Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest : Onde-onde Hijau

Mei 26, 2017
In shaa Allah esok dah puasa !! Masih ada ibu-ibu yang masih lagi sibuk membuat persiapan. Ada yang sampai mengambil cuti rehat  semalam kan bagi memastikan segala persiapan terutamanya bab bahan mentah seperti ayam, ikan, telur, buah tamar dapat disediakan terlebih awal untuk persiapan sahur malam nanti. tak kurang juga yang ingin mengambil kesempatan sebelum ramadhan tiba ini semalam untuk kemaskan rumah, tanggalkan langsir, lapkan cermin tingkap..buang sawang dan sebagainya. Kebetulan pula semalam kan government dah dapat gaji kan?? ramailah yang ambil kesempatan, betul tak??

Setiap kali ramadhan tiba, onde-onde merupakan juadah iftar yang menjadi kegemaran ciktie sekeluarga selain biji nangka. Ia bukan sahaja sejenih kuih tradisional yang ringkas dan simple tapi juga mudah untuk disediakan. Selain ianya berwarna hijau ia juga ada yang berwarna biru, pupple, kuning ataupun merah. Rupanya yang bulat-bulat dan kecil itu bukan saje comel tapi amat sedap dinikmati. terasa cair di dalam :) nak-nak ianya senang disediakan.

Biasanya kalau kat bazar ramadhan kalau tak silap 6 atau 7 biji je RM 1..tapi kalau buat sendiri berbiji-biji boleh dapat. Siap boleh kongsi gan jiran tetangga lagi. Camne nak buat? Tengok resepi bawah ni ya hikhik cam lah ciktie ni mahir sangat hikhik


Onde-onde Hijau

Bahan

3 cawan tepung beras pulut
1 cawan air
sedikit pewarna hijau *boleh guna apa-apa warna yang disukai
sedikit garam
nisse ataupun gula melaka *dipotong kecil-kecil
daun pandan
kelapa parut *digaul bersama sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
  1. Tepung beras pulut digaul sebati bersama secawan air dan sedikit garam sebelum pewarna hijau dimasukkan.
  2. Kemudian uli bulat-bulat adunan tersebut. Nak senang anggarkan saiz ambil adunan sebesar ibu jari. Leperkan dan masukkan gula melaka dan gentel bulat-bulat.
  3. Sementara tu, panaskan air dalam periuk dan biarkan sehingga ianya mendidih. Jangan lupa masukkan daun pandan supaya ianya lebih wangi
  4. Seterusnya masukkan bebola tepung tadi ke dalam periuk air yang mendidih tadi. Biarkan sehingga bebola tadi timbul dipermukaan air yang mendidih sebelum diangkat.
  5. Tos dan biarkan seketika.
  6. Seterusnya golek-golekkan kuih tadi dengan kelapa parut. sehingga ianya bersalut.
  7. Dah siap !!

Kebetulan pula lazada sekarang ni tengah adakan Contest Blogger Raya bermula dari 19 Mei hingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Setiap minggu ada tema yang berbeza-beza. Dan kita boleh sertai contest ni lebih dari sekali tau. Jadi, kalau nak tau lebih lanjut klik sini tak pun klik je banner bawah ni ya.



Dengan menggunakan Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid ciktie rasa tiada lagi perlu susah²kan diri menunggu air mendidih dan besarkan api. Dengan api yang kecil pun ia tetap juga mampu menjimatkan masa. Jadi bolehlah memasak dengan senang hati !!


Sempena kedatangan Marhaban-Ya ramadan dan Riang Ria Raya telah menawarkan potongan sehingga 90 % dari 16 Mei hingga 30 Jun 2017 tau. Jadi apa tunggu lagi.. jangan lepaskan peluang anda menikmati penjimatan yang lebih banyak !!







Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com