Juara MasterChef Selebriti Musim ke-2

Tahniah Syura !!

Akhirnya..terjawab sudah siapa juara MasterChef Selebriti Musim ke-2. Malam tadi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron telah di’nobatkan sebagai juara musim kedua program ini selepas berjaya mengetepikan pesaing hebatnya, Celina Khor di pusingan terakhir.  





Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki menyediakan menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Woww...kelas gitu !


Kemenangan ini membolehkan Syura menerima wang tunai berjumlah RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory. Sementara Celina pula menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

1 comment:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.