Air Di Kuala Lumpur - Dah Ada !!

Alhamdulillah, air dah ada!! Sampai malam tadi terus buka paip nak info yang diterima adalah tepat  hehe biar pun sebelum ini dah uar-uar kan kat housemate.

Seksa sangat rasanya tiada air ni. Rasanya tak ubah cam pelarian pun ada terpaksa menumpang rumah orang hehe. Kalau tiada bekalan elektrik maybe boleh terima lagi walaupun terpaksa berpanas dan bergelap tapi ni huhu.. sedihnya. Nak balik kampung pun ada.

Ni first time terpaksa berhadapan dengan pengalaman camni. time belajar dulu,tiada la teruk sangat kalau kat asrama air terputus still kat bilik kuliah ada. So, dapat la bekalan dari sana. Tapi sekarang! Sana sini terputus mau angkut air dari mana?? Dengan tiada transport  bagai. kalau kat kampung tau la mane nak angkut. Paling tak perigi masih lagi berjasa walaupun berabad tidak digunakan. 3 hari yang lalu, ada ternampak penduduk kat sini beratur panjang mengangkut air dari bawah. Tapi tiada lak nak beratur sama. kalau tak silap ianya dari pili bomba berhampiran. Dah terpaksa buka gak pili bomba tu kot tapi tak adanya nak beratur sama. Just turun beli air kat kedai bawah buat mandi dan solat.  sekali guna dah habis. 5liter banyak mane la sangat. 

Tu semua pun pasal tak peka gan memo yang Syabas keluarkan sebelum ini. Hanya kerana tarikh yang terkandung di dalamnya je tu huhu. balik kerja petang sebelum itu tak sedar langsung yang air yang digunakan itu adalah dari tangki rumah bukannya tangki atas sana.(bangunan) dan sebab tak sedar gak la tak dapat nak simpan air huhu..

Tapi nasib baik da officemate yang sudi menolong. Sanggup tumpangkan 1-2 hari. Siap datang ambil kat rumah pula tu. Rasa terharu sangat. Thanks for everything. Hanya Dia saje yang mampu membalasnya.


2 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.