Nyaris-nyaris accident

Disember 05, 2012
Hari ini kena balik kerja sorang-sorang lagi. Kawan terpaksa balik lambat then esok kena datang kerja sorang-sorang pula huhu.. Tapi harap-harap cuaca petang ini baik la. Bukan sahaja cuaca kat luar sana je tapi cuaca kat dalam hati ni sekali la..la..la..

Semalam dah la balik kerja sorang-sorang. sebaik je keluar dari kawasan pejabat ush..berderai rasa dalam dada. tetiba keluar kereta dari simpang tiga betul-betul depan pejabat tu masa tengah melintas tu. Nyaris-nyaris nak accident. Harap kereta je lawa tapi empunyanya nak belajar bersabar sikit tak sempat ke?? Pagi tadi pun sama. Terkejut betul !! jalan raya elok-elok tak ada kenderaan langsung masa nak melintas tu tetiba je keluar satu kereta tu. Kuat bebenor bunyinya..nak bunuh orang ke apa? laju semacam die tekan minyak. Nasib baik sempat undur ke belakang balik kalau tak hurm..memang tak masuk pejabat la hari ini.

Tapi pelik la apa sebenarnya yang diorang semua kejar? kalau rasa dah lambat keluar la awal-awal subuh ke. tak ada la menyusahkan orang lain. kalau die je yang kena tak ada hal la.. asyik mementingkan diri sendiri je. mayb banyak accident berlaku pun sebab adanya orang cam mereka kot. 



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com