Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Buang racun dalam badan

Sebenarnya badan kita mempu­nyai sistem semulajadi sebagai penyah toksik iaitu bertujuan untuk menyingkirkan toksin (racun dalam badan) di dalam tubuh yang terhasil daripada makanan dan persekitaran. Sembelit, buasir atau sakit perut adalah di antara tanda badan seseorang itu tidak lancar melakukan proses penyahtoksikan.

Antara bahan semula jadi yang di gunakan sebagai bahan pelawas bagi kelancaran proses penyahtoksikan dalam badan kita adalah :-



  • Buah-buahan -
    Ia mempunyai kandungan cecair yang tinggi untuk membantu badan membuang toksin.
    Ia mudah dihadam dan mempunyai banyak antioksida, nutrien, serat dan vitamin penting.

  • Makanan hijau dan sayuran segar -
    Makanan hijau seperti saderi, bayam, sayuran berdaun hijau yang lain dan barli membantu meningkatkan klorofil dalam saluran penghadaman. Klorofil dapat membuang toksin berbahaya termasuk toksin logam berat, racun rumpai, racun daripada produk pembersih dan racun makhluk perosak.
  •  


  • Lemon, oren dan limau -
    Buah-buahan seperti limau membantu badan mengeluarkan toksin di saluran penghadaman dengan proses berenzim. Jus lemon juga membantu proses pembersihan atau penyaktoksikan hati.

    Untuk meningkatkan penyahtoksikan badan, setiap pagi mulakan hari dengan minum segelas air lemon suam kerana ia banyak mengandungi vitamin C yang membantu mengubah toksin menjadi bahan yang boleh dihadam.

  • Bawang putih -
    Bawang putih merangsang hati menghasilkan enzim penyahtoksikan bagi membantu menapis sisa toksin daripada sistem penghadaman. Menambah seulas bawang putih dalam makanan dapat membantu proses penyahtoksikan melalui diet.

  • Brokoli -
    Brokoli mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Ia juga merangsang pengeluaran enzim penyahtoksikan dalam saluran penghadaman.

  • Teh hijau -
    Teh hijau penuh dengan antioksidan terutama catechin yang mampu mengeluarkan toksin daripada sistem badan dan meningkatkan fungsi hati.

  • Kacang hijau -
    Kacang hijau sangat mudah dihadam dan ia mampu menyerap sisa toksin daripada dinding usus.

  • Bijirin dan kekacang yang mudah hadam -
    Antara bijirin dan kekacang yang mudah hadam termasuk kuaci (biji labu), kacang badam, walnut, bijan dan biji bunga matahari.

  • Minyak omega-3 -
    Minyak omega-3 juga membantu proses penyahtoksikan. Contoh terbaik ialah minyak avokado dan ­minyak zaitun dalam makanan yang dapat membantu melincirkan dinding usus sambil menyerap toksin daripada dinding usus untuk dikeluarkan daripada badan.



  • Baca juga:

    3 Readers ♥

    avatar

    Info menarik ni.. bagus juga.. sebelum ni makan je ikut suka.. boleh la ubah sikit2...

    Balas delete
    avatar

    nice tips... mmg toksin tu racun dlm badan kita.. hari tu pernah tampal koyok utk buang toksin...punyalah byk toksin.. haha.. sabar jelah..

    Balas delete
    avatar

    kena makan buah banyak banyak pasni.. :-)

    Balas delete

    .Assalamualaikum.
    .Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
    SATU pun jadi lah ! hehe.

    Emoticon