Bulan Rejab

Mei 21, 2012
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan ‘Haram’ di dalam Islam iaitu :-
    1. Zulkaedah
    2. Zulhijjah
    3. Muharam 
    4. Rejab.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku“. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.   RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.




Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Amalan yang biasa diamalkan pada bulan Rejab antaranya adalah :-

  • Solat Maghrib berjemaah bersama keluarga (sebaik-baiknya, dilakukan apabila telah masuk waktu maghrib 1 Rejab)
  • Membaca Fatihah 7X
  • Membaca Salawat 7X
  • Membaca Al-Kafirun 1X
  • Membaca Al-Falaq 1X
  • Membaca An-Nas 1X
  • Membaca Al-Ikhlas 1X
  • Membaca Ayat Qursi 1X
  • Zikir istighfar 7X – ASTAGHFIRULLAH AL-AZEEM ALLAZI LAILAHAILLA HUALHAYYUL QAYYUM WA ATUBUILAIH
  • Zikir - Allah Allah 7X
  • Zikir - Allahu Allah 7X
  • Zikir - Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim 7X
  • Zikir - Allahu Allahu 7X
  • Zikir Salawat 7X – SALLALLAH ALA MUHAMMAD, SALLALLAH ALAI WASALLAM
  • Zikir LAILAHAILLALLAH 101X
  • Doa “Ya Allah Ya Tuhan kami, izinkanlah kami menyambut Bulan Rejab ini sebagai bulan yang Engkau muliakan, sebagaimana Rasulullah SAW menyambutnya. Berkatilah dan rahmatilah kami supaya kami menjadi hambaMu yang menghamba-abdikan diri kami kepadaMu, tunduk dan sujud kepadaMu, sebagaimana yang engkau kehendaki” – Seterusnya sambung dengan doa masing-masing
  • Majlis makan malam bersama keluarga.
Sekiranya berkemampuan, buatlah amalan di atas setiap hari. Jika tiada kemampuan, buatlah seminggu sekali atau dua kali. Paling tidak pun sekali. Insyaallah, moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang mencintai Allah, amin..


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com