Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam ' alaika
Yaa Habib Salaam ' alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini






Bacaan Selawat

by on 10:30
Yaa Nabi Salaam 'alaika Yaa Rasul Salaam ' alaika Yaa Habib Salaam ' alaika Salawaatu'llah 'alaika Ashraqa...
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
1 Muharram sudahpun berlalu sekejap lagi 2 Muharram bakal mengambil tempatnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita ini. Yang sudah tu..sudah la. Ia tetap akan berlalu dan yang akan datang ini bakal kita tempuhi jua. Semoga ianya lebih baik dan lebih sempurna. In shaa Allah, Aamiin.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1439h.
Semoga tahun ini lebih bermakna buat kita semua. Fikir yang baik².. Cakap yang baik²..in shaa Allah apa yang kita dapat pun yang baik² 



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Apa khabar?? Rasanya cam dah lama tak bertanya khabar korang semua ni. semoga semuanya sihat la ya. Jaga diri tau sekarang ini musim orang deman. batuk-batuk, selsema. banyakkan minum air kosong tu. semoga antibodi badan kita kuat melawan segala penyakit tu. In shaa Allah, aamiin

Alhamdulillah, kesihatan family ciktie pun nampaknya dah bertambah baik. mood ciktie pun dah kembali ok haha terima kasih ya Rahman.. semoga ianya berterusan camni, aamiin. Dalam kehidupan kita ini, apa yang kita buat itulah juga yang kita dapat. Apa yang kita laburkan itulah pulangan yang kita dapat, betul tak? Pelaburan itu tak semestinya perlu keluarkan wang ringit, keringat semua. Dengan hanya mengukirkan senyuman pun kita dah dapat pulangannya kan. Hati kita pun senang. Tak fikir macam-macam. raut wajah pun manis tak gitu 

Jadi cubalah ukir senyuman tu meskipun tak ikhlas. Kita ni bukannya tak selalu jumpa, terserempak lagi la selalu tapii kalau nak ukirkan senyuman pun susah. jangan katakan nak tegur. orang nak pandang pun tak nak.. Masa tu jangan pula nak menuding jari salahkan orang pula. Biasalah mood kita ni ada masa-masanya turun dan ada masa-masanya naik. Macam air laut la, ada masa ianya pasang kan tapi rasanya tak pernah pula ianya asyik air pasang je tapi tak taulah kot-kot ada :)

Jangan ada yang salah faham pula. ini sekadar coretan untuk muhasabah diri tak lebih dari itu. Biasalah kita ni suka sangat bercerita kelemahan dan keburukan orang tapi keburukan kita?? Oklah sebelum melaluk lebih panjang.. stop kat sini dulu. 

Dah, jom pi solat









Muhasabah Diri

by on 13:48
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Apa khabar?? Rasanya cam dah lama tak bertanya khabar korang semua ni. semoga semuanya sihat l...

Lunch makan udang celup tepung ni je hari ni. Inipun makan office mate punya. Memula tu dia gtau nak bawa balik tup-tup bagi kita makan hehe.. Thanks shaz

semua dihujung jari dah sekarang ni. Teringin boleh terus order.. Tak perlu susah-susah dah. Hanya tunggu pesanan tiba pastu bayar je. Caj penghantaran pun rm2 je.

Rm10 je untuk 40 ekor udang. 
Cod area P.C.B, Pengkalan Chepa, Kedai Buloh,Kuala Besar, Penambang dan Kota Bharu.
Memang berbaloi-baloi la. Dah la sedap !!
Nak tempah klik je sini









Udang celup tepung viral

by on 16:21
Lunch makan udang celup tepung ni je hari ni. Inipun makan office mate punya. Memula tu dia gtau nak bawa balik tup-tup bagi kita makan...
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang kepada kita. Bila dan dimana hanya Dia yang lebih mengetahui. Bila mengingatkan saat itu memang terasa takut sangat.


Pagi semalam seorang lagi hamba-Nya dijemput pulang. Takziah buat semua keluarga arwah bapa saudaraku. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hambanya yang beriman. 
Aamin.

Tak sangka usaha kerasnya untuk membolehkan urusan di Pejabat Tanah Bachok berjalan lancar sebelum ini merupakan urusan terakhirnya untukku. Nada suaranya lembut je bila bercakap. Penampilannya sentiasa kemas. Sentiasa senyum.. Semoga arwah tenang disana.

Orang baik² ni sekejap je Allah pinjamkan kat sini kan. Segala kebaikan yang diberikan selama ini sentiasa diingatan. 

Takziah juga buat seluruh warga kedah diatas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.








Baru nampak segar sikit office ni. Kalau tak cam kusam je walaupun orang dalam ni tak camtu hikhik. Rasanya dah lama kot dinding office ni tak dicat baru tapi tak tau la kan, ciktie kat sini pun baru masuk tahun ke-2. Sebelum ni warna dinding ni ala-ala kuning cair camtu tapi kali ni warna putih plus gray. Nampak lebih jelas kan. Luas pun luas nampak ruang dalamnya pun


Ini pun dah masuk minggu keberapa dah proses mengecat ni. Dari sebelum raya haji hari tu sampailah sekarang ni tapi sebenarnya baru 3 hari diorang datang catnya. Ini pun asyik tertangguh je sebenarnya.. Yalah tetiba office dapat stand down..ada time² nya pula kitorang dalam ni sibuk sangat..diorang kena cat kat office lain dulu. So, layan je laa. Maybe esok siap dah kot πŸ˜„πŸ˜„ tengok tadi cam sikit je lagi tinggal tu


Suasana dalam office pun masih lagi cam kapal pecah. Sana sini merata barang. Sekali tengok memang sakit kepala la. Tapi lagi sakit kepala nak tahan bau catnya tu








Office Cat Baru

by on 22:34
Baru nampak segar sikit office ni. Kalau tak cam kusam je walaupun orang dalam ni tak camtu hikhik. Rasanya dah lama kot dinding office...
Assalamualaikum..


"Ketahuilah bahawa lidah itu bahayanya sangat besar. Sedikit sahaja orang yang selamat darinya kecuali bagi orang² yang banyak diam"

-Imam Ghazali-

Salam jumaat semua

Renungan Hari Jumaat

by on 13:20
Assalamualaikum.. "Ketahuilah bahawa lidah itu bahayanya sangat besar. Sedikit sahaja orang yang selamat darinya kecuali bagi ...

Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini,  6 September 2017, iaitu tepat jam 3.00 petang sehingga hari esok, 3.00 petang 7 September 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017.

** jom support Mia Liana...

Yeahhhh.. Isnin ni cuti !! Jimat sehari lagi cuti. Tahniah dan terima kasih kepada semua atlet negara dan mereka-mereka yang terlibat sepanjang temasya Sukan Sea yang berakhir semalam. Merasa juga cuti panjang sempena hari kemerdekaan dan hari raya korban ni 😊😊. Tak lupa juga terima kasih kepada PM kita sebab bagi cuti ni. Bukan mudah tau nak dapat cuti free ni 



Best la dengar lagu Janam Janam versi melayu ni.
siapa tak dengar lagi boleh dengar sekarang. memang tak menyesal la dengarnya hikhik


Tajuk : Janam Janam versi melayu
Nyanyian : Sheryl Shazwanie 

 Kasih oh kekasih kau selalu di sisiku
Berjanji setia kita bertemu semula
Berdua jasad berbeza namun hati menjadi satu
Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku.

Dan hanya kamu yang bisa mengubati rasa rindu
Tanpanya dirimu hatiku jadi tidak menentu
Dan hanya satu permintaan yang ku ingin darimu
Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku.

Ohhhhhh..

Jadilah miliku selama-lama jangan pernah tinggalkan diriku

Kau kekasihku, aku cinta kepadamu
Kaulah bintangku, menerangi malamku
Sepi duniaku pabila tiada dirimu
Jiwa ragaku tersemat di kalbumu

Kau selama-lama..
Tetap dalam jiwa..
Kau lah yang bertakhta..
Bersama selamanya..

(ulang*)




Tahniah Malaysia !! Berjaya dah capai sasaran 111 pingat emas. Tahniah juga buat Timor Leste kerana berjaya mendapatkan pingat pertama dalam penyertaan pertama temasya Sukan Sea iaitu pingat gangsa.


Malam ini in shaa Allah satu lagi pingat bakal kita perolehi. Good luck team malaysia untuk malam ni


klik banner join GA ni jom !!
jom la support first GA Nona sama-sama

Prime Bust Cream (PBC) adalah cream semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan, serta mencantikkan bentuk payudara wanita.
b) Kesan boleh dirasa seawal 7-14 hari (denyutan lembut di sekitar payudara)
c) Cadangan pemakaian sebanyak 3 botol utk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal (sustain the effects)





Lagi seminggu kita bakal menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita yang ke 60 !! Alhamdulillah, syukur.. Semoga negara terus aman damai, sejahtera hendaknya. Terus maju ke depan dibawah pucuk pimpinan pemerintahan negara yang berdaulat.

Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, Ciktie berbangga sangat kerana menjadi salah seorang daripada rakyatnya. Yalah negara kita Malaysia bukan sahaja aman damai, sejahtera. Rakyatnya pula hidup dalam keadaan bersatu hati walaupun terdiri dari pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Tetapi kita juga terkenal di mata dunia. Kita bebas dari peperangan.. Hidup pun tiadalah dalam ketakutan. Kita bebas bersuara. Pendek kata kita bebas melakukan apa saje yang kita suka, yang kita nak tapi biarlah bertempat tak gitu πŸ˜„πŸ˜„ Jadi ciktie bersyukur sangat dengan apa yang kita ada sekarang ni dan berdoa semoga ianya berkekalan. Aamiin #ilovemalaysia #1malaysia

Ehh..kebetulan pula sekarang ni musim cuti sekolah kan? Ulang tahun Kemerdekaan kali ini pula jatuh hari Khamis. Jumaat tu Raya Korban dah. Sabtu tu raya lagi..Ahad pula cuti hujung minggu. Aaiii cuti panjanglah kita kan 😘😘

Bila cuti panjang kaum hawa terutamanya mak-mak lah yang paling sibuk. Nak-nak pula Jumaat ni dah raya. Aiii sambut haji besar kita tahun ni kan. Macam-macam persiapan dan kelengkapan perlu disediakan. Tapi kalau bukan sebab raya pun memang si mak-mak lah yang sibuk pun. Nak uruskan anak-anak lagi nak kena masak lagi 😒😒


Tapi dengan bantuan PENSONIC dari siri Chef' Like aktiviti memasak itu mampu dilakukan dengan lebih cepat dan mudah. Sesuai dengan rekabentuknya yang ringkas dan menarik serta pratikal ianya menjadikan aktiviti memasak itu sesuatu yang mengembirakan seisi keluarga dan yang lebih penting sebenarnya hasil dari masakan itu sendiri lebih lazat dan berkualiti.

Sebenarnya ciktie nak tunjuk 2 barang ni..Sebenarnya banyak yang ciktie nak tunjuk tapi 2 dah la. Ciktie dah terjatuh cinta dekat jenama ni pun sebab tertengok program masakan Chef Ismail hari tu. Itu yang teringin hikhik

Pensonic Chef's Like Air Fryer PDF-2201

untuk memasak makanan yang sihat yang ni memang sesuai sangat la

Pensonic Chef's Like Food Steamer PSM-1603

Membantu kita menikmati makanan yang segar. Lagipun ia ada 3 tingkat dan masa boleh disetkan

Sepertimana yang semua orang tahu jenama pensonic ni memang bukan calang-calang brand. Ia memang cukup dikenali dan dipercayai ramai. Jadi harganya tak yah certa lah kan.. Berbaloi gan barangnya tak gitu. 

Tapiii sekarang ni diskaun istimewa sehingga 80% boleh diperolehi sempena dengan merdeka! Merdeka! Sale yang sedang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos tau. Tunggu apa lagi !! Rebutlah sekarang juga sebelum terlambat




Assalamualaikum..

Kalau waktu makan terlupa nak baca doa, lepas tu tiba-tiba teringat, jadi kena buat apa??

Bacalah 
"Bismillahi awwaluhu wa aakhiruhu."

-Salam jumaat semua-



Alhamdulillah, hari ini ada juga masa terluang setelah beberapa hari sibuk dengan agenda kat office.
email pun hari ini baru sempat tengok.. Ohh ya MondelΔ“z International, sebahagian daripada pengeluar snek terbesar di dunia MondelΔ“z International telah memperkenalkan satu produk baru bagi rangkaian biskut belVita Breakfast iaitu belVita Perisa Pisang dan Oat !  Mungkin ada yang dah tahu mungkin juga ada yang belum kot kan

Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuits and Salty Snacks, MondelΔ“z International bersama Dr Hamid Jan, Profesor Madya, Sekolah Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour

Produk yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia sekaran ini telah menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. 

Oat atau bijirin memang terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Walaubagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.

Jadi dengan gabungan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, ia bukan sahaja dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat menyediakan sarapan yang lazat dan
seimbang tetapi juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekali gus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk sekarang ini. 

(Dari L ke R) Hansen Lee, Sharon Tan, Dr. Hamid, Dr. Ezani Farhana dan Jenn Chia pada pelancaran Pisang & Oats belVita baru
“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.” tambah Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM). 

Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast
terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Ini merupakan perisa ketiga belVita yang diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.” ujar Hansen Lee seorang personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis pelancaran belVita Breakfast Biscuits Launches New Banana & Oats Flavour.
  
(Dari L ke R) Guru gaya hidup yang terkenal, Jenn Chia, Hansen Lee dan Dr. Ezani Farhana menunjukkan pengalaman minda, badan dan jiwa yang lengkap pada majlis itu

Harga dan Tempat Jualan
  • belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
    • 80g (RM2.90)
    • 160g (RM5.20)
  • Perisa baharu ini telah dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit bermula Ogos 2017.
  • Semua biskut belVita Breakfast ini mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
  • Biskut belVita Breakfast ini juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan berserta lapan jenis vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan juga petang ini
Kan elok kalau esok lusa dan hari seterusnya hujan berpanjangan
Tiadalah hatiku ini terasa sakitnya sangat !!

Masalah betul bila diri tu perasaan bagus ni !!


Wordless Wednesday : Hujan

by on 19:24
Ku sangka panas sampai ke petang Rupanya hujan juga petang ini Kan elok kalau esok lusa dan hari seterusnya hujan berpanjangan Ti...
Pelik !!

Macam² kita boleh belajar dari seseorang. Tak semestinya orang itu perlu berkata² baru kita nak memahami. Perlu bertekak..perlu berbicara bagai. Tapi dengan tingkah laku juga kita boleh belajar sesuatu dari seseorang itu.

Belajarlah untuk memahami kenapa seseorang itu buat begini..begitu.. Tak semestinya hanya dengan berbicara kita mampu belajar..mampu memahami. Sejarah kita sebagai manusia juga pernah belajar sesuatu dari burung tanpa perlu berbicara secara langsung dengan kita. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Kita je yang betul !! Yang tepat yang benar. Maybe yang arif. Yang serba tahu.. Umpama diri itu malaikat. Yang cukup sempurna ! Ya, cukup sempurna mungkin.

Kalau kita sendiri tidak sukakan sesuatu itu begitu juga dengan orang lain. Mungkin bagi sesetengah kita berbicara itu perlu..meluahkan itu perlu..tunjukkan kita bagus itu perlu tapi mungkin juga tidak pada sesetengah kita. Belajarlah memahami sesuatu yang orang lain tunjukkan dengan mata hati juga bukan sekadar mata kasar. 

Kita bukan malaikat yang sentiasa betul !! Dan kita juga tak semestinya selalu salah dan silap menilai tapi tak tau lah kan πŸ˜₯ sebabnya kita manusia ada akal. Boleh fikir sendiri.. Apa guna ada akal kalau orang je kita nak salahkan. Penat tau..

Contoh la kan anak kita sendiri melalak kita salahkan orang apa hal.. Time anak kita melalak tengah² malam menganggu tidur orang lain ada terfikir tak camne perasaan orang tu?? Kalau kita je nak orang faham kita masakk la dik oooiii

Lagi satu kalau dah guna barang orang tu. Letak la balik tempat asal. Ini pun nak kena ajar ke?? Betul² buang duit p sekolah la. Dah tau orang tak suka memandai pula tangan itu nak capai. Kalau dah bekenan sangat apa kata g beli je kat kedai tu. Bukan setakat 1 tapi 1 kedai ko dapat apa. Janji ada pitis la ya. Ini tak ada hati pula nak jual hok orang 😟😟 tak sedar diri betul laa.. 

Minta maaf la ya.. Ciktie luah apa yang terpendam ni kejap. Rasa cam lama dah simpannya. Siapa yang makan cili tu sila terasa ya. Hidup ni jangan nak senang kita je. Sila tengok orang sebelah juga. Cukup² lah dengan apa yang kita ada. Kalau hak kita, kita dah makan. Hak orang janganlah lebih². Elok² tuhan nak bagi rezeki ditariknya balik sekejap je. 





Belajarlah memahami

by on 19:14
Pelik !! Macam² kita boleh belajar dari seseorang. Tak semestinya orang itu perlu berkata² baru kita nak memahami. Perlu bertekak..perlu ...
Bekerja lagi kita ini hari, hari Ahad.. Kalau minggu lepas sebab ada Majlis APC tapi hari ini kena jadi urusetia temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11. Good Luck pada semua calon yang terlibat.


Sesi temuduga ini dijalankan serentak semua pusat temuduga bawah Kementerian Pertahanan bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2017 mengikut zon. Kalau tak silap negeri kelantan gan negeri Johor yang bermula hari ini. Melaka esok, Terengganu lusa dan terakhir sekali dekat MinDef tapi tak tau lah kan..salah info ke 😴😴


Temuduga jawatan pemandu ni ada 3 peringkat semuanya kalau ikut hari ini punya la selain pendaftaran dan semakan dokumen calon.. Antaranya :
  • Ujian pengecaman warna (Ujian psikometrik)
  • Ujian memandu menggunakan bas / kenderaan yang disediakan
  • Temuduga dengan panel

Sekarang ni giliran temuduga dengan panel. Baru lepas 7 orang calon masih ada lagi 12 orang. Tengahari camni gak mata ngantuk selalu la


Alhamdulillah, selesai juga majlis APC tahun ni. Kalau tahun sebelum ni buat dekat dewan dalam kem tapi kali ni dapat peluang buat kat hotel. Oklah sikit semua alatan tak perlu cari kat luar kan πŸ˜†πŸ˜†.

Persiapan dewan

Tahniah pada semua penerima Apc, penerima pingat persaraan dan penerima sijil persaraan dan tidak terkecuali penerima sijil penghargaan sukarelawan khidmat negara. Terima kasih juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tak termasuk staf hotel yang memberi kerjasama tadi. Yang terkurang itu minta maaf banyak² ya.


Sorry juga tak sempat nak bertegur sapa..nak snap gambar gan korang tadi. Bukan tak sudi nak ajak ke camne tapi bateri handphone ni dah very² low. Dah sampai hujung² dah. Dah tak boleh buat apa dah. Wifi gan internet pun terpaksa tutup dah. Tengahari tadi tak sempat caj..so, bahananya..ini je lah gambar yang sempat snap pun. Gambar sendiri pun tak boleh nak snap. Harap tumpang masuk line orang je la



Tapii kan tahun ni tiada sesi bergambar untuk semua penerima apc, pesara cam tahun lepas, bergambar ramai² camtu. Tak sempat..masa suntuk sangat kan tadi





Apapun semoga semua berpuas hati ya. Yang terkurang tu nanti kita sama² usaha perbaiki untuk majlis akan datang πŸ˜…













Naik lagi !! Bila turn nak turun..turun..dan turun ni hmm tak isi kang tak bergerak pula. Tapi kalau berterusan camni 😭😭😭 apa nak dikatakan lagi, terpaksa la juga terima. Bising² pun bukan boleh buat apa pun πŸ˜₯ Sikit² pun dalam yang sikit² itulah yang jadi banyak sebenarnya.

Inilah dinamakan naik banyak²..turunnya alamattt sangat. Itupun kalau turun 😞😞

Ciktie Harga Minyak

Minta maaf la entry membebel pula malam ni. Dua tiga menjak ni sibuk sikit tak sempat nak jengok blog. 



Harga Minyak 10 - 16 Ogos 2017

by on 22:36
Naik lagi !! Bila turn nak turun..turun..dan turun ni hmm tak isi kang tak bergerak pula. Tapi kalau berterusan camni 😭😭😭 apa nak dikatak...
Sedap juga coklat Cadbury yang baru ni. Dah hampir 3 minggu dah beli dan tersimpan elok dalam peti ais ni, baru sekarang ada mood nak makan. Inipun share gan budak kecil sorang ni tapi tak sempat lak nak snap gambar budak ni makan coklat ni..


Coklat Cadbury yang baru ni ada biskut Oreo kat dalam tu. Memang terasa biskut tu sangat la. Biskut tu pun tiadalah terasa keras cam yang biasa kita makan tu. Rapuh je biskut tu tapi bukan lemai tau tu pasal la juga budak kecik ni laju je ngap nya πŸ˜€πŸ˜€


Masa ciktie beli coklat ni harganya dalam rm3.50 takpun rm3.80 camtu la. Masa tu coklat ni tengah promosi rasanya sebab sekarang ni ciktie dapat tau dari kawan ciktie harga ia dah berbeza, dalam rm4.++ camtu la. Tah la..ciktie tak sempat usha² kedai serbaneka - 7E tu lagi


New Cadbury Coklat Oreo

by on 19:23
Sedap juga coklat Cadbury yang baru ni. Dah hampir 3 minggu dah beli dan tersimpan elok dalam peti ais ni, baru sekarang ada mood nak makan...
Transaksi Pengeluaran & Simpanan Tidak Memerlukan Borang Di Tabung Haji | Mesti ramai yang dah tahu pasal ni kan?? Hikhik..mesti ada yang gelak kan baca tajuk entry kali ni. Yalah ciktie jarang² pergi tabung haji. Buat apa² transaksi lagi la tak.. Itu yang terkeluar tajuk entry camni kali ni.

Tabung Haji

Sebelum ini pergi tabung haji pun just temankan kawan..hantar borang je. Kebetulan pula dalam minggu lepas ciktie pergi sana buat pengeluaran sikit 😒😒. Ingatkan sama la prosedurnya dengan bank, asb atau pejabat pos kan. Kena isi borang, ambil nombor giliran pastu tunggu sekejap sebelum giliran tiba. Kebetulan pula masa ciktie sampai sana tu abang polis yang jaga dekat kaunter tu tengah layan sorang akak tu. So, tunggu je lahh sebabnya ciktie tengok dekat tray tu tiada borang tuk pengeluaran pun. Nak terus ambil nombor giliran pun risau jugak sebab tabung haji kan perkhidmatan dia memang terbaik. Cepat dan amat² berpuas hati. Tak perlu menunggu lama² cam tempat lain. Tapi ni tabung haji dekat Kota Bharu la..tempat lain ciktie tak tau. Tak pernah pergi lagi.

Tabung Haji

Ok, berbalik kepada cerita tadi.. Lepas giliran akak tu, ciktie gtau la nak borang pengeluaran. Sekali dia gtau untuk pengeluaran dan simpanan hanya perlu ambil nombor giliran dan terus ke kaunter. Tak perlu isi borang. Janji dalam akaun ada duit je. Lagi mudah kan πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜€


Permudahkan dan janganlah merumitkan. Semoga keberkatan mengiringi langkah ku setiap detik. Aamiin

Risau dan bimbang
Gambar sekadar hiasan

Yang baik hanya dari Dia.
Dan semoga ini juga menjadi yang baik untukku mesti pun ada sedikit kepincangan sekarang ni 😒😒😒



Sejak dah melangkah ke alam pekerjaan ni ciktie rasa cam dah lama tak dengar orang minta sumbangan sempena hari pahlawan.. #jangankecam Bukan nak gtau ciktie ni pemurah ke apa.. Cuma yalah dah lama sangat rasanya tak dengar certa. Mungkin ciktie yang tak berapa ambil tahu kot tapiii atau mungkin juga sebab promosi tak cukup kuat kan. Itu sebab tak orang tak berapa tau sangat opss sory kalau ciktie silapπŸ™ŠπŸ™Š 

Ciktie ingat masa zaman sekolah² dulu memang kerap la dengar. Cikgu² akan ingatkan akan ada tabung sempena hari pahlawan. Pastu cikgu akan edar surat then esoknya takpun lusa tu sesi kutipan dilakukan.. Tapi nilai sumbangan masa ni ciktie dah lupa dah berapa. Rasanya cam dah rm5 !! Tah..sape masih ingat ??

Kat bawah ni ada serba sedikit info tentang Hari Tabung Pahlawan yang sempat ciktie google tadi. Yalah lama dah nak tau tup-tup hari ni baru sempat cari tahu kan ☺☺

Matlamat Tabung Pahlawan
  • Membantu kebajikan anggota tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
  • mengumpul dana tabung kebajikan khusus untuk memberi bantuan kepada bekas² tentera dan keluarga mereka yang memerlukan. Bantuan itu meliputi kos sara hidup bagi mereka yang tiada berkemampuan/cedera, keperluan perubatan/rawatan, bantuan persekolahan,pengajian tinggi dan lain² bantuan berunsurkan kebajikan.

Tabung Hari Pahlawan dilancarkan pada tanggal 31 Julai setiap tahun. 
Diuruskan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM)


Kesempatan ini juga ciktie nak ucapkan Selamat Hari Pahlawan pada semua mereka² yang bergelar pahlawan tu. Terima Kasih atas semua pengorbanan kalian..



Selamat Hari Pahlawan

by on 20:07
Sejak dah melangkah ke alam pekerjaan ni ciktie rasa cam dah lama tak dengar orang minta sumbangan sempena hari pahlawan.. #jangankecam...
Alaaahhh..line internet kat office k.o lagi la. Dah seminggu lebih-lebih dah camni 😒😒 sedih la camni nak buat kerja pun tak best walaupun masih ada 1 pc ni internetnya masih boleh digunakan. Nasib baik juga komputer tu tak guna line office ni. Kalau tak lagi haru..semua pc offline !!


On blog gan handphone je lah buat masa ini dulu. Nanti bila line dah kembali ok, kita on blog gan komputer balik. Masa tu boleh la singgah baca entry korang semua kan..




Line Internet Tak Ada

by on 09:00
Alaaahhh..line internet kat office k.o lagi la. Dah seminggu lebih-lebih dah camni 😒😒 sedih la camni nak buat kerja pun tak best walaupun...
Dah boleh makan dah hikhik

Sukatan gula untuk tepung kastad

Ni kali ke-2 ciktie buat puding ni dalam minggu ni je. Gara² terbuat dan bawa mai office hari tu. Lupa nak tinggalkan sikit kat rumah hari tu. Tapi sebenarnya bukan lupa..memang pisah tak moh tinggalkan hehe.

Sukatan gula untuk tepung kastad

Biasa buat kat rumah tiada sambutan dari si pemakan. So, angkut mai office je lahh mudah πŸ˜†πŸ˜† Kali ni ciktie buat khas untuk mak buyong sorang ni #hantumakan Kesian dia buka peti ais itu buka peti ais ini, tercari-cari bila dapat tau ciktie buat puding ni hari tu. Semoga berpuas hati la ya cumaaa kali ni ciktie terpaksa kurangkan sikit gulanya tu.

Sukatan gula untuk tepung kastad

Resepi puding ni ciktie pernah share kat blog ni sebelum ni. Klik
https://colouroflifek.blogspot.my/2013/09/puding-triffle.html?m=1 tuk tengok resepinya ya.

Sebelum itu ciktie nak share 1 tips ni. Tips untuk pastikan acuan kastad tu sedap. Alahhhh tips untuk sukatan gula untuk tepung kastad sebenarnya. Tiada la tahap kemanisannya tu terlampau manis atau terlampau tawar sangat. Sesedap rasa je gitu πŸ˜€πŸ˜€

Tips
Berapa bil sudu kastad yang digunakan = bil sudu gula yang akan digunakan 
Sebagai contoh
Kalau 6 sudu kastad yang kita gunakan bersamaan dengan 6 sudu gula






Tips Sedapkan Acuan Kastad

by on 10:29
Dah boleh makan dah hikhik Ni kali ke-2 ciktie buat puding ni dalam minggu ni je. Gara² terbuat dan bawa mai office hari tu. Lupa nak...