Assalamualaikum semua..
Selamat pagi dan salam hari jumaat. Sarapan apa pagi ni?? Ehh ehhh ada yang puasa ya hari ni?? Tak kisah la puasa ganti or puasa sunat. Janji puasa ya dak.. selamat berpuasa ya.

Dua tiga menjak ni mood bw ke laut betul la. Penat sebenarnya sekarang ni. Aura positif tolonglah dekat padaku.. Minggu depan kena pergi kursus pula. Kalau tak pergi kena juga pergi kursus yang satu lagi tu. So, tiada pilihan dah..follow je lahh


Assalamualaikum

by on 09:38
Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan salam hari jumaat. Sarapan apa pagi ni?? Ehh ehhh ada yang puasa ya hari ni?? Tak kisah la puasa g...
Rukun Qauli ?

Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.

Rukun qauli tu apa?

Takbiratul ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama. ada 5 sahaja. yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi.

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori
  1. Qalbi (diingat dalam hati) ,
  2. Qauli (diucap dengan lidah).
  3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara 
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
    • Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
    • Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]
    • Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
    اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
    • Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  13.  Tertib [Qalbi]

Sekadar ulangkaji.. Ini pun dapat dari WhatsApp Group..semoga ianya bermafaat


Rukun Qauli

by on 16:23
Rukun Qauli ? Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK ...

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Esok dah 1 rejab ! Maknanya lagi 2 bulan bertemu pula bulan ramadhan. Penghulu segala bulan tu. In saja allah, semoga Dia mengizinkan kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia itu..

Hujan seharian hari ini membasahi bumi pengkalan chepa. Sibuk dengan audit belumpun selesai tetiba elektrik terputus pula petang ni. So, sempatlah update sini sekejap. Nak selalu update memang tak sempat la. Dah namanya blogger part time kan.. kalau sempat ter update la blog ni kalau tak tu faham² la. Masa yang ada ni tak semuanya milik kita..

dah jom balik dulu. Hujan ni..Siap guruh sekali dah ni. 



Esok dah 1 rejab

by on 16:56
Esok dah 1 rejab ! Maknanya lagi 2 bulan bertemu pula bulan ramadhan. Penghulu segala bulan tu. In saja allah, semoga Dia mengizinkan kita b...
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Biodata Rasulullah SAW

by on 15:55
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (di...

Wordless Wednesday : Emosi yang membahayakan diri 

Kemarahan - melemahkan jantung
Kesedihan - melemahkab paru-paru
Kerisauan - melemahkan perut
Ketakutan - melemahkan buah pinggang
Tekanan @ Stress - melemahkan hati dan otak



Kursus Motivasi Kerja Siri 1 Tahun 2017 | 

Firstime join kursus ni. rasanya sepanjang menjawat jawatan penjawat awam ni tak pernah lagi join kursus ni. ahaa la tak pernah lagi. Nasib baik la offer diri awal-awal tuk join kursus ni. Ingatkan ianya cam kursus tangani stress haha tapi rasanya ada kaitan juga la..


Seronok juga sesekali dapat join kursus kat luar ni. Sesekali berkumpul bersama peserta lain, memang best la. Asyik terlibat gan urusetia je kan.. Santai lak kursus tu 😅😅






Wordless Wednesday : Berahsia antara lelaki dengan perempuan | Agak-agak betul ke camtu tu?? Dari A ke B pastu ke D. Pastu terus merebak.. Tak mustahil ianya kan kembali ke A semula melalui orang lain kan 😦😦


Tema APC 2017 | In sha Allah tahun ni masuk tahun ke-3 terlibat gan APC Briged. Dengar kata Apc kali ni bakal diadakan bulan April ni huhuhu. Sama cam tahun lepas juga selagi tak ada kata putus bla tarikhnya tu selagi itulah bajunya tak siap hehe.. jangan kata nak siap, kainnya pun tak cari lagi. Tak sempat nak usha-usha atas Pasar Siti Khadijah atau Bazar Tok Guru lagi.

Cam tahun lepas juga, temanya tetap batik Cuma warnanya nak pupple. Dark Pupple camtu la katanya. Tapi warna tu camne sebenarnya ya? Sesuai tak gan ciktie ni.. bukan apa bagi ciktie batik ni tak semua warnanya sesuai gan kita. Kekadang warna yang kita suka tu pun nampak cam kusam je. Cam tiada serinya.

Kenapa batik?? Kalau coraknya aje ala-ala batik tak boleh ke? Hahaha..ciktie pun pernah tanya soalan tu. Yalah nak dapatkan sepasang kain tu bukannya murah. Koman-koman yang paling murah pun dalam Rm2++ kan. Itupun kalau pandai tawar-menawar. Kalau tak maunya dekat Rm3++ juga ongkosnya melayang. Itu belum kira yang ada belian lagi.

Oklah kenapa pilih batik kan?? Sebab Kelantan kan terkenal gan batik ! Jadi ianya tak lain dan tak bukan nak kekalkan budaya Kelantan yang kaya dengan hasil seni warganya. Hasil tangannya tau bukan yang jenis blok-blok tu. Lagipun setiap batik yang dihasilkan tu unit sangat. Ada tarikan dan corak tersendiri. Pendek kata corak yang dihasilkan berlainan dan tak sama. Jadi memang patut la ianya mahal kan. Nak buat bukan senang ! Nak kena kreatiflah..kalau tak kreatif camne nak lukis..nak warna dekat kain tu kan. Kalau suh ciktie hehe tak taulah siap atau tak tuu

Lagi 1 kenapa batik ni jadi pilihan adalah kerana pemilihan tarikh APC itu sendiri. Kebanyakkannya jatuh pada hari K.H.A.M.I.S !! Rasanya semua dah tau kot kenapa batik gan hari khamis ni tak boleh dipisahkan..


Tema APC 2017

by on 11:19
Tema APC 2017 |  In sha Allah tahun ni masuk tahun ke-3 terlibat gan APC Briged. Dengar kata Apc kali ni bakal diadakan bulan April ni ...

Lazada Birthday Blogger Contest

Alamat !! 23hb ni dah last dah contest ni. hari ni dah 21hb, maknanya ada 2 hari je lagi. Sebenarnya dari minggu sebelum ni lagi nak join contest ni tapi asyik tak sempat je. Tapi hari ni sempatkan juga. Itupun secara kebetulan pagi tadi shopping online kat sana. Alang-alang tu kita join terus. Nak join contest ni tak susah pun, hanya perlu jawab 3 soalan je. Terma dan syarat boleh tengok kat sini ya. 


Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
  • Lazada mempunyai pelbagai pilihan barangan/produk seperti barangan baby, fesyen, perabot, alatan dapur, barangan eletrik, gadget dll
  • Barangan yang ditawarkan adalah murah. Ada diskaun sampai 90% lak tu. Memang jimat sangat !
  • Mampu miliki jenama kegemaran sendiri.
  • Cara pembayaran pun mudah. Secara kad kredit ataupun kad debit. Takpun COD. Janji ada duit je tak gitu hikhik
  • Penghantaran pun cepat. Hanya perlu tunggu je tak perlu nak mengadap jam
  • Barang yang diterima pun dalam keadaan elok dan baik. Boleh digunakan..
Tiga produk kegemaran anda

Air Cooler

Cuaca dua tiga menjak ni panas terik sangat. Memang terasa hangat sangat la. Harapkan kipas je memang tak cukup. Kalau dapat air cooler camni pun ok jugak heh nak beli aircond sekarang memang tak mampu lagi la.

Steam Iron


Yang ni dah lama berangan nak dapatkannya. Senang nak iron baju sebenarnya. Tak adalah terasa penat sangat. Nak-nak ciktie ni bukannya jenis yang rajin sangat hikhikk

Power bank

Yang ni lak nak gantikan power bank  yang hilang baru-baru ni.  Selalu online guna handphone batrinya pun cepat low. Ada tu tak sampai separuh hari handphone dah padam hikhik


Bagaimana Lazada Malaysia boleh meningkatkan?

Perluaskan perkhidmatan COD ( Cash On Delivery). Senang dan mudah tak perlu susah-susah bank in duit kat mesin atm hehe. Mesti lagi meriah lagi ramai akak-akak suri rumah boleh join =) 


Ucapan sempena Ulang Tahun Ke-5 Lazada Malaysia

Perluaskan kuasamu.. Semoga terus maju menjadi peneraju laman web utama atas talian yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang rendah, cepat dan menjimatkan.

Selamat Ulang Tahun Ke-5 Lazada Malaysia.


Kebanggaanku | Kalau dah kursus ada pula LDK memang seronok la kan. Tak adalah mengantuk sangat hikhik. Tapi Kursus Motivasi Kerja Siri 1 baru-baru ni memang best. Seronok sangat ! Boleh santai-santai 1 hal dah. Lari dari kerja lak hikhik. Ragam sepanjang kursus tak sempat nak snap. Jadinya inilah antara 4, 5 keping gambar yang sempat diambil. Kenangan ahli kumpulan bersama menara kebanggaan masing-masing. 

Menara Kumpulan 3
Bahan yang dibekalkan hanya lidi, straw dan kertas. lain-lain bahan tidak disediakan hanya menggunakan daya kreativiti sendiri. Kira ok la dari tak siap kan hehe. masa yang beri lupa dah berapa minit. Setiap kumpulan bebas tuk buat apa-apa binaan janji ianya kukuh dan kuat. 

Kumpulan 1 : Kumpulan Solar

Menara Solar ciptaan diorang

Menara digabungkan gan rumah yang diorang bina !

Kumpulan 2 : Senyum Sokmo

Ciptaan diorang hmm masjidil haram rasanya

Terbaikkk



Peace :)

Beberapa ahli kumpulan 3






Kebanggaanku

by on 15:12
Kebanggaanku | Kalau dah kursus ada pula LDK memang seronok la kan. Tak adalah mengantuk sangat hikhik. Tapi Kursus Motivasi Kerja Siri ...
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. 

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah :-

*Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

*Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

*Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

*Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

*Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

*Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

*Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

By Ustaz Don Daniyal


7 Sunnah Hebat

by on 14:46
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadi...

Ada apa dengan 24 Mac 


Tak sabar rasanya hati ini nak cepat² sampai ke 24hb. Tak sabar nak tunggu sebenarnya ni hehe hari ni dah 19hb. Tinggal tak sampai seminggu je lagi 😆 Sebenarnya ada sesuatu keinginan yang telah terpadam tapi secara tak sengaja ianya muncul kembali. Bukan 1 mahupun 2 keinginan tu sebenarnya, ada 3 tau in shaa Allah ketiga- tiganya bakal dilangsaikan pada tarikh 24hb tu nanti. Harap² semuanya berjalan lancar, aamiin.

Ada apa gan 24 Mac sebenarnya ni kan?? Semuanya kan terjawab bila tiba masanya tu. Fikirkan dan doakan yang baik² semoga yang baik itu menjadi milik kita. Buat masa ni biarlah ianya menjadi rahsia seketika. Yang pasti ianya akan menjadi pengalaman yang cukup bermakna. Umpama mendapat peluang ke-2, impian yang terpadam suatu ketika dulu mampu dicapai pada waktu terdekat ni. Semoga apa yang digengaman tak kan terlepas lagi. In shaa Allah, aamiin..

Takziah buat Encik Azman sekeluarga diatas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah petang semalam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba²Nya yang soleh. Aamiin.

Ada apa dengan 24 Mac ??

by on 13:25
Ada apa dengan 24 Mac  Tak sabar rasanya hati ini nak cepat² sampai ke 24hb. Tak sabar nak tunggu sebenarnya ni hehe hari ni dah 19h...

SENARAI HADIAH: 

3 X 100PCS Name Card(T&C)
2 X RM10 Topup
2 X RM5 Topup

Giveaway akan tutup pada 11.59 malam 24 Mac 2017

Uyul Rosli 1st Giveaway

by on 16:45
SENARAI HADIAH:  3 X 100PCS Name Card (T&C) 2 X RM10 Topup 2 X RM5 Topup Giveaway akan tutup pada 11.59 malam 24 Mac 20...
Begitu indahnya sifat fizikal baginda sehinggakan seorang ulama yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

"Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw. Aku melihat cahaya dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka."


Salam Jumaat - Penghulu segala hari !!



Wordless Wednesday : Gaji Kecil | Gaji yang kecil tak bermakna tak boleh hidup bahagia. Yang penting keberkatan





Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.



Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...



Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.



** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Kembali Ke Rutin Harian | Alhamdulillah..hari ini dah kembali ke rutin harian cam biasa. Mai office buat kerja hehe tak kan mai office duk lepak lak kan 😚😚


Settle dah kursus 4hari 3malam untuk tahun ni. Dah tak perlu fikir pasal kursus dah. Cam tahun lepas jugak..penjawat awam cam ciktie ni kena hadiri 3 hari berkursus. Tahun sebelum ni 7 hari tapi mula tahun lepas ia dikurangkan. Kalau sebelum ni ciktie join kursus sehari demi sehari tuk cukupkan 3 hari tapi kali ni join yang bermalam terus. Cepat habis gitu..

Walaupun lokasinya tak jauh mana dari rumah. Pcb resort je kot tapi tak adanya ciktie nak berulang. Penganjur dah sediakan penginapan dah. So, menginap je kat sana selama 4hari. Boleh juga dengar bunyi ombak 😍😍 awal-awal dah boleh release tension apa..


Kembali ke rutin harian

by on 15:16
Kembali Ke Rutin Harian | Alhamdulillah..hari ini dah kembali ke rutin harian cam biasa. Mai office buat kerja hehe tak kan mai office duk ...
Antara Roti sardin dan roti goreng | Kalau dah namanya roti sardin. Maknanya kat dalam tu intinya sah² la sardin kan. Tapi antara roti sardin dan roti goreng. Rasanya banyak juga perbezaannya tu.. Boleh jadi roti goreng tu cam roti pau. Yang bulat dan digoreng. Tapi roti sardin pun boleh jadi juga rupanya bulat. Boleh jadi juga bujur atau memanjang. Juga perlu digoreng ataupun dikukus. Pendek kata dua² roti ni maybe dari acuan yang sama cuma yang membezakannya mungkin ada sedikit penambahan bahan atau kaedah yang digunakan adalah berbeza. 


Begitu juga dalam kehidupan ni. Kita mungkin berbeza dari banyak benda. Tapi kita sama dalam mencapai matlamat. Hahaha apa la yang merepek time² camni kan.. 
Koleksi Telefon Terbaru Masakini | Banyaknya koleksi telefon kat rumah ni. Macam² model lak.. Walaupun kebanyakkannya model lama tapi memasing masih ok lagi. Masih boleh digunakan dan berfungsi gan baik. Pendek kata memasing tak rosak pun cuma model lama je. Sekarang kan orang lebih gemar guna phone touch screen.. My mom sendiri ada 2 model. Nokia gan sony ericsson. Ciktie pun ada 3 iaitu nokia, asus gan samsung. My sis lak vivo gan apa tah. Haa ratu telefon si kecil manis ni lak ada beberapa model. Macam² design dan warna ada. Tapi banyak dah tak tau ke mana perginya. Ni antaranya yang terbaru. Ciktie suka gan pemilihan warnanya ni. Keypad ia pun ada gambar buah-buahan. Nampak comel je 




Yang lama usah terus di buang meskipun yang baru sudah di gengaman. Sebabnya tiada yang baru jika tiada yang lama. 





Wordless Wednesday | Jadilah cahaya walaupun tak tersentuh tapi selalu menerangi. 
Jadilah angin walaupun tak nampak tapi selalu memberi kesejukan. 
Jadilah sahabat sejati walaupun tak bersama menjalani hari-hari tapi selalu menjaga hati 



Wordless Wednesday

by on 17:00
Wordless Wednesday | Jadilah cahaya walaupun tak tersentuh tapi selalu menerangi.  Jadilah angin walaupun tak nampak tapi selalu memb...
Selamat Ulang Tahun Tentera Darat | Selamat Ulang Tahun Tentera Darat Ke-84 untuk semua warga angkatan tentera darat diseluruh Malaysia. Dimana sahaja anda berada teruskan perjuangan anda untuk negara.