Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa.. selamat berbuka.. selamat berterawih.. selamat bersahur .. dan segala macam selamat lagi la ea. Hari ini dah masuk hari ke-4 umat Islam terutamanya kat bumi Malaysia menunaikan rukun ibadat yang ke-3 dalam islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dengan bulan penuh barokah ini. Bulan yang menjanjikan seribu bulan ini. Dan semoga kita semua dapat menggunakan peluang yang terhidang ini sebaik mungkin mengerjakan amal ibadat kepada-Nya. InsyaAllah semoga Dia menerima akan segala amal ibadat yang kita kerjakan ini.

Penjawat Awam Meninggal Di Bazar Ramadhan Putrajaya

Semalam dikejutkan dengan, pemergian seorang penjawat awam dari Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar di bazar ramadhan Putrajaya. Dengar kata arwah memanjat cerun untuk pergi ke Bazar Ramadhan di Presint 3. Walau bagaimanapun, arwah dipercayai terjatuh ketika melangkah untuk cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter. Takziah kepada keluarga arwah dan juga sahabat arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan dari-Nya. Siapa sangka, seusia 34 tahun arwah telah dijemput pulang oleh penciptanya. Usah disangka muda ataupun berusianya kita itu merupakan tiket untuk kita terus leka dari terus mengingati DIA. 

Ehhh panjang lebar la pula intronya hehe.. oklah, stop sampai sini dulu la.. 
selamat beristirehat semua.










Baca juga:

3 Readers ♥

avatar

ajal maut di tangan Allah. kita manusia kena sentiasa sedia kan :) salam ramdhan manis :)

Balas delete
avatar

Selamat berpuasa kak Aishah :)

Balas delete
avatar

selamat berpuasa..;)

Balas delete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon