Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Takziah Datuk Sharifah Aini & Anak Linda Rafar Meninggal Dunia

Takziah kepada Linda Rafar diatas pemergian anak tersayang petang tadi. Semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Rezaimen Keiflin (12tahun) anak ke-2 hasil perkahwinan pertamanya bersama Keifli Othman meninggal dunia petang tadi setelah bertarung dengan penyakit kanser sejak awal tahun ini. Berita sedih ini telah dikongsi oleh Linda sendiri melalui akaun instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Takziah juga kepada keluarga biduanita negara, Datuk Sharifah Aini terutamanya Aliff Omar diatas pemergian ibu tersayang pagi tadi. Menurut sumber, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan paru-paru yang dialaminya. 

Semoga roh kedua-duanya dicucuhi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.


Baca juga:

3 Readers ♥

avatar

semoga roh mereka ditempat di kalangan orang beriman.. alfatihah

Balas delete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon