Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas kite pergi dengar ceramah Isyrak Mijrak tau. Terpaksa duk kat belakang sebabnya penuh satu Auditorium MinDef. Nak tau tak siapa yang bagi ceramah tu?

Ustazah Dato’ Siti Nor Bakyah dan Ustaz Wan Akashah
Seronok sangat..Sebelum ini asyik tengok kat tv je..tapi pagi tu dapat tengok live. Cam lam program Semanis Kurma gak la. Tapi lagi seronok kot sebab dapat jumpa hehe.. Ustazah dah kurus la and yang pasti ustaz n ustazah xsemput!! Hik..hik..

Khusyuknya semua !!!
Penuh audi...
Gambar Eksklusif Ustaz dan Ustazah
Kat bawah ni antara point2 penting yang kite sempat catat hari tu.  Kalau nak di ikutkan memang banyak. Tapi yang ni xkurang pentingnya (selain S.O.L.A.T - Janji kita dengan Allah) kerana ia merupakan penyebab racun hati. 

4 Racun hati itu adalah :-
  •  Berlebih-lebihan dalam berbicara –banyak sangat bercakap. cakap yang baik/berfaedah xpa la juga kan tapi ni x, gosip sana gosip sini. Bila dah bergosip tu macam-macam timbul. Last sekali fitnah sana sini. Tuk atasinya, ustazah cadangkan supaya banyakkan berzikir dan membaca al-quran.
    Mengikut kajian Pakar Motivasi : koata percakapan wanita adalah lebih banyak daripada lelaki iaitu 25,ooo patah perkataan sehari semalam berbanding lelaki 1o,ooo patah perkataan sehari semalam. (so, xheran lah perempuan kuat membebel kan?? Hehe..)

  • Berlebih-lebihan dalam melihat sesuatu -  kawal pandangan mata. Jangan banyak sangat tengok keburukkan orang lain. Lihat dan perbaiki kelemahan diri kita. Bila kita kawal mata kita..secara automatik kita dapat mengawal iman kita (insyallah), kita dapat menjaga maruah dan kehormatan diri kita. Sebabnya orang kata dari mata turun ke hati..bila mata bertentang mata tu.. macam-macam hati berbisik kan.. hanya engkau yang aku cinta la. Kalau pasangan tu dah sah tuk kita xpa la juga tapi ni x...

  • Berlebih-lebihan dalam pemakanan – Menurut kajian ramai penduduk Malaysia yang mati disebabkan terlebih makan (bukannya tak cukup makan tu..) kalau dah makan macam-macam. Macam-macam penyakit pun ada la.. Lagi satu bila dah makan banyak, badan dah letih dan mata kita mengantuk. Pa lagi ZZZzzz la kan??.. ini yang menyebabkan kita xdapat wat kebaikan. Sebab itu juga, kita di galakkan berpuasa. Contohnya kita berpuasa di bulan Ramadhan, keluarkan zakat dengan sendirinya kita dah menolong orang lain.
 
  • Berlebih-lebihan dalam Pergaulan- jaga dan kawal batas pergaulan terutama lelaki dan perempuan. Jangan terlalu bebas dan juga jangan mudah tertipu terutamanya anak-anak gadis sekarang yang mudah terikut dan mengikut. Kalau yang elok ok jugak kan tapi ni x..  Belum ada apa-apa dah lebih-lebih.

 
Doa Nabi Sulaiman 
Doa penunduk kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada orang yang kita sayang.


in-nahuu min sulaymaana wa in-nahuu bismil-laahir-raHmaanir-raHiym al-laa ta'�luu 'Alay-ya wa'tuuniy muslimiyn
Ertinya :
"Sesunggunya ia (surat) daripada Sulaiaman, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Hendaklah engkau jangan sombong tunduklah engkau datang kepada-ku.”- Surah Al-Naml ayat 30 & 31

Caranya :-
Anak-anak : hembus dalam air minuman ataupun hembus pada ubun-ubun.
Pasangan (suami/isteri) : hembus dalam minuman atau hembus dekat tengkuk.





Semanis Kurma

by on 15:56
Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas kite pergi dengar ceramah Isyrak Mijrak tau. Terpaksa duk kat belakang sebabnya penuh satu Auditorium M...
Tengahari semalam join housemate (Suziana) and kawan die, Anis pergi kenduri Siti Nuraini a.k.a Ain  kat Cheras. Nak di jadikan certa, masa pergi xda hal tapi waktu baliknya hehe..salah masuk lorong LOL. 1 jam setengah baru jumpa jalan balik hehe.. tapi singgah cuci mata kat Kenanga Wholesale dulu la. Alah...yang dekat gan Jalan Hang Tuah tu. Kan banyak kedai-kedai yang jual pakaian secara borong..area2 tu la.

Wedding Ain?? Hehe..lain sangat die semalam. Lagi cantik !!! Dengan tema merahnya tu memang menyerlah la. Bab kata Suziana " cam Tasha Shilla "

Apa pun Selamat Pengantin Baru Ain...



Selamat Pengantin Baru Ain

by on 14:14
Tengahari semalam join housemate (Suziana) and kawan die, Anis pergi kenduri Siti Nuraini a.k.a Ain  kat Cheras. Nak di jadikan certa, masa ...

Adakah benarkah apa yang di perkatakan tentang patung pengantin yang di pamerkan di sebuah butik di sebuah Bandar di Utara Mexico sebenarnya adalah seorang gadis yang telah di awet menjadi patung?? Walaupun penafian dan kajian telah dijalankan oleh sebuah muzium tetapi ianya masih tidak dapat mempengaruhi tanggapan kebanyakan orang (pelik kan?? Dah ada bukti tanpa xmau caye)

Kononnya, Patung tersebut sebenarnya anak gadis pemilik butik berkenaan (La Pascualita) yang meninggal akibat di gigit labah-labah beracun pada hari perkahwinannya. Bapanya (Esparza) dipercayai telah mengawet tubuh anaknya itu dan di pakaikan pakaian pengantin yang sepatutnya di pakai pada majlis perkahwinanya sebelum dipamerkan di butiknya itu.
Walaubagaimanapun, raut wajah patung tersebut dikatakan memang cukup mudah menarik perhatian sesiapa yang memandangnya (cam gravity kot). Dengan bola matanya yang besar dan galak, kulit yang kemerahan dan di tambah dengan andaman umpama seorang gadis hidup yang mempunyai jiwa.  
Mesti cantik kan?? So,apa pula pendapat korang??

Sumber : Majalah Mastika  

Seperti biasa setiap malam Sabtu sehingga Selasa, program realiti TV ini akan bersiaran dari pukul 9.00 malam di Astro Ria (104). Dengan menampilkan 16 selebriti daripada pelbagai kerjaya sebagai peserta yang mewakili badan kebajikan tertentu. Dengan masa 45 minit yang diberikan, sememangnya ia betul-betul mencabar mereka semua.

Program realiti ini telah mula bersiaran pada 26 mei 2012 dengan mengekalkan Mohd Johari Edrus (Chef Jo) dan Zubir Bin Md. Zain (Chef Zubir) sebagai juri manakala Adu Amran Hassan (Chef Adu) pula diperkenalkan sebagai juri baru.

Sehingga saat ini 7 selebriti telah tersingkir dan siapakah selebriti yang bakal menjuarai program realiti masakan ini yae?  Adakah tomok akan menjalani Ujian Penyingkiran lagi minggu ini?? Sama-samalah kite tungguuuuu..jom follow

Selebriti Masterchef Malaysia Pertama