Half day

Astafirullah al azim, apa dah jadi ni daripada sembang kosong dah menjadi sebuah umpatan pula petang-petang camni. Niat asal hanya untuk bercerita tapi tengok sekarang? Tak pasal-pasal menambah dosa pula. memang bertuah betul la petang-petang jumaat ni.

Nak tau tak apa dah jadi siang kemarin?? Hurm kali ini bukan omong kosong ok tapi hanya storyboard je hehe tengahari tu kiter keluar gan office mate (Kapt, Mizan, Kak Sha, Diana dan Kdr ) pergi melawat anak salah sorang office mate, kak liana yang kena tahan kat wad di HKL. Ciannya kecil-kecil lagi dah kena tahan kat sana. Sebenarnya si kecil ni kena tahan kat sana di sebabkan salur penafasannya itu belum  matang. Lupa dah apa tah nama penyakitnya tu tapi dengar kata ianya akan matang gan sendirinya juga. Tapi  mengambil masa sikit la mungkin selepas 6 bulan. Harap-harap si kecil tu akan cepat sembuh, amin..

Sib baik gak penyakit si kecil ni dapat dikesan awal. Kalau tak entah camner la. Tak sampai hati nak bayangkan pun huhuhu. Cian dia bernafas pun kedengaran cam semput/ lelah je walaupun dengan bantuan mesin. Kalau kita-kita yang dah besar panjang ni pun kiter tak sanggup nak tengok apatah lagi si kecil tu. Semoga kak liana tabah menghadapi dugaan ni, inshaa Allah, amin.

Dalam sibuk-sibuk bertanya itu ini tu, tetiba je kitorang di kejutkan gan salah seorang di antara kita pitam. Awal tu ingatkan dia tersadung kaki je sebab tak dapat imbang badan, terseret mesin apa tah kat sebelah katil kosong tu sebelum terhantuk ke dinding cermin dan jatuh pitam. Kejadian memang berlaku sekejap sangat tapi yang jelas ianya beliau jatuh melayang cam kertas. Memang haru la sekejap, alhamdulillah nasib baik tak ada apa-apa dan sib baik gak ianya berlaku kat hospital. Keluar je dari sana terus ke HAT Mizan (rekod perubatannya ada kat sana) untuk membuat pemeriksaan lanjut (sebelum itu balik office hantar Pn.Diana dulu). Sampai office dah pukul 5.00 petang.

Macam-macam andaian kitorang buat berikutan kejadian tu. Tetiba pitam !! Tekanan darah rendah ke or tak makan lagi? Tapi dengar kata beliau dah makan tapi lambat dari kebiasaan hurmmm boleh jadi juga kan. tak cukup makan? kurang zat makanan la pelik je bunyi tak cukup makan. lagipun apa la sangat yang ada kat kantin bawah ni. Yang parah da yang terpikir pasal penyakit S.T.R.O.K huhu minta di jauhkan semua itu.

Apa pun semoga si kecil Dina, pegawai itu dan ex-chief clerk semoga cepat sembuh seperti sedia kala. Inshaa Allah, dengan izi-Nya. Amin.. tolong doakan yae. Sory chief , bukan rezki kitorang pergi melawat chief hari tu.







No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.