Kaedah menjawab soalan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan & Tatacara Pengurusan Stor KPSL

Soalan 1

En. Osman telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Perdana Menteri. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliau masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan kerana gagal peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.

(a) NYATAKAN tindakan awal yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan En. Osman sekiranya beliau hendak memperakukan En. Osman dilanjutkan tempoh percubaan.
(10 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Perintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (4) dimana Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat yang mempunyai maklumat seperti berikut :
(i)  Sebab pegawai itu tidak disahkan
(ii) Syor yang diberikan oleh Ketua Jabatan samada pelanjutan tempoh percubaan tersebut dengan atau tanpa denda.
(iii) maklumat perkhidmatan pegawai yang telah dikemaskini
(iv) senarai peperiksaan yang telah diduduki pegawai tersebut


 
(b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh percubaan tersebut
(2 markah)

Jawapan

Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (5). Suruhanjaya itu pula merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian I Peraturan 4


(c) Apakah impikasi kepada perkhidmatan En. Osman sekiranya tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda

Jawapan

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 30, kesan daripada pelanjutan tempoh percubaan dengan denda tersebut adalah En. Osman :-
(i) hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama tempoh pelanjutan itu
(ii) tiada pergerakan gaji sepanjang tempoh percubaan dengan denda
(iii) pengerakan gaji diubah mengikut tarikh mengesahkannya dikuatkuasa.

13 comments:

  1. Assalamualaikum .. ingin membuat pembetulan .. bukan arahan perbendaharaan tapi perintah Am bab A bahagian V .. terima kasih

    ReplyDelete
  2. terima kasih diatas maklumat yg cukup lengkap ini. Tapi rs kecewa plk sbb xbole copy...kata sharing is caring. apela..ini setakat bg baca je tp x bole nk amik bt rujukan. Anyway TQ.

    ReplyDelete
  3. salam.. Terima kasih gan teguran kesilapan tu. Saya amat menghargainya :>

    Nak copy boleh je...just select and ctrl C (guna keyboard)

    ReplyDelete
  4. assalam...mohon share ye, terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. assalam...mohon share ye, terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. kalau tak tulis merujuk kepada perintah am bab sekian2 tu boleh tak? terus direct je ke jawapan?

    ReplyDelete
  7. kalau tak tulis merujuk kepada perintah am bab sekian2 tu boleh tak? terus direct je ke jawapan?

    ReplyDelete
  8. yang sy tau kena tulis rujuk dari mana..

    ReplyDelete
  9. Masih lgi guna perintah am atau peraturan pegawai2 swam 1993

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas info..
    Alhamdulilah sya dah lulus paper 2 & ke 3..

    Cuma paper 1 memang confuse ( 3thn x lulus2 lagi)
    2017 ni sya bpendapat:
    1) Jawab ringkas n padat..tpi mesti lgkap..
    2) biasanya 5 soalan besar kan.. kita lebihkan menjawab sampai 6...
    Manalah tau pemeriksa tu seorang yang prihatin n baik...nti dia akn pilih yang terbaik..

    ReplyDelete
  11. x buat kerja last minit..
    skrg ni kita dah blh start tranning menulis..hahahha..
    good luck utk semua

    ReplyDelete
  12. buat makluman..
    baru2 ni ofice sya wujudkan 3 kekosongan n29 tau..
    yg tpilih semuanya yang lulus kpsl n29..alhamdulilah usaha kita membuahkan hasil.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.