Susahnya nak cari pokok Bunga Raya kat KL ni huhu bukan susah nak jumpa tapi susah nak dapatkannya. Kalau setakat jumpa je tak nak ar sebabnya kita nak daunnya. Kat KL ada tapi mane boleh main petik daunnya ikut suka nak-nak ianya orang jadikan sebagai hiasan kat tepi jalan. Warga kl ni officemate, housemate dan mate lagi ramai yang tinggal kat rumah flat. Nak menanam pun tiada tanah.

Hari tu time nak balik KL lupa nak ambil. Ni lah bahananya, melilau mencari sana-sini hehe. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa beria benar mencari daun Bunga Kebangsaan itu kan hehe nak tau naper? Sebenarnya pokok Bunga Kebangsaan tu banyak kelebihannya. Dan salah satunya adalah untuk menghasilkan kesihatan rambut. Nak dapatkan rambut yang lebat, hitam bersinar dan juga untuk melembutkannya.

Caranya tak susah mane pun, ramaskan daun bunga tersebut bersama gan air sehingga hancur (keluar lendir). Lumur kepada rambut, biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Lembut tak? Tuk hasil yang berkekalan amalkan 2 kali seminggu or sekali seminggu.

Antara kelebihan daun bunga raya ini adalah :-
  •  tuk lembutkan rambut
  •  tuk panjang dan lebatkan rambut
  •  rambut lebih hitam berseri/bersinar
  •  tuk kurangkan rambut gugur
  •  hilangkan kelemumur
 -> 10 helai daun bunga raya,
 -> 4 helai daun limau purut,
 -> 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar)
 -> sedikit air limau nipis.

sumber : google

Oohh Daun Bunga Raya

by on 14:31
Susahnya nak cari pokok Bunga Raya kat KL ni huhu bukan susah nak jumpa tapi susah nak dapatkannya. Kalau setakat jumpa je tak nak ar sebabn...
Tengok picture ni kat facebook Anak Kelantan Di Universiti. Ada sesape pernah main mainan ini tak? Dulu masa kecil suka sangat main menda alah ini gan sepupu lelaki. Nama dia sebenar tah la apa tapi orang panggil BEDIL NNIRA. Tah kan yae tah kan tidak hehe.

Ada sesape tahu tak ke menda alah ni ada nama lain lagi selain Bedil Nnira??


 
 

Bedil Nnira??

by on 00:00
Tengok picture ni kat facebook Anak Kelantan Di Universiti . Ada se sape pernah main mainan ini tak? Dulu masa kecil suka sangat main me...

Wah si cantik manis Nur Fazura ni dah jadi Duta Colgate Optic White rupanya. Iklannya pun dah di siarkan kat tv., sape dah tengok??. Dah la lawa, cantik pula tu. Dengar kata nak berumah tangga tahun ini yae. Tahniah.



Cantik kan dia. Sesuai sangat gan warna merah tu. Cantik sangat !!
sumber : beautifulnara
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Budak Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Budak Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Budak Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Budak Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu - MELAYU BARU!

Melayu baru...??
pakai baju kurung kata panas gitu....
tp pakai ketat,wow seksi......uu....
tak ingat kubur kata...yuhuu....
yang penting tetap maintain gitu....

Melayu baru....???
rambut biru,mata pun biru....
terserempak tak macam melayu....
boleh diraba,dicium dan gitu-gitu....
Alahai...
org yg melihat naik berbulu....

melayu baru..?
sedarlah sikit i said to youu...
bkn mat salih pun, tetapi orang melayuu....
Don't say "i dont know what else to do!"
saja nak bg alasan buat2 tak tahu...lah tuu

AKU MELAYU BUKAN HINDUSTAN
MELAYU BARU ISLAM DIJULANG
MELAYU ISLAM MENUJU WAWASAN
WAWASAN CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG"

- Untuk renungan kita semua di petang hari -

Aku Budak Melayu

by on 16:11
Mak aku kasi nama Ayu Aku rasa malu Aku tukar jadi Jen Sebab, lebih glamour Tak macam Ayu nama Melayu, aku tak sebulu Aku Budak Melayu? C...
Ahad lepas bersamaan 17hb, housemate minta temankannya ke Dewan Tasik Titiwangsa, Jalan Ampang Hilir. Tak lain dan tak bukan tuk mengambil baucer BR1M. Dia bagitau surat tak terima tapi ada terima mesej. Rupanya surat dia lambat sampai.

Ok, pergilah tapi hehe : nak gelak pun ada, geram pun ada. Pergi sana kitaorang naik 'teksi kuning'. Nak dijadikan certa cewah : sebaik tau tujuan kitaorang pergi sana. Abang teksi dari mula perjalanan sampailah kat sana, mak aii mulut. Memang tak sayang mulut kot hehe boleh tahan beb panas dan pedas berapi !! Siap naik tangan bagai tu.

Walaupun tak dinafikan hujah beliau itu ada benarnya. Tapi ayat yang dia gunakan itu KASAR sangat la bang. Terkejut kitaorang mendengarnya. Nak tegur 'kan kena halau dari teksi tu naknya pula, susah nak dapat teksi time tu'. Tahan jelah telinga ni walaupun dalam hati doa cepat-cepatlah sampai (jahatkan hehe).

Bagi aku la, lain orang lain pendapatnya. Walaupun fahaman politik negara kita lain-lain tapi kita still 1(orang Islam). Janganlah sampai kutuk, keji mengeji' fitnah ataupun gelarkan orang bagai kalau budak-budak mayb kot boleh terima. Orang kata akal tak panjang. Bukan apa, tak jenuh ke nak pergi minta maaf nanti? Tapi kalau korang rasa orang itu cam korang, senang melupakan, senang memaafkan, senang  menerima dan tak simpan dalam hati alhamdulillah.  Tapi korang rasa korang kenal dia ke?  Rasanya kekadang diri sendiri pun sukar nak kenal..

Alhamdulillah, syukur! hidup dalam negara yang aman dan damai.

Bikin Panas

by on 21:21
Ahad lepas bersamaan 17hb, housemate minta temankannya ke Dewan Tasik Titiwangsa, Jalan Ampang Hilir. Tak lain dan tak bukan tuk mengambil b...
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya dapat gak off tablet ni. kalau tak, tak tau la nak gambarkan camne. risau sangat. Terima kasih banyak-banyak pada blogger yang bagi tips dan sekarang turn  kita lak nak share  tips berkenaan heheh nak gak tu harap ianya dapat membantu mereka yang memerlukannya nanti, inshaa Allah. Amin  :)

Caranya :
charge tablet semula sambil itu tekan butang Power (off/on) dan gerakkan sambil mainkan (touch) kat screen itu. Insyallah dalam masa 30 minit ia kan On/off (berfungsi) semula balik.

Nasib baik ada En.Google. Senang mencari bijak mengguna !!


Off Tablet !!

by on 09:30
Alhamdulillah, syukur. Akhirnya dapat gak off tablet ni. kalau tak, tak tau la nak gambarkan camne. risau sangat. Terima kasih banyak-banya...
Alamat!! Nape gan tablet ni. Tetiba jammed. Elok-elok tengah menaip tadi tetiba buat hal. Rosak ke?? Tak kan lah huhu.. Aduhai..nak wat camner ni beb?tak boleh nak off langsung ni lak ni. Respond lagi la tak ada.huhuh..risaunya.

Dah la tablet ini orang punya memang la orang punya tak kan kucing la kan huhu sevel la pula siang-siang hari ni sebenarnya tablet ni housemate yang punya. Pinjam sat dia tinggal pergi bercuti kat Pulau Pangkor sana nun. Kalau PC, Ctrl Alt Delete dah settle tapi ni touch screen bagai. gan Key dia lain. kena turun pergi CC ni. Search google camne huhu harap-harap tak rosak la. Dan harap-harap ada la yang dapat membantu, amin

Risaunya hatiku..


Tablet Tak Boleh Off !!

by on 13:55
Alamat!! Nape gan tablet ni. Tetiba jammed . Elok-elok tengah menaip tadi tetiba buat hal. Rosak ke?? Tak kan lah huhu.. Aduhai..nak wat ca...
Alhamdulillah, Jumaat datang lagi. Tapi hari ini hanya belajar camner nak cantik dan kemaskan lagi blog ni je. Ok la sikit dari sebelum ini kot hebe jangan ianya slow pula dah la kan. Tapi nak slow pa certa pun apa sangat kat dalam ini. Tengok blog orang lain sweet je tapi blog kita tah apa-apa. Tu yang terpinar mata baca tutorial blogger lain. Boleh kata semua blog on dan tengoklah hasilnya sekarang.Kemas tak??

nasib baik tutorial yang ikut semalam dan hari ini senang faham. Mudah je la jadinya. Antara blog tutorial yang berjasa itu adalah :-

Sib baik juga hari ini rehat lama sikit, dapat la layan blog ni lama sikit kalau tak sakit sikit la berkejar sana-sini. nak makan, nak solat, orang panggil, orang minta tolong tak kurang gak nak kacau orang hik..hik.. tapi ni pun belum pergi solat lagi. Jak lagi dah kena sambung buat 5S balik. Malasnya rasa huhu. Ada sesape boleh tolong tak?? Tolong buat minit je hehe boleh lak minta orang buatkan tu. 

Sebenarnya ada beberapa blog tutorial lagi yang dah singgah tadi tapi tapi tak sempat nak coret kan sini. jam dah 3 lebih kena stop dulu. Pergi solat jak.

Blogku bukan blogmu

by on 15:07
Alhamdulillah, Jumaat datang lagi. Tapi hari ini hanya belajar camner nak cantik dan kemaskan lagi blog ni je. Ok la sikit dari sebelum ini...
Eh, gaji bulan ini masuk bila ya? Baru perasan yang jadual gaji untuk tahun ini tidak diedarkan seperti biasa cam tahun sebelum-sebelum ini. tah apa ke sebabnya pun tak tau.biasanya sebelum tahun baru dah edar tapi tahun ini dah masuk bulan Februari pun tah kemana lagi. Tapi dengar kata gaji untuk bulan ini dibayar 20hb keatas setiap bulan kecuali bulan disember. 

jom tengok betul ke gaji bulan Disember je dibayar awal..


betul la..alhamdulillah duit BR1M dah terima tadi. Minggu depan dah gaji. Syukur. Boleh la bayar apa yang patut

Jadual Gaji 2013

by on 13:34
Eh, gaji bulan ini masuk bila ya? Baru perasan yang jadual gaji untuk tahun ini tidak diedarkan seperti biasa cam tahun sebelum-sebelum ini...
Berikut adalah cara semakan keputusan BR1M 2.0. Tarikh bayaran BR1M telah di buat mulai bulan Februari 2013 dan dijangka berakhir pada bulan 15 Mac 2013 nanti . Oleh itu, ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lalu atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.


Semakan Keputusan BR1M 2.0

Semakan status permohonan BR1M 2.o boleh dilakukan dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010. Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja. Talian ini telah dibuka mulai 01 Februari 2013 lalu lagi.



Hari ini dah 13 Februari 2013 bersamaan dengan hari Rabu. Bulan Islam hurm..hurm.. berapa yae 02 Rabiul Akhir 1434Hijrah. Betul tak? Cepat je kan masa berlalu, sedar tak sedar dah berada pada bulan Februari. Orang kata bulan orang berkasih sayang hahaha dari tadi asyik membilang hari je.

Dari pagi tadi, dimaklumkan oleh Radio Hot FM dimaklumkan bahawa hari ini adalah Hari Radio Sedunia.

Biasa dengar alunan bacaan al-quran mak pasang
Wahh.. Sebelum ini memang tak tau langsung radio pun ada harinya. Yang tahu sejak kecil lagi dah biasa mendengar radio. Tapi radio dulu-dulu mane ada radio canggih manggih cam sekarang. Setakat boleh dengar dan dapat channelnya, dah cukup. Tapi dulu channelnya tak ada la banyak cam sekarang. Yang kerap dengarnya pun adalah Manis FM dan Muzik FM

Sekarang macam-macam channel ada. Ikut kesesuaian dan mood tuk memilih dan mendengarnya. Banyak tak banyak fungsinya tetap sama untuk memberi info dan juga meningkatkan hubungan antara lembaga penyiaran. Betul tak?? belasah je la kalau tak betul nanti tolong betulkan yae. Apa pun Selamat Hari Radio kepada semua radio-radio di Malaysia.. tanpa ia huhuhu..boleh buntu juga, kan.


Hari Radio Sedunia

by on 13:48
Hari ini dah 13 Februari 2013 bersamaan dengan hari Rabu. Bulan Islam hurm..hurm.. berapa yae 02 Rabiul Akhir 1434Hijrah. Betul tak? Cepat ...
Dah banyak kali terbaca pasal entry ni. Dan ini bukanlah kali pertama kiter timbang berat blog ni. sebelum ini dah beberapa kali cuba timbang. Awal-awal dulu boleh tahan gak la beratnya. Tapi sekarang tengoklah hasilnya 


ar tu dia. Ok ke camni atau kena baiki lagi?? 
Cu try timbang korang punya blog pula camner. Kat sini tau.

Timbang berat blog !!

by on 09:52
Dah banyak kali terbaca pasal entry ni. Dan ini bukanlah kali pertama kiter timbang berat blog ni. sebelum ini dah beberapa kali cuba timba...
 Sekadar pekongsian untuk kita semua :)

 

Best pula dengar Radio MinDef tengahari ni. Bertemankan dj yang asyik berceloteh. Mayb dah nak masuk waktu Zohor kot. Asyik nasyid je berkumandang hehe.. Minggu ni sekali pun belum solat kat bawah lagi (Surau hidayah). Asyik solat kat atas je humm.. solat kat bawah je la nanti, kan??. Malam nanti dah nak gerak balik kampung. Esok cuti dah..

Oooh kampung !! dah terbayang-bayang dah hahaha
Dah alang-alang turun nanti boleh gak usha-usha makanan sekali kan. Perut pun dah berlagu dondang sayang.



Solat

by on 13:42
Best pula dengar Radio MinDef tengahari ni. Bertemankan dj yang asyik berceloteh. Mayb dah nak masuk waktu Zohor kot. Asyik nasyid je berku...
Cameron Highland ! hurmmm..kalau dah namanya cameron apa lagi yang sebati dengannya kan kalau bukan ladang teh dan buah strawberry. Betul x? hehe..sebenarnya kali ini kita nak certa pasal trip kiter minggu lepas yang pergi sana tapi tak sempat pergi kedua-dua tempat tu.. Sedihnya.

Mayb bukan rezki nak sampai sana lagi kot. Ada je halangan walaupun trip tu memang menuju ke sana. Daripada 4 tempat yang dirancang rasanya 2 tempat je kot yang dapat. Lagi 2 tu huhuh..tak sempat ( tak tau pula yang sertai itu ramai makcik-makcik - shooping je la kat pasar).

Ikut perancangan memang kitorang akan sampai ke ladang teh dulu tapi bas xdapat nak masuk (jalan sempit  ikut Tapah.Ketua rombongan tak mendapat info yang betul rupanya nak-nak die sendiri pun belum sampai ke sana hahaha memang terkena la. So, kena patah balik. Ok, xdapat nak ke ladang teh ingat masa tu dapat la pergi petik buah strawberry. Lepas singgah kat Galeri Time Tunnel (ada banyak barang lama yang jarang kita jumpa), ada plan tuk pecah dua kumpulan tapi tup-tup xjadi. Ramai yang nak shooping kat pasar huhu..sedihnya nak petik buah !!

Apa boleh buat kan. Hurmmm..tapi apa pun trip ini seronok gak la siap ada cabutan bertuah lagi. Siap dapat 2 hadiah lagi hehe (kau ader xda kan..kan..hahaha poyo je la). Ada gak hikmahnya kan pasni mayb tak ada hal punya la nak ke sana paling tak dah tau serba sikit pasal tempat tu.

Cantiknya merah membara
Keychain
bantal strawberry
Banyaknya buah tangan
Si kecil yang tak banyak kerenah

sayur segar-segar
borong pun boleh
buah strawberry
buah jambu batu
Pasar tepi jalan
pokok apa tah ni

Pintu masuk Galeri Time Tunnel
Air botol
Besaunya Rokok
P. Ramlee pun ada
Perkakas dapur
Tabungan
Laluan ke Ladang teh
tabung lagi
Meja  majong
Tak sempat masuk !!
Kaktus
picture dari dalam bas
Nampak panas tapi sejuk

Cameron highland

by on 16:45
Cameron Highland ! hurmmm..kalau dah namanya cameron apa lagi yang sebati dengannya kan kalau bukan ladang teh dan buah strawberry. Betul x?...