Jerebu Di Kuala Lumpur

Jun 16, 2012
Petang sebelum waktunya..

Semalam teruk betul jerebu kat KL ni. Pagi tu memang dah perasan keadaan kat luar pejabat cam semacam je. Tapi sampai ke tengahari dengan keadaan cuaca yang panas dan berkabus tak berubah tu memang jerebu la. Awal tu ingatkan di sebabkan mata yang tak cukup tidur atau ada kebakaran terbuka sekitar KL tetapi rupanya memang betul ada kebakaran tapi ianya bukan kat KL tapi kat Sumatera.

Ini bukanlah kali pertama jerebu melanda KL dan bukan juga kali pertamanya ianya berpunca dari Indonesia. Kalau sebelum ini ianya berpunca akibat pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera tetapi kali ini iannya berpunca disebabkan kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir, Sumatera Hilir, Indonesia yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.

Apa pun semoga jerebu kali ini tidak berpanjangan. takut nanti kita sakit pula. Untuk sementara waktu kurangkanlah aktiviti luar dulu sehingga keadaan kembali pulih dan jangan lupa banyakkan minum air putih :)

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com