Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

5 Port Popular Pemburu Hantu

Highland Towers
  • Sejarahnya, salah 1 blok Highland Towers runtuh menyebabkan 48 orang terkorban di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor pada 11 Mac 1993. Dan berikutan dengan iru, 2 blok lagi bangunan telah dikosongkan.
  • Ada sumber mengatakan jumlah mangsa yang terkorban adalah lebih daripada 48 orang yang tersenarai dalam rekod rasmi manakala mangsa selebihnya terus terkubur di tapak tersebut.
  • Mungkin disebabkan itu, tempat ini dikatakan berhantu dan paling seram untuk dikunjungi.

Banglo Milik Bomoh
  • Banglo milik bomoh yang dijatuhkan hukuman tali gantung, Mona Fandy atau Maznah Ismail yang amat popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Datuk Mazlan Idris.
  • Mayat Datuk Mazlan yang di bunuh jejam (dikerat 18 bahagian) telah ditemui tertanam di dalam sebuah bilik stor berdekatan banglo tersebut yang terletak di pahang.
  • Mona juga merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamalkan ilmu batin.

Kemayan City
  • Bangunan membeli-belah yang telah lama ditinggalkan di Johor Baharu.
  • Khabarnya, pihka berkuasa dan kerajaan negeri sendiri telah membiarkan tapak itu kerana tidak di tuntut oleh sesiapa selepas pemiliknya membunuh diri selepas bankrap dan kemudiannya meninggalkan rasa dendam
  • Kisah bermula apabila keluarga yang berasal dari Singapura telah terlihat sebuah bangunan itu terang bercahaya dan kelihatan meriah.
  • Mereka memasuki bangunan tersebut dan membeli belah. tetapi sampai je kat rumah, mereka terkejut kerana barang yang diletakkan dalam but ghaib dan baki duit yang diberi bertukar menjadi daun kering.
  • esoknya, mereka ke sana sekali lagi tetapi mendapati bangunan itu kosong dan usang.


Lebuhraya karak
  • Lebuhraya yang memhubungkan Kuala Lumpur dan pahang.
  • Pasti ada yang mendengar kisah Wolkswagen kuning ataupun Iswara putih dan sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah.

Vila Nabila
  • terletak berdekatan Bukit Serence, berdekatan Straits View Hotel.
  • Khabarnya sebuah keluarga kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabila. Oleh kerana terlalu menyayangi anaknya itu, mereka menamakan villa tersebut dengan nama anaknya.
  • suatu hari, rumah mereka telah dirompak kemudian membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuanitu disimen di dalam dinding dan lantai rumah berkenaan.
  • Misteri terungkai apabila mereka yang digangu meminta pertolongan daripada "orang yang bijak pandai" yang berjaya mengeluarkan mayat Nabila. Kejadian itu juga dikaitkan dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabila.
  • Namun, ada beberepa versi lain. Nak tau sini.



Baca juga:

1 Readers ♥

avatar

apa ni seram-seram ni.. hihi.. mai la jb kak Aishah. leh tengok Kemayan City tu :)

Balas delete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon