Raya Haji

Pagi tadi sampai kl terus masuk pejabat. huhu.. peningnya kepala ku rasa..ingatkan nak sambung cuti lagi. Tetapi bila mengingatkan cuti dah tak sampai seminggu je tinggal. terus cancel. Seronoknya cuti sambung menyambung ni. Tapi harus ingat-ingat juga kalau cuti tak banyak jangan pandai-pandai cari penyakit. Kasihanilah orang yang uruskan cuti kita tu..mau pitam dia nanti. Cuti 3 hari dah tambah cuti umum 2 hari hehe seronok sangat !

Camner raya uolls semua? Korban ke tahun ini? kalau tengokkan cuaca kat luar sana memang cerah tanpa hujan tanpa ribut. Alhamdulillah, nak-nak raya haji  jatuh Hari Jumaat. Raya besar la kita semua kan. Cam tahun sebelum ini juga, my family buat korban (mak yang buat ok, turn anak-anaknya belum sampai lagi). Tapi kali ini rasanya ramai yang buat korban kot termasuklah mak & bapa saudara. tak terkecuali juga my housemate si Ain. alhamdulillah rezki korban tahun ini. Moga-moga apa yang kita semua kerjakan mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya, amin...

Seronok-seronok juga tapi yang tak tahan sebelum raya tu huhu lagi penat. Dari Shah Alam ke Kota Bharu  ambil masa 18 jam tuk sampai. Memang raya betul la orang Kelantan ni, mengalahkan sambutan Raya Aidilfitri tu. Potong sini potong sana (cam la boleh sampai cepat) last-last jem teruk. Tak tahan tu, jem kat Kg. Petola sana tu belum masuk Merapoh lagi huhu kasihan si kecil asyik meragam je. Dah la muatan penuh hari itu. Mau tak penuh bayangkanlah kereta Saga menempatkan 5 orang penumpang tak termasuk 2 orang kanak-kanak lagi. Nak bergerak pun susah. Tapi tak kisah la nak balik beraya punya pasal hehe..

Raya pertama tu rumah buat makan-makan sikit. Menunya ringkas sangat iaitu daging singgang, daging goreng dan daging black pepper. Daging black pepper tu my sister yang masak. Raya kedua pula yang pergi beraya ke Pelekbang, Tumpat. Menunya banyak tapi yang menarik perhatian tak lain & tak bukan, budu bersama ulam-ulaman nyum..nyum..sedap! Nak-nak musim sana sini daging. Tu sebelah pagi, sebelah petang pula, menjengah rumah sepupu. Sedapnya laksa penang dia. Mekasih...mekasih. Picture menu-menu semua tu tak sempat nak ambil. Syok sangat menikmati hidangan. Sebenarnya picture semasa acara korban tengahari tu dah ambil tetapi tah camner empunya hp leh ter delete lak. Sabar je la.

Picture yang ada dalam simpanan tak sempat nak upload lagi. Esoknya sambung lagi beraya ke kampung dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Tapi kali ini sempena masuk rumah baru. Cam tema hijau putih je rumah dia. Cantik juga, nampak lebih luas. Tapi tak sempat nak ambil picture lak. Kekenyangan tak sempat nak terjah lebih-lebih.

Ok lah, cukup setakat ini dulu. Picture

No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.