Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Apakah EKSA Yang Mengantikan 5S' Kementerian


EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti kerativiti dan inovasi. 

Latar Belakang

  • MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan). Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
  • Bagi merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011 pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S kepada Institut Latihan Awam. Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013 sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini
  • Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini, dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan, dengan menggunakan kriteria yang ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini. 
  • Seterusnya pada awal tahun 2014, ToT EKSA telah dilaksanakan, dan telah menjemput hampir 80 peserta daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institu Latihan Awam (ILA) yang terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.
  • Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA 2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.


Tujuan Penjenamaan Semula

Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi, mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.

Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah :-
  • Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi;
  • Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
  • Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
  • Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
  • Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
  • Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru (lebih terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta perlantikan ‘Champion EKSA' kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang terpilih.

Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan dengan aliran seperti berikut :
  1. PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
  2. PENGAUDITAN – 1 @ 2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung kepada lokasi dan bilangan zon
  3. PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi pengauditan
  4. PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan (jika memenuhi syarat)

Semoga matlamat EKSA terus tercapai dan memudahkan lagi pengiat amalan 5S dengan lebih berimej korporat, tidak membebankan dengan tugas hakiki, melahirkan banyak idea krativiti dan inovasi serta memberi impak yang besar dalam sektor awam. K'2014

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Sekyen Pengiktirafan, Bahagian Inspektorat dan Pengiktirafan, Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,62502 Putrajaya, Malaysia
Slide Pengenalan EKSA boleh diperolehi di link berkenaan:
atau emel kepada ksukses5s@gmail.com

Sumber : sukses5s


Baca juga:

0 Readers ♥

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon