Colour Of Life K

Disebalik setiap warna itu tersembunyi pelbagai maksud !!

Sebelum Esok Puasa

Selamat pagi :>

Hari ini last berada di bulan syaaban tuk tahun ini. Inshaa Allah semoga bertemu lagi syaaban akan datang. Malam nanti bermulalah episode baru di bulan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu rahmat kepada umat Nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah, syukur kita masih lagi diberi peluang untuk berada di bulan yang mulia ini.

Hari ini juga macam-macam ragam boleh dilihat. Ada yang berazam nak makan puas-puas sebabnya esok dah puasa. Ada yang shooping sakan. Nak sambut puasa katakan tak kurang gak yang dah bersedia nak sambut raya hehe. Tak ada salahnya kan. Bersiap sedia lebih awal. dah puasa nanti susah nak keluar..penat, letih macam-macam ada tapi still juga kat jalan T.A.R sana tu penuh gan orang nak shooping raya gak nanti hihi. sesama memeriahkan lagi suasana yang dah sedia sibuk :)

Apapun terserah pada diri sendiri juga kan. Hmmm..malam nanti dah mula solat terawih. Agaknya nak solat kat mane ya?. kalau rajin boleh gak bertapak kat surau UTM tapi kalau dah terlebih rajin hehehe surau belakang tu pun ok juga. harapnya tahun ini dapatlah solat terawih lebih sikit dari tahun lepas hehe. Solat-solat juga, niat jangan lupa. kan terlupa niat pula. Ok, jom sesama practice niat tu dulu 

Sebelum, mula kerja, nak minta maaf dulu pada semua yang skodeng blog ini. Minta halalkan semuanya ya. Semoga ibadat yang dikerjakan mendapat keberkatan dari-Nya nak-nak di bulan Ramadhan nanti :>. Inshaa Allah.



Baca juga:

2 Readers ♥

avatar

he3..biasa la 2 shopping sblum puasa..xnk ggu ibdah blan puasa kot =) Selamat Berpuasa..

Balas delete
avatar

selamat berpuasa......

Balas delete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Emoticon