Oohh Daun Bunga Raya

Februari 28, 2013
Susahnya nak cari pokok Bunga Raya kat KL ni huhu bukan susah nak jumpa tapi susah nak dapatkannya. Kalau setakat jumpa je tak nak ar sebabnya kita nak daunnya. Kat KL ada tapi mane boleh main petik daunnya ikut suka nak-nak ianya orang jadikan sebagai hiasan kat tepi jalan. Warga kl ni officemate, housemate dan mate lagi ramai yang tinggal kat rumah flat. Nak menanam pun tiada tanah.

Hari tu time nak balik KL lupa nak ambil. Ni lah bahananya, melilau mencari sana-sini hehe. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa beria benar mencari daun Bunga Kebangsaan itu kan hehe nak tau naper? Sebenarnya pokok Bunga Kebangsaan tu banyak kelebihannya. Dan salah satunya adalah untuk menghasilkan kesihatan rambut. Nak dapatkan rambut yang lebat, hitam bersinar dan juga untuk melembutkannya.

Caranya tak susah mane pun, ramaskan daun bunga tersebut bersama gan air sehingga hancur (keluar lendir). Lumur kepada rambut, biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Lembut tak? Tuk hasil yang berkekalan amalkan 2 kali seminggu or sekali seminggu.

Antara kelebihan daun bunga raya ini adalah :-
  •  tuk lembutkan rambut
  •  tuk panjang dan lebatkan rambut
  •  rambut lebih hitam berseri/bersinar
  •  tuk kurangkan rambut gugur
  •  hilangkan kelemumur
 -> 10 helai daun bunga raya,
 -> 4 helai daun limau purut,
 -> 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar)
 -> sedikit air limau nipis.

sumber : google

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com