Tahniah Terengganu !!!

Julai 19, 2012

Rasanya belum terlambat lagi kot nak ucapkan tahniah kepada semua atlet Terengganu kerana berjaya mengekalkan rekod kejuaraannya 4 kali berturut-turut dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang dengan mengumpulkan 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa meninggalkan 14 buah negeri yang lain dibelakangnya. Hebat betul kan warga Terengganu ni..dah la semua pemainnya masih muda-muda lagi.


Tahniah juga kepada 2 oarang atlet angkat berat , Abdul Mubin Rahim (21tahun) dari Terengganu dan Frenceay Titus (21 tahun) dari Sabah kerana masing-masing dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang baru-baru ini.

Abdul Mubin yang juga atlet kebangsaan dipilih sebagai olahragawan apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dengan angkatan 171kg dalam acara clean & jerk. Sementara, Frenceay yang berketurunan etnik Dusun pula meraih pingat emas bagi kategori berat badan 58kg berjaya meleburkan rekod kebangsaan bagi acara snatch serta memperbaharui rekod kejohanan dalam acara clean & jerk dengan melakukan angkatan bebanan 81kg bagi acara snatch, memadamkan rekod lama 80kg manakala memperbaharui rekod kejohanan bagi acara clean & jerk dengan angkatan 95kg.



Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com