Anak ini sanggup menjaga ayahnya yang mengalami kerosakan otak

Sejak dari dalam rahim ibu, diri kita sudah dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu kita. Dari sekecil-kecil saiz tubuh badan hinggalah kita pandai membawa diri, ibu bapa masih lagi menjaga dan mengambil tahu akan perihal dan pergerakan anak-anaknya. Jadi, tidak mustahil untuk kita katakan terlalu banyak pengorbanan yang telah pun ibu dan bapa kita berikan.