Pagi tadi sampai kl terus masuk pejabat. huhu.. peningnya kepala ku rasa..ingatkan nak sambung cuti lagi. Tetapi bila mengingatkan cuti dah tak sampai seminggu je tinggal. terus cancel. Seronoknya cuti sambung menyambung ni. Tapi harus ingat-ingat juga kalau cuti tak banyak jangan pandai-pandai cari penyakit. Kasihanilah orang yang uruskan cuti kita tu..mau pitam dia nanti. Cuti 3 hari dah tambah cuti umum 2 hari hehe seronok sangat !

Camner raya uolls semua? Korban ke tahun ini? kalau tengokkan cuaca kat luar sana memang cerah tanpa hujan tanpa ribut. Alhamdulillah, nak-nak raya haji  jatuh Hari Jumaat. Raya besar la kita semua kan. Cam tahun sebelum ini juga, my family buat korban (mak yang buat ok, turn anak-anaknya belum sampai lagi). Tapi kali ini rasanya ramai yang buat korban kot termasuklah mak & bapa saudara. tak terkecuali juga my housemate si Ain. alhamdulillah rezki korban tahun ini. Moga-moga apa yang kita semua kerjakan mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya, amin...

Seronok-seronok juga tapi yang tak tahan sebelum raya tu huhu lagi penat. Dari Shah Alam ke Kota Bharu  ambil masa 18 jam tuk sampai. Memang raya betul la orang Kelantan ni, mengalahkan sambutan Raya Aidilfitri tu. Potong sini potong sana (cam la boleh sampai cepat) last-last jem teruk. Tak tahan tu, jem kat Kg. Petola sana tu belum masuk Merapoh lagi huhu kasihan si kecil asyik meragam je. Dah la muatan penuh hari itu. Mau tak penuh bayangkanlah kereta Saga menempatkan 5 orang penumpang tak termasuk 2 orang kanak-kanak lagi. Nak bergerak pun susah. Tapi tak kisah la nak balik beraya punya pasal hehe..

Raya pertama tu rumah buat makan-makan sikit. Menunya ringkas sangat iaitu daging singgang, daging goreng dan daging black pepper. Daging black pepper tu my sister yang masak. Raya kedua pula yang pergi beraya ke Pelekbang, Tumpat. Menunya banyak tapi yang menarik perhatian tak lain & tak bukan, budu bersama ulam-ulaman nyum..nyum..sedap! Nak-nak musim sana sini daging. Tu sebelah pagi, sebelah petang pula, menjengah rumah sepupu. Sedapnya laksa penang dia. Mekasih...mekasih. Picture menu-menu semua tu tak sempat nak ambil. Syok sangat menikmati hidangan. Sebenarnya picture semasa acara korban tengahari tu dah ambil tetapi tah camner empunya hp leh ter delete lak. Sabar je la.

Picture yang ada dalam simpanan tak sempat nak upload lagi. Esoknya sambung lagi beraya ke kampung dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB). Tapi kali ini sempena masuk rumah baru. Cam tema hijau putih je rumah dia. Cantik juga, nampak lebih luas. Tapi tak sempat nak ambil picture lak. Kekenyangan tak sempat nak terjah lebih-lebih.

Ok lah, cukup setakat ini dulu. Picture

Raya Haji

by on 15:34
Pagi tadi sampai kl terus masuk pejabat. huhu.. peningnya kepala ku rasa ..ingatkan nak sambung cuti lagi. Tetapi bila mengingatkan cuti da...
Hurmmmm.. lawa tak? lawa kan..kan. dalam hati berbunga seribu rasa hik..hik.. korang rasa apa yang lawa? orangnya or bajunya hehe


Noorliana Isa

by on 15:36
Hurmmmm.. lawa tak? lawa kan..kan. dalam hati berbunga seribu rasa hik..hik.. korang rasa apa yang lawa? orangnya or bajunya hehe
Tinggal esok sehari lagi kemudian semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban. Tapi hari ini kita nak kongsi 1 / 2 gambar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Meriah betul !! pegawai dan staf satu kepala hehe.. memang best la. 
 
Pegawai & Staf bersama tag tajaan masing-masing
Control jangan tak control !!
Ketupat nasi (Jai)  Rendang (Pn. Marini) dan laksam + laksa kelantan (Cik Wan & Pn. Zah) 

Samosa (Kak Sha) & Buah (Chif Zali)

Muka keletihan
Mej Jamal, Kol Nazri, Mej Nadzari & Lt Hazilawati

Memang meletup la mee kari Pn Marini
 
Sukanya die ketupat hiasan menjadi hehe



Ada sesiapa nak puasa esok tak?? Esok Khamis bersamaan 9 Zulhijjah 1433H. Beruntung tau sesape yang berpuasa sunat khamis disamping berpuasa pada hari para jemaah haji di mekah wukuf di Arafah.


------------ ~~~ --------------

9 Zulhijjah

by on 13:08
Ada sesiapa nak puasa esok tak?? Esok Khamis bersamaan 9 Zulhijjah 1433H. Beruntung tau sesape yang berpuasa sunat khamis disamping berpuas...
Selamat pagi semua. Sarapan apa pagi ni yae?? Pekena nasi dagang kelantan sedap ni nyum..nyum.. mekasih pada En. Mohamad Dan sebab belanja kita pagi ni hehe jangan jealous semoga bertambah-tambah lagi rezki En. Dan, amin..

Hari ini ada audit 5S dari MAMPU lagi huhuh.. semalam diorang tak sempat nak datang. Camner nak sempat kalau pergi audit satu bahagian pun dah ambil banyak masa. Tapi dengar-dengar teruk jugak audit kali ni. Betul ke?? Ianya kan terjawab hari ini hehe.. itu pun kalau diorang datang. Sama-sama la kita tunggu.
Tapi menunggu ni satu penyeksaan, kan.

Kalau di ikutkan memang elok diorang datang audit sebenarnya dapat juga tahu apa yang patut dan tak patut buat tapi auditor yang datang hehe lain orang lain naknya kan. Datang auditor pertama nak camni kemudian datang auditor lain tak nak camtu pula. So, nak buat camner? Ikut je la. kita nak dia kan, kan..

P/s : Harap BPSM dapat capai target audit kali ini, amin


Audit 5S MAMPU

by on 12:53
Selamat pagi semua. Sarapan apa pagi ni yae?? Pekena nasi dagang kelantan sedap ni nyum..nyum.. mekasih pada En. Mohamad Dan sebab belanja k...
Tahniah kepada pasukan KELANTAN kerana berjaya merangkul kejuaraan  Piala Malaysia 2012, Sabtu lalu. Dan sudah semestinya ianya memberi satu kepuasan dan kegembiraan kepada semua penyokong skuad red warrior termasuklah kita hehe.. Alhamdulillah, kalau dah rezki tak kemana. Apapun, pasukan ATM juga hebat kerana mampu  memberi saingan yang cukup hebat kepada pasukan Kelantan malam itu supaya berusaha lebih keras hehe. Corak permainan malam itu juga memang menarik walaupun kekadang itu hehe..merisaukan juga. 

Tapi kenapa pula Kelantan tak patut menang Piala Malaysia 2012?? betul ke huhu.. Cam pelik je, betul tak? Nak tau jom baca ENTRI ini.


 **p/s : Cantik je gelombang merah malam itu.


Ya, Allah cantiknya al-quran ni. Macam-macam warna pula tu. Rekabentuknya pun cantik. Memang sesuai betul tuk golongan wanita yang sememangnya menyukai sesuatu yang cantik dan unik. Tetapi Al-Quran ni adalah edisi terhad. Siapa cepat dia dapat.



Cam berminat je tapi kena tunggu gaji dulu. Cantik kan yang warna purple tu Apa-apa pun sebelum tu jom layari web http://wanwma.com/agama/al-quran-wanita-cantik-menawan/ tuk info lebih lanjut.

Antara senarai kandungan yang terdapat dalam Al Quran ini :-
  • Terjemahan resmi uthmani.
  • Dilengkapi dengan terjemahan.
  • Terdapat 744 halaman berwarna dengan frame bunga yang cantik.
  • Menyenaraikan tips untuk tampil cantik mengikut sunnah.
  • Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
  • Hadith Arba’in Nisaaiyyah
  • 40 nasihat Rasulullah tentang wanita dari hadis yang sahih.
  • Agenda untuk wanita khatam Al-Quran.
  • Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
  • Maklumat tentang wanita-wanita yang haram dinikahi.
  • Maklumat tentang ibadah rawatib bagi wanita.
  • Gelaran yang diberikan khas untuk wanita dalam Islam.
  • Soal Jawab Fiqh Wanita
  • 20 kisah-kisah wanita yang disebut dalam Al-Quran.
  • Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam sejarah islam seperti :-
    • - Siti Khadijah r.a
    • - Siti Aishah r.a
    • - Siti Hajar r.a.
    • - Ummu Salamah
    • - Summayah
    • - Ummu Kulthum
    • - Dan ramai lagi.
**p/s :  Insyallah, tak rugi dapatkannya...

Al Quran Wanita

by on 16:43
Ya, Allah cantiknya al-quran ni. Macam-macam warna pula tu. Rekabentuknya pun cantik. Memang sesuai betul tuk golongan wanita yang sememang...
Alhamdulillah, enak bangat sih kuihnya tu nyum..nyum..tak cukup satu. Lagi 2 kita ambil hehe.. Terima kasih banyak ya Pn. Normizan. Semoga murah dan bertambah-tambah lagi rezki tu. Pandai betul masak, bertuah badan. Nanti bolehlah masak lagi hehehe..


Sebenarnya cik kak sorang ni dari minggu lepas lagi rajin memasaknya.  Dah bermacam-macam kek dia masak. Memang best la nak-nak kalau jadi tukang makan camni hihi.. Nak tau apa dia masak sebelum ni?? Jom tengok picture ni. Nak di pelawa dah habis dah hehe


Red Velvet Cupcakes

Fruit pastry cake

Tat telur

Red Velvet cake


** p/s :  Mayb ada berita baik kot kan??

Makan..makan

by on 15:04
Alhamdulillah, enak bangat sih kuihnya tu nyum..nyum..tak cukup satu. Lagi 2 kita ambil hehe.. Terima kasih banyak ya Pn. Normizan. Semoga ...

Selamat pagi semua hehe rajin-rajinkanlah diri kita untuk melaksanakan kerja kita hari ini. Jangan bermalas-malasan hihihi

yang penting
jangan
lupa

S.E.N.Y.U.M


 **p/s : kira angka lagi hari ini... 



Selamat Pagi Semua

by on 10:41
Selamat pagi semua hehe rajin-rajinkanlah diri kita untuk melaksanakan kerja kita hari ini. Jangan bermalas-malasan hihihi yang penti...

Tengah sibuk-sibuk godek certa kat  fb tengahari tadi, kita terjumpa gambar karikatur ni.  Menarik jugak tuk dikongsi bersama. Tapi ada ke diantara kita yang mempunyai perasaan sebegini terhadap seorang ibu yae??. Apa pun renung-renungkan dan selamat beramal.



** Mood : Rindunya kat ma !


Oh Ibuku..

by on 16:51
Tengah sibuk-sibuk godek certa kat  fb tengahari tadi, kita terjumpa gambar karikatur ni.  Menarik jugak tuk dikongsi bersama. Tapi ada ke...
Abu lait pernah berkata,"Sesiapa yang menjaga dan mengingati tujuh kalimah ini maka ia mulia disisi Allah S.W.T dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduan-duaya baik baginya".

7 Kalimah itu adalah :-
  1. Apabila hendak membuat sesuatu, maka mulalah dengan Bismillah
  2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca Alhamdulillah
  3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan Astaghfirullah
  4. Kalau hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata Insya Allah
  5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca Laa haulawalla quwwata illa billahilaaliyyil azim
  6. Apabila kita ditimpa musibah hendaklah selalu membaca Inna lillahi wa inna ilahi raajiunn
  7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca La ilaha illaallah

7 Kalimah

by on 14:40
Abu lait pernah berkata,"Sesiapa yang menjaga dan mengingati tujuh kalimah ini maka ia mulia disisi Allah S.W.T dan malaikat serta dia...