Hari ini baru sempat nak post picture perkahwinan Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30 dengan Fiza Elite. Diorang telah selamat diijabkabul oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid dan diwakil walikan oleh bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di banggunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ramainya wartawannnnn
with puteri tersayang Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2
 

 
 Sama cantik sama padan. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhirnya
aamin...

Cantik !! ringkas tapi menarik :)
 

Hari ini Jumaat bersamaan 21 Zulkaedah 1434H, tinggal 2 minggu lebih je lagi kita semua kan sambut Aidiladha pula. Sekejap je masa berlalu, sedar-sedar dah nak raya korban :) So, camner? da sesiapa yang buat korban ke tahun ini? Mesti ramai kan..ok la stop dulu pasal raya korban tu. kita nak share picture raya Peringkat Cawangan 2013 hari tu.

Mee Kari Meletop !!
Antara menu yang disediakan pada hari ini adalah :-
  • Nasi dagang Kelantan by Cik Wan Hasmah
  • Nasi beriani daging, Sate by Pn Saidatul a.k.a boss
  • Mee kari by Pn Marini
  • Roti jala by me, Nor Aflah dan Noorliana
  • Lemang by Kapt Wan Suzi dan Sjn Tinggom
  • Rendang daging by Mej Jamal
  • Ayam masak merah by Kol Mohd nazri dan Nor Fatishah
  • Ketupat, sambal udang, lodeh by Mohd Huzaimi a.k.a Jai a.k.a Wak 
  • Talam keladi dan talam cendol by En. Ghazali a.k.a Chief 
  • Kek coklat by Mej Mohd Nadzari dan En. Mohamad Dan
  • Royak buah dan air mineral by Lt Kdr Hazilawati 
  • Buah oren by Pn Azizah
  • Bandung soda, coktail dan sunquick by Pn Nadia
  • Kuih raya by Pn Kamarul' Asyikin
Dari sisi tepi
With Fatishah and Kdr Hazila
with Pn.Nadia

Aflah, Kapt Suzi, Pn.Marini, Liana dan Pn.Azizah
Dapnya nyum..nyum..

with Kapt Suzi
 Meriah juga walaupun jemputan tak seramai tahun lepas :) Bukan tak mau jemput tau tetapi disebebkan masalah teknikal ianya tidak dapat dilakukan apa pun terima kasih pada tetamu yang sudi bertandang.

Jai, Kak Sha, Pn.Saidatu and Kol Nazri
Kak Sha, Pn.Saidatul, Mej Jamal, Kol Nazri, Pn.Zah and Kapt Suzi

Persediaan bergambar
and the last...

Kekadang rasa bukan ini yang dikehendaki walaupun sebenarnya ini yang diminta sebelum ini.
sebak je rasa dalam hati tapi....Dia yang menentukan segalanya
seandainya ini yang terbaik untukku waktu ini, tika ini maka permudahkanlah urusanku, tabahkanlah hati kecilku ini dan
jika ianya bukan yang terbaik untukku, untuk orang yang ku sayangi
maka jauhkanlah ia walaupun ianya amat ku kehendaki dan ku ingini
aamin..

Pantai Uitm Dungun Yang Sentiasa Mengimbau Kenangan Silam

Andainya yang datang a.k.a tiba itu bukan untukku
ianya kan berlalu jua 
walaupun sedaya upaya ku tahaninya


Aku dan hari ini

by on 16:08
Kekadang rasa bukan ini yang dikehendaki walaupun sebenarnya ini yang diminta sebelum ini. sebak je rasa dalam hati tapi....Dia yang mene...
Tengok-tengok..amacam? ni percubaan pertamaku, Puding Triffle.Mudah je tuk disediakan dan ianya tak mengambil masa yang lama tuk disediakan :) Senang-senang leh buat lagi hehehe

Pandangan dari tepi
Bahan-bahannya :-
  • kek gulung (jenis kek ikut kesukaan)
  • 1 tin buah-buahan campuran
  • 1 kotak jeli kristal jenama Nona
  • 1 tin susu sejat
  • 6 sudu tepung kastard (bukit)
  • 6 sudu gula
  • 1 tin air kosong

Cara membuatnya :-
  • potong kek 1/2 inci or tebalnya 1.5cm. susun dalam acuan dan renjiskan kek tadi dengan sedikit air buah dalam tin (ketepikan)
  • bancuhkan tepung kastard dengan separuh tin air sehingga sebati dan ketepikan
  • masakkan susu cair bersama gula dan separuh tin air hingga mendidih kemudian masukkan bahan di langkah 2.
  • kecilkan api kemudian kacau adunan tadi sehingga likat.
  • Tuang dan ratakan acuan tersebut ke atas kek
  • tos dan taburkan buah-buahan campuran ke atas acuan kastard tadi.
  • masak jeli kristal dengan 400ml air or 2cawan air sehingga mendidih dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum di tuang keatas taburan buah-buahan
  • masukkan dalam peti ais seketika dan ianya sedia di hidang.

Puding Triffle

by on 11:24
Tengok-tengok..amacam? ni percubaan pertamaku, Puding Triffle.Mudah je tuk disediakan dan ianya tak mengambil masa yang lama tuk disediakan...
 

Woooo...meletop ko !! Dapat kuih raya dari chif tu. Korang ada tak da kan..kan
ini kuih raya ana yang punya !! korang semua tak boleh tau
ini kuih special punya !! setakat ini belum ada lagi ana terima mane-mane kuih dari mane-mane chif :)

thanks chif :)
gurau je hari tu

Kuih Raya Dari Chif Zali

by on 08:00
  Woooo...meletop ko !! Dapat kuih raya dari chif tu. Korang ada tak da kan..kan ini kuih raya ana yang punya !! korang semua tak b...
 

Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-3 masuk kerja selepas 4 hari berada kat kampung. Nikmatnya kat sana still lagi terasa ahakkkk dan hari ini juga adalah Hari Penutup Minggu ICT MinDef. Plan asal pagi ini nak join juga tapi tak dapat. Dah bukan rezki kot nak join penutup majlis tu. Semalam dan kemarin dah join sekejap program dekat auditorium pastu terus singgah ruang legar foyer tuk buat lawatan tapak hehe. Semasa melawat pameran Ofisgate tu, teringat masa belajar kat penang dulu. Belajar network hehehe seronok betul bila sesuatu kajian tu betul-betul menjadi nak-nak bab router tu :)


Tapi rasanya tahun ni, ianya tak semeriah tahun lepas la pula, tak tau la naper walaupun programnya cam lebih kurang je. Maybe penerangan di beri tak jelas kot atau tak faham huhu. IT ni bab explore tu yang best tapi tu la kan faham betul-betul dan yang pasti pastu ternakan pun banyak.  Antara pameran yang berjaya menarik minatku adalah tapak Fuji Xerox !!! Alah mesin fotostak tu, ia bukan sahaja berfungsi sebagai mesin fotostak hitam putih je colour pun boleh. bukan tu je, juga boleh sebagai scanner dan juga mesin faks.  canggih tu siap leh link ke sistem .DDCM tak silap yang akan mengantikan Sistem Goe tu. Terpegun sekejap.

Pastu singgah lak kat MMR a.k.a Mudahnya Menjemput Rezki. Ingatkan nak beli buku yang da 41 bab yang bernilai RM18 tu tetapi memandangkan sebelum ini Mej Mohd Nadzari dah wakafkan kat pejabat tempohari. Beli je yang mini - RM1.80 je. Kecil dan senang di bawa ke mane-mane lagipun leh tambahkan koleksi bacaan :) Sebelum itu, da gak singgah kat tapak Digi. Diorang promosi hp+prepaid RM100 je, kalau prepaid je RM5. Murah kan..kan tapi tak terpengaruh la hehe


Antara lain-lain bahagian yang mengadakan pameran TDM, TUDM, TLDM, Microsoft, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Dell Sales Malaysia Sdn Bhd, MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd, Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Koperasi Kedai Buku UKM (UNIKEB), SAPURA dan Samsung.






Minggu ICT MinDef 2013

by on 15:00
  Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-3 masuk kerja selepas 4 hari berada kat kampung. Nikmatnya kat sana still lagi terasa ahak...

SALAM JUMAAT KAWAN2x......

SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI YANG SEMALAM.....

SEMOGA CERIA-CERIA SELALU........Wink

Nothing To Do !!

by on 12:17
SALAM JUMAAT KAWAN2x...... SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI YANG SEMALAM..... SEMOGA CERIA-CERIA SELALU........
Masih lagi bercuti kat kampung, malam nanti baru otw balik KL. Plan asal hari ini dah masuk kerja tapi  da masalah sikit kat sini..plan asal batal ! Inshaa Allah, tiada aral melintang esok masuk kerja. Tapi cam biasa mesti pening hahahaha

Alhamdulillah, cuaca tengahari ni pun terang. Gan angin sepoi-sepoi bahasa. Bunyi burung sesekali ayam dan kambing bersahutan hihihi nikmatnya berada kat kampung. bilakah agaknya dapat posting yae?? :) Dapat berkumpul adik-beradik, gaduh dan bertekak cam dulu-dulu. Seronoknya !! pa kata kita sesama berangan hihihi tak salah kan nak berangan..mane tau ianya menjadi kenyataan dan siapa tau Dia mengizinkan :)

seronok lak melihat picture semasa membuat persiapan tuk menyambut hari raya peringkat Cawangan hari tu, Macam-macam gaya ada tak kurang gak nak testing gayakan mekap hihihi tapi time deko-deko koridor kat luar tu lagi best. Gan nak keluarkan sofa yang berat tu lagi hihi memang tak boleh blah betul, sorang tukang angkat dan sorang lagi tukang tarik. Dua-dua kurus dan yang paling penting, ianya hasil kerja kaum perempuan. Bukan tak nak minta tolong kaum lelaki  tapi memandangkan memasing dah da kerja sendiri. Sendiri bikin..kan tak siap lak asyik harap gan orang je kan..kan...lagi cepat dan tak memerlukan banyak masa, betul idak hihi. Udah la nak share je picture dalam hp ni, tak nak bikin panjang-panjang dah

Sesi pasang ketupat by Kdr Hazila

Lap jangan tak lap

Apa yang terjadi kepada lampu pelita itu seterusnya??


Ramainya nak deko meja

Bukti khas sofa dibawa keluar

tauke ketupat

Lampu pelita
sesi memasang lampu kelip-kelip
bersemangat waja !

picture tak jadi bikin kad raya CP 


wajah kesedihan kena paksa bergambar

pict ni cantik tapi blur huhu

Aksi yang di tunggu-tunggu hahaha...



Dan inilah hasilnya

\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
 




Bismillahirahmanirahim

Inna a'ttoina kalkautsar, Fadsallili robbika wanhar
Inna syaaniaka hual ab tar

Merupakan surah paling pendek yang mempunyai 3 ayat je dan diturunkan di Makkah yang membawa maksud air sungai di syurga. kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu serta lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini juga disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudara baginda iaitu Abu Thalib.

Kelebihan mengamalkan surah ini:-

♥ baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥ jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥ jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10kali pada mata

♥ jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10kali mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥ jika membacanya 1, 000kali rezeki kita akan bertambah

♥ jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥ jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71kali, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi










Rahsia Surah Al-Kautsar

by on 08:00
Bismillahirahmanirahim Inna a'ttoina kalkautsar, Fadsallili robbika wanhar Inna syaaniaka hual ab tar Merupakan surah pa...
Selamat pagi semua. Jom mulakan hari kita dengan sedikit perkongsian ilmu. Semoga hari ini, kita sama-sama mendapat keberkatan dar-Nya, amin


Sumber : Facebook


Wordless 11 : Niat

by on 08:00
Selamat pagi semua. Jom mulakan hari kita dengan sedikit perkongsian ilmu. Semoga hari ini, kita sama-sama mendapat keberkatan dar-Nya, ami...
Hehehe..bersemangat berinai malam semalam. Tak sangka pula inai ni jadi camni. Hitam bangat !! Cian 3 jari kiriku ini. Kononnya nak backup inai yang dah nak habis sekali ambik ko, bukan merah impian yang dapat tapi hitam menawan lak yang terhasil hihi.. tapi ok juga, biasanya merah, oren je sesekali hitam camni okays jugak :) Unik gitu hehe


Tapi pelik juga bila di ingatkan balik, sebabnya ni bukan pertama kali menggunakan jenama tu. Dah banyak kali, nak kata terambil inai berwarna hitam memang tak la. Dua tiga kali check sebelum bayar. Tapi masuk je hari ini a.k.a hari ke-2, warna hitam tu dah kurang. Bertukar jadi merah, cantik pula warnanya kali ini. 

Hari Pertama

Hari Ke-dua huhu comotnya inai di jariku ishh.ishh

Bukan sebarang inai !!

Nail Henna

by on 16:02
Hehehe..bersemangat berinai malam semalam. Tak sangka pula inai ni jadi camni. Hitam bangat !! Cian 3 jari kiriku ini. Kononnya nak backup ...
Selamat tengahari semua. Dah makan tengahari belum? Hari ini terpaksa makan sorang-sorang officemate da yang puasa ganti a.k.a sunat hari isnin, balik rumah dan tak kurang gak yang tak tau nak makan apa hehe.. tapi memang betul tak tau nak makan apa pun, nasi campur udah habis. Sib baik da nasi ayam..sedap tak sedap belakang kira yang penting perutku harus diisi hihihi

Okaylah tak nak pening-pening. sekarang nak join segmen cikgu ayu. tahun ini beliau kena jaga budak exam UPSR. Cepatnya masa berlalu, sedar-sedar dah nak exam UPSR, pasni PMR lak then SPM penentu hala tuju adik-adik kita semua tu selepas itu. Apa pun gud luck kepada adik-adik yang bakal menduduki UPSR bermula esok, 10 hingga 12 September 2013. All the best !! 


 Jawapan :

1. 1996
2. 2C 2D kot hahaha
3. Matematik

Segmen ini berakhir pada 13 September 2013 - 10 malam
 

Segmen Ayu: UPSR oh UPSR

by on 13:33
Selamat tengahari semua. Dah makan tengahari belum? Hari ini terpaksa makan sorang-sorang officemate da yang puasa ganti a.k.a sunat hari i...
Hehe entry ni khas untuk orang wanita a.k.a perempuan yang dah kawin je tau :>

 “Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID


Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Sumber dari Dr.Azwan