai Wangi

Julai 30, 2013 5 Comments
Citronella Multi Cleaner - Pembersih Serbaguna Serai Wangi
Wahhhh..harum semerbak bau serai wangi kali ini. Hilang rasa kepenatan terpaksa balik lambat. Rilek je rasa. Bukan sahaja berfungsi mengharumkan ruang tapi juga berfungsi untuk menghalau serangga merayap cam lipas, lalat ataupun nyamuk.

Memang sesuai sangatlah dengan kiter yang duk bujang ni. semua kalau boleh nak senang je..tambah-tambah datang dalam bentuk pakej ni hehe..memang sesuai sangat la. Kalau sebelum ini, nak halau nyamuk or lipas terus capai shieldtox tapi lepas ini tak perlu lagi kot. Nak wangikan bilik pun tak perlu lagi kot guna spray bagai. Just gunakan Citronella Multi Cleaner a.k.a Pembersih Serbaguna Serai Wangi keluaran Satinni hehehe..promok-promok pembersih serbaguna ni pun di syorkan oleh my sister. Harganya pun murah je.. RM12.90 je. Semua mampu punya.


Antara lain-lain kegunaan Pembersih Serbaguna  ini adalah :-
  • sesuai untuk semua permukaan yang boleh dibersihkan, dinding, perabot, lantai dan lain-lain.
  • menghalau serangga merayap dan membasmi kuman
  • harum berkekalan selepas digunakan
  • tidak perlu bilas, mencuci dan mengilap lantai sekaligus

Arhh kan betul ianya semua tuk kita semua :>

Bonus Raya 2013

Julai 25, 2013 2 Comments
Bonus Raya 2013
Alhamdulillah, syukur malam tadi PM dah umumkan bahawa penjawat awam dari gred 1 hingga 54 akan diberi bantuan khas kewangan a.k.a bonus raya sebanyak RM 500. Dan ianya akan dibayar pada hujung bulan ini. Alhamdulillah, syukur! Terima kasih PM.. Dapatlah kurangkan sikit budget raya nanti. Dan dapatlah kot belikan sepasang baju nanti hehe.

sana-sini bercerita pasal bonus ni. Ada yang cam tak setuju je warga gomen ni dapat bonus tu. Tak kurang gak yang mengeluh bagitau tak cukup hehe. mane nak cukup kan kalau kehendaknya 1001 macam-macam hehe. Jangan marah ma, nanti cepat tua :> Apapun bersyukurlah dengan yang sedikit itu. Belum tentu yang banyak itu ada kalau yang sedikit ini tiada.


Lagi satu, udah-udah la nak gaduh pasal menda ni. Tiap-tiap orang dah ditentukan rezki masing-masing. Kenapa pula harus mempersoalkannya?

Zakat

Julai 24, 2013 1 Comment
Zakat
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

`Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada Dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk)
Surah At Taubah Ayat 103


Zakat Padi

i) zakat kepada hasil padi sahaja
  • Wajib jika telah mencapai nisab dengan kadar 15% dari hasil yang diperolehi tanpa menolak apa-apa kos yang ditanggung oleh pengusaha tanaman padi.
  • nisab padi adalah 363 gantang bersamaan 1306 tan metrik.

ii) Zakat kepada wang padi
  • dikira sebagai mal mustafad (harta yang bernilai) iaitu subsidi sebagai penggalak dari kerajaan  dan wajib dikeluarkan sebanyak 2.05% setahun jika cukup nisab.

Zakat Wang Simpanan

2.5% atas baki terendah dan melebihi nisab yang tersimpan selama setahun setelah ditolak faedah (jika di simpan dalam akaun konvensial).


Zakat Perniagaan
2.5% atas aset semasa bersih yang diselaraskan


Zakat Pendapatan
2.5% atas semua pendapatan setelah di tolak tolakan yang dibenarkan/ 2.5% atas semua pendapatan kasar


Zakat Emas
i) 2.5% atas emas yang di pakai semada meyamai/melebi 800gm (kadar uruf)
ii)2.5% atas emas yang di simpan samada menyamai/melebihi 85gm


Zakat KWSP
2.5% atas simpanan kwsp yang telah dikeluarkan sahaja.


Zakat Saham
2.5% atas keuntugan jika saham tersebut sentiasa di jual beli dalam tempoh setahun





Playboy itu Suami Aku??

Julai 23, 2013 1 Comment
Playboy itu Suami Aku??
Best gak novel ni. Tajuk dan cover depan tak adalah menarik minat sangat tapi memandangkan tiada novel lain. Layan je la. Karya dari Suri Ryana terbitan Kaki Novel..


Sinopsis :-

Berkisahkan Fina, pasangan kembar Fisya yang berkahwin dengan Playboy King Of Crocodile, Adrian. Perkahwinna mereka mempunyai agenda tersendiri. Adrian menginginkan jawatan COE di syarikat papanya manakala Fina pula. Apa yae? Duit RM 50K tuk bantu mak kepada bff nya Syaf  ataupun sebab dah jatuh hati melihat Adrian melayani kanak-kanak yatim piatu di rumah kebajikan miliknya. Tah la..mayb kedua-duanya kot. Kena cari balik novel tu ni...tuk pastikannya.

Semua berubah apabila Fina terlibat dengan satu kemalangan yang menyebabkannya menghidap amnesia. Semuanya masih mampu diingat kecuali berkaitan suaminya. Tetapi dia mengetahui Adrian seorang playboy tersohor. Mereka sering bertegang urat sehingga akhirnya memutikkan bunga-bunga cinta. Sedang asyik menyulam kasih, Fina terpaksa meninggalkan Adrian di sebabkan ugutan bunuh dari seseorang yang mencemburui kebahgiaannya. Siapakah itu?? Jangan lupa dapatkan novel Playboy itu Suami Aku?? tuk tau kesudahannya.

Apapun memang sweet sangat la..


Kadar Zakat Fitrah 2013

Julai 19, 2013 Add Comment
Kadar Zakat Fitrah 2013
Selamat pagi dan selamat hari jumaat semua.. 
hari ini dah masuk hari ke-9 kita semua berpuasa. Alhamdulillah..cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk dua minggu.

Terawih apa cerita, ya? dah ada yang tinggal ke? Yang masih belum, alhamdulillah. Semoga kita diberi kesempatan untuk mengerjakannya hingga ke penghujungnya. Aamin.

Puasa..puasa jugak. terawih..terawih juga. Fitrah pula camner? Dah boleh slow-slow nak tunaikan ni. Kaunter pun dah buka. So, apa lagi jom tunaikan kewajipan kita semua. Nilainya pun sama cam tahun lepas lagi. RM 7 tuk warga Kelantan dan juga KL.

Kadar Zakat Fitrah 2013

Perlis  RM6
Kedah  RM7
Pulau Pinang  RM 7
Perak  RM7
Selangor RM7
Negeri Sembilan  RM6.50
Melaka  RM6.50
Johor  RM8
Pahang  RM7
Terengganu RM6.30
Kelantan RM7
Sarawak  RM6.50
Sabah  RM7
W.Persekutuan RM7
(Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)

 
Cam tahun lepas juga, sna akan tunaikan kewajipan tu kat kampung.
Menambahkan lagi rutin harian yang dah sedia ada  hehe.
 
 


Novelis Turun Padang Bersama Anizon Hussin

Julai 16, 2013 2 Comments
Novelis Turun Padang Bersama Anizon Hussin

Berita baik untuk warga Melaka, pada 20 Julai 2013 (Sabtu), Grup Buku Karangkraf akan menampilkan seorang Stylist Hijab yang terkenal iaitu Anizon Hussin bertempat  di Catch News Mydin, MITC Melaka sempena Pesta Buku Catch News 2. Temu mesra beliau akan bermula jam 3 petang hingga 4 petang. 

Bagi peminat beliau kat melaka sana tu terutamanya yang berdekatan bolehkan terjah sana tuk dapatkan  tandatangan serta beramah mesta dengannya. Ataupun tuk mendapatkan apa-apa pandangan mengenai pemakaian hijab kot :> Selain itu, beliau juga akan menunjukkan cara memakai hijab yang paling mudah tanpa menggunakan pin. 

Cara-cara pemakaian hijab itu juga boleh di ketahui melalui buku terbarunya itu yang bertajuk Variasi Stail Hijab dengan harga RM23. So, cepat jangan lambat !!

**alamat !! awat la perut comelku kali ini asyik berlagu je ni...


Bedak Arab Kokuryu

Julai 15, 2013 Add Comment
Bedak Arab Kokuryu


Kelebihan Bedak Arab
  • Bedak 3 in 1 : bertindak sebagai mouisturizer, fundation dan juga alas bedak. Sangat jimat. Boleh terus sapu di muka.
  • Mengikut aliran darah. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Kemas dan sekata. Bila pakai bedak ni kan rasa ringan. Macam tak pakai apa-apa bedak pun ada.
  • Tidak menghitam atau menggelapkan kulit.
  • Mengecutkan jerawat.
  • Lebih cantik jika berpeluh. I
  • Tahan lebih lama sehingga 8 jam. So, tak perlu touch up banyak-banyak kali.
  • Tidak melekat pada tudung atau tisu. Sebab ia terus meresap ke dalam kulit. So, tak kan ada comot-comot lagi .  
  • Halal dan boleh dibawa solat.  
  • Satu bedak compact boleh tahan sampai 3 bulan ( ikut penggunaan masing-masing)

Cara Menggunakan Bedak Arab

  • Basahkan sponge. (Jangan terlalu basah, dan jangan pula terlalu kering)
  • Tap tap dan ratakan di muka. Jangan terlalu tekan bedak. Biasa aje sudah ok. Kalau muka ada tompok-tompok, tak perlu risau sebab nanti tompok itu akan ikut tone naturally.
  • Basuh sponge menggunakan sabun baby atau pencuci muka. Jangan biarkan sponge tidak berbasuh sebab takut ada kuman. Nanti tak elok pulak sponge tu. Jangan risau, sponge tak akan rosak.
 

Jenis-jenis Bedak Arab
  • Russet = Untuk Kulit Sederhana/ natural (Sesuai untuk Semua kulit jenis asian)
  • Orange Blush =  Untuk Kulit Cerah / Kuning langsat 
  • Sunset Tan = Untuk kulit Gelap kemerah-merahan.  
  • Puggy Pink = Untuk Kulit Cerah (Kulit akn jadi Pink2 & ianya Sangat Cantik) 
  • Amber Rose = Untuk Kulit Sederhana Gelap (pakai nampak natural. tak putih sangat) 
  • Cherry Sederhana putih / putih kemerah-merahan
  • Cherry pink Bagi putih pink

Sumber : Blog Farhanabiella

Dipijak suami tidak berpuasa

Julai 15, 2013 Add Comment
Dipijak suami tidak berpuasa
Kuala Lumpur: Seorang kerani berusia 21 tahun dipijak suaminya hanya kerana menegur lelaki terbabit yang tidak berpuasa di rumah mereka di Sungai Long, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, selain dipijak, mangsa juga ditumbuk dan dibaling botol kaca oleh lelaki terbabit.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa yang pulang dari tempat kerja menjumpai sisa makanan di dapur. “Ketika itu, mangsa masuk ke dapur bagi menyiapkan juadah berbuka puasa sebelum menemui sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun itu bertanya suaminya sama ada dia berpuasa atau tidak.

“Lelaki terbabit memberitahu dia tidak berpuasa sebelum mangsa menegurnya supaya berubah dan insaf atas perbuatannya itu. “Teguran mangsa menyebabkan suaminya tiba-tiba naik angin lalu menumbuknya dan dibaling dengan botol kaca,” katanya.

Sumber berkata, ketika diperlakukan demikian, mangsa hanya mampu menutup kepala menggunakan dua tangannya.Katanya, suspek hanya berhenti memukul isterinya itu apabila melihat mangsa terbaring di lantai.

Sumber : myMetro


Aduhaiii..udah la tak puasa. orang tegur main tibai jeee. yang ditegur tu pula bukan sesape, wifenya juga. Hmmm..dunia..dunia. Orang nak yang terbaik tapi dia fikir terbalik !!

Sikap buruk yang di cela Allah Taala

Julai 14, 2013 2 Comments
Sikap buruk yang di cela Allah Taala
Syeikh Abdul Kadir Mutalib  dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan bahawa terdapat 10 celaan Allah Taala kepada manusia akibat daripada kelakuan dan tabiat manusia semasa menjalani kehidupan. 10 celaan tersebut adalah :- 
  • Gelojohojoh ketika makan
  • banyak cakap
  • suka marah-marah
  • hasad dengki
  • kedekut
  • bermegah-megah
  • cintakan dunia
  • ego atau sombong
  • suka bangga diri atau ujub; dan juga
  • riak ataupun sukakan pujian


Majlis Sambut Puasa & Ulang Tahun

Julai 13, 2013 1 Comment
Majlis Sambut Puasa & Ulang Tahun
Tuk kali ke-3 sambut ulang tahun kat sini..CP a.k.a Cawangan Perjawatan, MinDef. Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan oleh-Nya tuk meneruskan kehidupan. Semoga keberkatan dan keredhaan sentiasa melindungiku, inshaa Allah, aamin..

Kali ini sambut awal sikit. Buat sekali gan majlis sambut puasa. Lagipun kali ini, kebetulan ramai pula warga CP yang lahir bulan Julai. Sebelum ini sambut berdua je gan Sjn (U). Tarikh pun beza 1 hari je, so tarikh yang beza tu la biasanya akan jadi sasaran hehe..teringat kan Sjn (U) tu pula.. Happy Belated BirthDay Sjn !

Kek ulang tahun
Kek Ulang Tahun Bersama 

Menu utama hari tu adalah Laksa Sarawak ala-ala Kelantan yang disediakan oleh wife Jai a.k.a Wak Leman. Kek aiskrim oleh Afla. Ayam goreng KFC yang di sponsor oleh Chief a.k.a En Zali and me. Kuih-muih oleh Mizan dan buah-buahan oleh Pn.Azizah. Sedap juga laksa sarawak tu. Siap tambah 2 mangkuk lagi hehe..nak-nak lapar. ingatkan pagi dah boleh makan tapi huhu..tengahari rupanya. Makanannya belum sampai. Tahan je la perut comelku ini hihi..hahaha sib baik kuih Mizan bawa lebih sikit. Apa lagi terus balun la, sib baik tak habis :>

Laksa sarawak
Sekali periuk-periuk keluar hahaha


kalau tak silap, laksa ni kot yang paling leceh. banyak bahan kena masuk. kena masuk ayam, udang, sambal, timun, limau kasturi, telur rebus dan daun sup tapi hmm dah tertukar gan daun ketumbar. Boleh guna juga la. Masuk kuahnya dah siap. pa yang membezakannya adalah tiada tauge kot dan telur tu direbus bukannya telur dadar yang dihiris. Lagi satu, asalnya laksa ni dimakan bersama bihun bukannya laksa. Tapi sebab dah ada laksa. Nak juga rasa..lagi sedap kot sebabnya tak serap kuah hehe apapun memang terbaik la..sodap!

Laksa sarawak by mek kelate
Laksa sarawak ala Kelantan

Pertama kali makan. Awal tu risau juga gan bau rempahnya yang cukup kuat dan minyaknya yang banyak tu. Tapi, alhamdulillah enak bangat sih !! Tengok la gaya Sjn menjamu selera ni, kalau tak caya..

nikmatnya hahaha

Model Yang Menjayakan Iklan Ayam Goreng KFC hahah

kalau dah makan hehe..xsembang memang tak sah

Selamat menikmati hidangan

Sesi susun menyusun
Potong jangan tak potong..

Bersama Pn.Liza (TSUB-Pengurusan) sebelum dia posting


Ibu Tikam Anak !!

Julai 12, 2013 Add Comment
Ibu Tikam Anak !!
Astafirullahal aazim...keciannya kat baby ni. Tak sangka beliau mempunyai seorang ibu yang sanggup memperlakukannya sebegini. Mungkin dah ada yang tau kot pasal entry ni. Yang tau ni pun sebab terbaca kat fb. Cam tak percaya,seorang ibu sanggup menikam anaknya sebanyak 90 kali. Banyak tu !!. Tapi itulah yang berlaku di Jiangsu terhadap baby yang berusia 8 bulan..




ASTAGHFIRULLAH, IBU TIKAM ANAK
Jiangsu- Gara-gara mengigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayo berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting.
Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan. Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sarap untuk tujuan kitar semula.
Kejadian ini disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke hospital. Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu mengigitnya ketiaka menyusu.
Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental. Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan agar kejadian sama tidak berulang.
Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.
 Namun, mereka tidak pernah  mendapatkan bantuan professional.
*Kesian bayi tu diperlakukan sedemikian rupa.** 

 

Logo Halal Malaysia

Julai 11, 2013 2 Comments
Logo Halal Malaysia
Tahukah Anda
bahawa Logo halal  yang dikeluarkan oleh  JAKIM/ JAIN/ MAIN terdiri daripada :-

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Website Tiket Online

Julai 10, 2013 2 Comments
Website Tiket Online
Alamat !! semua tiket dah habis dijual ke?? camner nak balik raya ni. Sebelum ini sebelum raya dah r一eady awal-awal tapi kali ini..banyak sangat fikir kot.
Sekali nak balik gan KTM tapi tup-tup dengar berita hari tu kata dah penuh dan sekarang !!

Tiket nak kata semua habis pun tak juga. Ada lagi yang tinggal just tak berapa nak kena gan tarikh yang nak je. Kalau ikutkan hati memang nak je apply cuti seminggu terus tapi memandangkan baki cutiku yang tinggal beberapa hari je tu arrrhhhhhh boleh stress rasanya.

tu pun sebab check tiket online tengahari tadi kat website ni. Camner ni??


Website Tiket Online :-

E-Ticket




 

Website.

- See more at: http://nikarif.net/2011/11/online-e-ticketing-bas-tiket-online/#sthash.52FyqFzu.dpuf

Website.

- See more at: http://nikarif.net/2011/11/online-e-ticketing-bas-tiket-online/#sthash.52FyqFzu.dpuf

Website.

- See more at: http://nikarif.net/2011/11/online-e-ticketing-bas-tiket-online/#sthash.52FyqFzu.dpuf

Website.

- See more at: http://nikarif.net/2011/11/online-e-ticketing-bas-tiket-online/#sthash.52FyqFzu.dpuf

Website.

    ng –

  • Sani Ekspress –
  • Transnasional – https://www.ticket4u.com.my/transnasional/
  • - Sumber : http://nikarif.net/2011/11/online-e-ticketing-bas-tiket-online/#sthash.52FyqFzu.dpuf

    Sebelum Esok Puasa

    Julai 09, 2013 2 Comments
    Sebelum Esok Puasa
    Selamat pagi :>

    Hari ini last berada di bulan syaaban tuk tahun ini. Inshaa Allah semoga bertemu lagi syaaban akan datang. Malam nanti bermulalah episode baru di bulan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu rahmat kepada umat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah, syukur kita masih lagi diberi peluang untuk berada di bulan yang mulia ini.

    Hari ini juga macam-macam ragam boleh dilihat. Ada yang berazam nak makan puas-puas sebabnya esok dah puasa. Ada yang shooping sakan. Nak sambut puasa katakan tak kurang gak yang dah bersedia nak sambut raya hehe. Tak ada salahnya kan. Bersiap sedia lebih awal. dah puasa nanti susah nak keluar..penat, letih macam-macam ada tapi still juga kat jalan T.A.R sana tu penuh gan orang nak shooping raya gak nanti hihi. sesama memeriahkan lagi suasana yang dah sedia sibuk :)

    Apapun terserah pada diri sendiri juga kan. Hmmm..malam nanti dah mula solat terawih. Agaknya nak solat kat mane ya?. kalau rajin boleh gak bertapak kat surau UTM tapi kalau dah terlebih rajin hehehe surau belakang tu pun ok juga. harapnya tahun ini dapatlah solat terawih lebih sikit dari tahun lepas hehe. Solat-solat juga, niat jangan lupa. kan terlupa niat pula. Ok, jom sesama practice niat tu dulu 

    Sebelum, mula kerja, nak minta maaf dulu pada semua yang skodeng blog ini. Minta halalkan semuanya ya. Semoga ibadat yang dikerjakan mendapat keberkatan dari-Nya nak-nak di bulan Ramadhan nanti :>. Inshaa Allah.



    T-Shirt I ♥ Blogging Giveaway!

    Julai 04, 2013 Add Comment
    T-Shirt I ♥ Blogging Giveaway!
     Alhamdulillah, syukur. Akhirnya selepas penat dari minggu lepas, meting ari ini berjalan lancar juga.  Arhhh penatnya rasa tapi tak apa. Janji jangan stress sudah la. 

    Hmm..tuk ari ni just nak join giveway ni.
    jom sesama kita memeriahkan lagi giveway kali ini !


     Tarikh Tamat : 9 Julai 2013

    Dina - Noorliana

    Julai 03, 2013 Add Comment
    Dina - Noorliana
    Dina dah bam..bam..

    Anak ke-3 kak liana a.k.a yangliana ketika membuat kunjungan ke rumahnya di Kem Wadieburn bersama pegawai. Insha Allah, semoga anaknya ini cepat sihat dan menjadi anak yang solehah. Aminnn.. 

    Dah pandai nengok camera la :>

    Dah lama sangat rasanya tak dengar suara mak orang ni riuh dalam office.

    Ehhh..geng la. Dua2 pink...



    Buah Tangan Dari Vietnam

    Julai 01, 2013 2 Comments
    Buah Tangan Dari Vietnam
    Hehehe..kali ini just nak share buah tangan dari Vietnam je. Buah tangan hasil kiriman kepada orang yang berkunjung ke sana :> Nak tunggu kita yang pergi sana, tak tau bila lagi. So, ambil je la kesempatan diorang yang pergi sana, betul tak? hehe jangan marah yae.. 

    Cenderamata Khas dari Airport Vietnam 
     
    Kalau ikutkan memang da lagi barang nak di pesan tapi tak boleh la lebih-lebih. kasihan lak gan orang yang berkunjung ke sana. Diorang pergi sana pun bukannya nak shooping sangat pun. kalau da yang pergi nak shooping pun, list diorang pun dah panjang. Ni pun alhamdulillah, nasib baik dapat. Kalau ikutkan dapat kirim satu barang je tapi sebab nak jugak hehe..ngada betul kan :> 



    thnks Cik Wan !! 
    Cantik telekung ni. Dapatlah guna telekung baru puasa nanti :> kain ni pun cantik gak..pink colour lagi.

    Kain Sutera Vietnam




    My Ping in TotalPing.com