Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Peniaga Pasar Malam kena tembakan di Kelantan




Tembak lagi !! Apa nak kata lagi ya?? sesenang mereka je menembak orang. Cam tembak ayam pula, tembak sana tembak sini. Mangsa terbaru, Peniaga Pasar Malam kat Bachok. Naper tak diharamkan je mereka-mereka yang mempunyai senjata api ni yae? senang di kawal sikit.. risau pula bila di ingatkan, kesnya banyak kat kampungku tu huhuh

Peniaga pasar malam, mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan 

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di sini, Khamis malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.

"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Lai berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Sementara itu isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.

"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.

"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan. Anak pasangan itu kelihatan trauma kerana terkejut.

Sementara itu seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju. "Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.

Pada 30 Okt lepas, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Baharu.

Sumber: BERNAMA | 15 Nov. 2013


Baca juga:

1 Readers ♥

avatar

dah macam macam sekarang ni..

Balas delete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon