Bulan Mei

Wahhh..tak sangka untuk bulan ni je kita semua akan meraikan 3 hari yang istimewa terutamanya tuk menghargai jasa dan sumbangan kaum wanita terutamanya dalam profession jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei, kemudian menyusul pula Hari Ibu pada 13 Mei hari ini yang sudah pasti membawa sejuta pengertian tuk kita semua. Tetapi rasanya tiap-tiap hari merupakan hari ibu bagiku la kerna setiap hari aku memerlukan beliau di dalam hidup ini, Bukan hari setakat semalam dan hari ini tapi juga tuk selamanya.

Dan pada16 Mei nanti, kita akan menyambut Hari Guru pula sempena mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.



SEJARAH RINGKAS HARI ISTIMEWA BULAN MEI
 
Hari Jururawat diraikan untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea asal sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan supaya presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat". Walaubagaimanapun sambutan secara rasminya yang pertama hanya mula diadakan pada tahun 1965 oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA).


Hari Ibu disambut pada hari berbeza di antara negara kerana berbagai-bagai asal-usul yang keluar.Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, iaitu ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di sambut di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno. Seperti biasa ibu secara lazimnya akan diberi hadiah pada hari tersebut. Seperti juga sambutan hari kekasih, hari ibu juga tidak digalakkan untuk diraikan. Tetapi ianya terserah kepada kita yang untuk menilainya.


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Sehingga tahun ini, terdapat lebih kurang 38 tema hari guru di sambut di negara kita. Dan tuk tahun ini, Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda merupakan tema hari guru untuk tahun ini, 2013.








No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.