Selamat Hari Guru

Mei 16, 2012
Tahun 2012 sambutan Hari Guru akan disambut serentak samada peringkat sekolah ataupun peringkat kebangsaan iaitu pada hari ini, 16 Mei 2012. Pastinya tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna kepada semua warga pendidik. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita ini menjadi insan yang berilmu dan berguna

Tema Hari Guru tahun ini adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara bagi menghargai sumbangan dan jasa guru terhadap masyarakat dan negara. Dan kepada semua para pendidik di seluruh Malaysia Selamat Hari Guru. Jasa kalian amatlah dihargai..tanpa kalian belum belum tentu kami bijak kan?? :)

 

Guru Inovatif merupakan guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru memang berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara, dengan idea dan kepakaran yang diterpakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi.

Usaha melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan boleh di pandang remeh. Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan jemu  bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kejahilan dan kecelaruan yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya. Dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah mereka yang berjaya dan tersohor di tengah-tengah masyarakat. Dari itu, hargai jasa dan peranan mereka itu...

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com